Ni thread pertama saya di Twitter. Saya newbie. Mohon support.

Saya ada baca tweet tentang anak gadis yang menghilang bersama teman lelakinya.
Ini adalah pengajaran untuk mak dan ayah di luar sana. Tolong jadi CINTA PERTAMA kepada anak-anak.

Kalau kita kedekut nak tunjukkan kasih sayang pada anak, jangan menyesal bila anak dah besar, mereka menagih cinta pada orang yang salah di luar sana.
Kenal Gwyneth Paltrow? Bini Iron Man tu. Beliau dibesarkan oleh parents yang stabil.

Waktu terima anugerah Oscar pada tahun 1999, dia pernah membuat pengakuan bahawa dia sangat bertuah kerana mengenali CINTA PERTAMA dari ibu bapa sendiri.
Waktu Gwyneth berumur 10 tahun, ayahnya telah bawa dia bercuti ke Paris. Bila ayah dia tanya, "Tau tak kenapa ayah bawa awak ke Paris sorang-sorang?"
Since kota Paris terkenal sebagai Kota Cinta, bapa Gwyneth jawab dengan sweetnya, "Sebab ayah nak awak ke Paris pertama kali bersama lelaki yang selamanya mencintai awak."

Allahu. Sweetnya kalau anak-anak pertama kali dapat ayat gini dari mak pak sendiri
Bukan dari mana-mana buaya darat yang menawarkan cinta palsu.

Mak ayah... Kalau sibuk mana pun, adakan masa untuk cipta memori dengan anak2. Masa kita, hak mereka. Kadang-kadang, anak kita yang kecik nak tuntut, diorang balik kena marah. 😭
Memori tercipta melalui PERHATIAN yang kita beri kepada orang yang tersayang. Setiap memori indah, akan menjadi harta tak ternilai sepanjang hayat mereka.
You can follow @ShauqiWawa.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.