Hampir 4 tahun yang lalu, peristiwa di mana tentera Turki cuba untuk menggulingkan Erdogan tidak berjaya dan dilumpuhkan dalam masa 24 jam.

Apa sebab mereka nak guling Erdogan? Betul ke Erdogan tak tahu langsung pasal coup ni?

-Thread-
Takleh masuk terus. Kena masuk timeline dulu. Bermula tahun 70-an puak Islamis sedar yang mereka tak boleh terus naik dalam kerajaan dan nak ubah perlembagaan secara drastik. Nanti jadi macam al marhum Adnan Menderes kena gantung.
Prinsip sekular di Turki dijaga oleh pihak tentera supaya tak ada yang boleh ganggu gugat. Dari bawah, seorang tokoh agama Turki memulakan dakwah beliau. Fethullah Gulen. Beliau menubuhkan gerakan Gulenis atau Hizmet.

Beliau menyampaikan idea beliau dalam khutbah2.
Tokoh inspirasi beliau adalah Said Nursi, sunni Kurdish yang popular dengan magnus opum beliau Risalah anNur. Said Nursi berpadangan bahawa umat Islam seharusnya berlajar menggabungkan dua perkara iaitu ilmu Islam dan Sains Barat.
Mereka yang terpaut pada Gulen berpandangan bahawa Turki mesti dikembalikan semula kepada Islam dalam masa sama mengguna pakai Sains untuk maju. Ada yang lihat Gulen sebagai reformis dan ada yang lihat beliau sebagai pendakyah sesat.
Berdekad lamanya gerakan Gulenis bergerak di Turki sehingga mereka berjaya menarik pegawai tentera yang menyokong mereka. Mereka juga berjaya tubuhkan rangkaian bisnes, ribuan sekolah sekolah di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tengah.
Gulenis ni lebih kepada Sufi maybe Naqshabandi. Mereka menyokong free market, demokrasi dan toleransi agama.

Pengikut dia pulak ramai dari kalangan elit, highly educated dan pegang jawatan tinggi dalam kerajaan, tentera dan sistem kehakiman.
Pada 1994, Erdogan menang sebagai Datuk Bandar Istanbul dan kemudian AKP pimpinan beliau masuk ke dalam kerajaan pada 2002/03 dengan Erdogan menjadi Perdana Menteri. Eknomi Turki masu tu rancak dan parti Erdogan dapat nama popular di kalangan rakyat.
Tapi masalah pada Erdogan adalah rangkaian pegawai tentera masa tu dipenuhi oleh geng Kemalis yang sekular. So Erdogan telah bergabung dengan Gulen. Erdogan runs the Government while Gulen produces powerful Islamic elites
Gabungan Erdogan dan Gulen berjaya menyahkan geng Kemalis dalam tentera dengan dua peristiwa besar iaitu "Ergenekon" dan "Sledgehammer". Kekosongan jawatan tinggi tentera terus diisi oleh puak puak Gulen yang setia menyokong kerajaan Erdogan. Tentera berjaya dijinakkan.
Tapi tak lama hubungan Erdogan dan Gulen ni. Disangka panas sampai petang, tapi hujan di tengahari. Pada 2010, pencerobohan Israel terhadap Flotilla dikecam Erdogan. Kemudian pada tahun berikutnya 2011/12 tentera Turki mula masuk campur krisis di Syria.
Tindakan Erdogan tu dikecam hebat oleh Gulen meretakkan lagi hubungan kedua pesaing politik ni.

Pada 2013, media Gulen di Turki telah membocorkan satu rakaman Audio antara Erdogan dan anak beliau disyaki terlibat dengan rasuah dan aktiviti haram.
Kemudian beberapa siri pendakwaan dilakukan oleh pendakwa raya Gulen terhadap ahli AKP dan kenalan rapat Erdogan.

