Untuk jadi suami, kita bukan kena lovey dovey bagai tu. bukan juga kena jadi lelaki yg nangis melihat matahari terbenam kerana kecantikan ciptaan Tuhan.

Nak jadi suami, sifat pertama kena ada adalah sifat kepimpinan. You must have a leadership quality.
Antara sifat yg saya tahu kena ada, adalah sifat tidak membuat keputusan berdasarkan nafsu atau perasaan.

Suami kena buat keputusan berdasarkan akal dan ilmu. Kena waras dikala org lain tengah panic.

Suami juga kena pandai kawal emosi sendiri.
bukan bererti tak boleh nangis depan isteri ke apa. Depan isteri lah kita tunjuk sisi kelembutan kita tu.

tapi kita kena sentiasa guna akal dlm setiap keadaan, lebih2 lagi melibatkan keluarga.
Kalau kamu takde quality ni, kalau kamu jenis 24 jam nak bergayut dgn gelpren, 24 jam nak berkepit, 24 jam nak syahdu2 dgn gelpren bagai, kamu belum ada quality nak jadi suami.

tak kiralah umur kamu tu dah cecah 40 sekalipun.
Kenapa saya cakap mcm tu? sbb itu gelpren, dik. Teman wanita. Dia ada life dia sendiri. Dia ada mak bapak, ada adik beradik, yg dia patutnya priority kan.

kalau kamu rampas itu dari dia, kamu takde ciri2 ketua yang baik
Besides, kamu pun ada mak bapak, ada adik beradik sendiri. Kalau kamu abaikan keluarga ini hanya utk teman wanite @ gelpren kamu, kamu rasa itu kualiti ketua yg baik ke?

Suami perlu ciri2 ketua, kerana kita memikul amanah dari Allah.

lovey-dovey cringey ni semua bukan priority
ada masa, suami kena buat keputusan yg isteri @ anak-anak tak suka, tapi keputusan itu terbaik utk selamatkan keluarga.

Mcm mana nak buat keputusan tu kalau baru bercinta (yang belum kahwin) dah lemah tunduk pd kehendak wanita yg bukan tanggungjawab kita pun?
Kalau ada yg terasa, saya minta maaf. Saya bukan menghalang org bercinta, saya cuma berkongsi pandangan dlm hal mengawal diri ketika bercinta.

Org tua ni kadang2 bagi nasihat sbb dia dah lalu fasa tu. Taknak org muda buat benda bodoh mcm dia buat dulu lululul
well, that's all. Nak sambung buat kerja. Take it or leave it, ye adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak sekalian.
You can follow @tumbukrusuk.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.