Pada 2013, Gulen lantang lagi kritik tindakan Erdogan yang menekan demonstran di Taksim Square dan Gazi Park di Istanbul
Erdogan apa lagi, takkan nak senyap je. Dia lawan balik. Pada 2014, Erdogan telah menyenaraikan gerakan Gulenis sebagai kumpulan pengganas. FETO (Fethullahist Terrorist Organization).

Erdogan mengarahkan semua bank,bisnes, media dan sekolah yang berkait dengan Gulenis ditutup.
Banyak penyokong, jornalis yang berkait dengan Gulen kena tahan. Semua sektor yang berkait dengan Gulen, Erdogan kacau kecuali satu. Tentera.

Then kita jump ke 15 Julai 2016. Peristiwa yang mengorbankan 250 nyawa rakyat Turki angkara Erdogan vs Gulen.
Pada 2016, Turkish Intelligence dah dapat tahu yang ada tentera nak buat coup. So kerajaan bercadang nak tahan diorang ni pada Annual Supreme Council meeting pada bulan Ogos nanti.
Yang menariknya, tentera yang nak buat coup ni dah tahu bahawa plan mereka ni dah bocor. Kalau nak buat coup, mereka kena tangkap. Kalau buat coup pun kena tangkap. So alang alang dah nak buat tu, go on je laa. Mana tahu berjaya guling Erdogan.
Pada 15 Julai 2016, kawasan utama Istanbul dan Ankara, berbelas kereta kebal, kenderaan berperisai masuk ke dua buah bandar ni. Letupan pun berlaku di bangunan parlimen. Tentera Coup (TC) mula mengawal checkpoint penting di Istanbul. Paling penting adalah Jambatan Bosphorus.
Ada beberapa laporan mengatakan jet pejuang diterbangkan untuk menembak helikopter.

Pemimpin TC kemudian mengenakan Martial Law. Warga Turki di luar semua diarahkan masuk ke rumah dan tidak keluar
Presiden Erdogan kali terakhir dilihat adalah pada petang hari kejadian di Airport Ataturk.

Kemudian rakyat mendapat liputan dari Presiden Erdogan bahawa beliau selamat. Dengan menggunakan iphone, Erdogan menyeru penyokong beliau untuk keluar melawan tentera.
*Opps, Erdogan pada 2018 menyeru untuk boikot iphone.

Dalam elemen surprise ni yang diperlukan adalah timing yang tepat. Dan Erdogan berjaya menetapkan timing tersebut.

Namun sekatan checkpoint oleh tentera menyukarkan bantuan logistik sampai untuk menangkap TC.
HQ AKP di Istanbul pula telah diserang dan dikawal oleh TC. Beberapa bangunan agensi kerajaan pula telah diputuskan bekalan elektrik.

Media milik TRT pula berjaya dikawal oleh TC.
Ümit Dündar, Chief of General Staff telah ditahan sebagai tebusan oleh TC di HQ tentera di Ankara.

Plus beliau sebagai 1st Commander Army tak sokong TC dalam satu siaran televisyen.

Commander of 3rd Army kemudiannya mengarahkan tentera TC untuk pulang semula ke markas .
Keadaan ni menunjukkan bahawa jeneral dan komander tertinggi angkatan tentera tak sokong TC. Sebahagian besar tentera tak sokong TC.

Yang buat coup ni tak lain tak bukan adalah penyokong Gulenis. Small group dalam tentera.
Dalam masa 24 jam, TC berjaya dilumpuhkan. Cubaan rampasan kuasa gagal. Tentera yang terlibat berjaya ditahan pada pagi esoknya.

Seramai 250 orang awam terbunuh dalam tempoh tersebut kerana serangan oleh pihak TC yang menggunakan peluru hidup.
Apa faktor yang menyebabkan Coup ni gagal?

1) TC tidak mendapat sokongan padu dari jeneral tertinggi angkatan tentera. Kalau tengok seperti rampasan kuasa di Thailand atau Mesir, tentera yang melakukan rampasan kuasa disokong penuh dan unity mereka kukuh.
2) Seruan Erdogan yang disambut oleh penyokong beliau yang turun ke jalan beramai ramai melawan tentera menunjukkan Erdogan masih mempunyai sokongan popular rakyatnya sendiri sampai polis pun bertempur dengan tentera. Berbeza dengan Mursi di Mesir. Rakyat yang turun melawan ramai
Habis dah turn Gulenis. Sekarang turn Erdogan pulak mencatur gerak. "To not use power is to lose the power"

Erdogan melihat inilah masa dan peluang terbaik untuk beliau melancarkan serangan besar besaran untuk menendang puak Gulenis dari tentera dan jabatan kerajaan.
Inilah hadiah dari Tuhan buat Erdogan. Peluang yang ditunggu Erdogan dari 2012 hingga 2016. Hampir 5 tahun. Erdogan tak perlu plan yang susah. Gulenis sendiri menggali kubur mereka walaupun coup tu bukan arahan direct dair Gulen sendiri.
Sehingga Ogos pada tahun yang sama (2016), kerajaan Erdogan telah menahan 60 000 orang yang disyaki terlibat dalam coup. 10 ribu penjawat awam, 8000 pegawai polis. 3000 hakim dan pendakwa raya telah dibuang kerja.
Laporan lain menyebutkan 15 000 pegawai pendidikan dan 23 ribu orang guru telah hilang pekerjaan.

Gila tak gila Erdogan buat. Even ada link sikit dengan Gulenis pun terus dibuang. Ramai jugak yang lari ke Eropah lepas coup tersebut.
Owhh lupa. Actually ada beberapa laporan yang mengatakan bahawa Erdogan dah tahu lebih awal melalui maklumat risikan bahawa coup ni akan berlaku. Macam yang aku cakap awal awal. Tapi Erdogan biarkan berlaku. Sebab mudah nak tunding jari dan salahkan Gulenis.
Memang orang kata, wah bijak jugak Erdogan. Biarkan coup then tangkap Gulenis beramai ramai.

Tapi kalau coup ni berjaya dikekang awal awal, 250 nyawa orang awam takkan melayang. Maybe inilah harga yang perlu dibayar Erdogan untuk mengukuhkan kuasa beliau.
Gulenis berjaya dilumpuhkan di Turki. Ruangan kosong yang ditinggalkan oleh Gulenis kemudian diisi oleh Erdogan.

Tapi AKP parti tak ada elit-elit yang ramai dan cukup macam Gulenis. So Erdogan nak isi dengan siapa? Berpuluh ribu kot.
Naiklah satu nama gerakan lagi di Turki iaitu Menzil. Meskipun menteri sendiri yang menafikan, mereka ni tetap wujud.

Menzil ni berbeza sikit dari Gulenis.
Menzil ni asal dari kawasan Northeast Turki yang ramai Kurdish. Dan mereka bukan kumpulan spiritual macam Gulenis. Sejak kejatuhan Soviet pada 90 an, Menzil telah bina rangkaian institusi pendidikan di peringkat global sama macam Gulenis.
Mereka ada jaringan bisnes tersendiri iaitu Tumsiad yang ada 15 ribu ahli. Mereka ada stesen TV sendiri iaitu Semerkand dan universiti dengan nama Semerkand Science & Civilization University.
Bagaimanapun, penglibatan Menzil dalam sektor kerajaan masih lagi discreet dan tak didedah sangat pada umum tak macam Gulenis.

Sama macam Gulenis, kesetiaan mereka pada kerajaan Erdogan boleh berubah pada bila bila masa.
Sect- dominated state macam ni berpotensi untuk menjadi ancaman kepada Erdogan dan kerajaan AKP buat masa akan datang.

Only time will tell.....Shalom
More on Turkey: https://twitter.com/jembali96/status/1283743829108064256?s=19
You can follow @jembali96.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.