Meletup semua orang pasal nak buat filem kat medsos perlu dapatkan lesen...

Kita tolak tepi pasal isu miscommunicated ke tak. Korang perasan tak,kebanyakan discussion tentang ni membawa pasal duit ( lesen mahallah) atau pasal kreativiti..

Tapi itu bukan isu utama sebenarnya...
Isu utama dia adalah mengawal selia kandungan yang boleh naik ke media sosial. Yelah,semua ni sebab Al Jazeera kan?

Dan isu ini bukan kat Malaysia je,kat satu dunia ada. Contoh bawah ni,dorang mintak FB dikawal melalui model FCC. FCC tu yang keluarkan lesen penyiaran di US
Benda ni dipanggil sebagai social media regulation. Satu dunia sekarang tengah pening macam mana nak kawal sosial media ni.

Dan pengawalan melalui lesen ( walaupun bangang) merupakan antara cara yang dicadangkan...
Dan kalau kita selongkar dalam sejarah.. benda ni bukan 1st time terjadi

Masa diorang cipta radio pada tahun 1880,muncullah golongan pengguna-penguna radio amateur,yang menggunakan radio secara suka-suka.

Tapi kesan buruk radio ni banyak, antaranya Titanic
Maka kerajaan mulalah mengawal selia radio. Kena ada lesen,hanya boleh beroperasi pada frekuensi tertentu sahaja. Jadi penggunaan radio jatuh mendadak selepas dikawal selia.

Kalau kita pergi jauh lagi ke masa silam,kita boleh nampak trend yang sama pada percetakan..
Masa teknologi pencetakan baru dicipta,semua orang boleh mencetak risalah sesuka hati. Jadi semua orang boleh menyatakan idea mereka yang disebarkan melalui beribu risalah yang dicetak

Antara yang popular, 95 Theses. Apa tu? Ala,risalah yang mencetuskan perang reformasi tu
Disebabkan kesan buruk risalah ( lebih kepada kesan buruk politikal sebenarnya),maka percetakan mula dikawal selia. Nak cetak,kena ada lesen dulu. Dan itulah yang diamalkan sehingga sekarang.

Jadi sekarang,korang dah nampak tak trend dia?
Teknologi media sosial baharu muncul>>>digunakan tanpa batasan>>>bawak banyak kesan buruk>> di kawal selia kerajaan

Buat masa ni,untuk media sosial moden,kebanyakan kerajaan minta untuk self regulate ( kecuali China) .
Cuma kita tak tahu,sampai bila kita boleh nikmati kebebasan ini.Sebab kalau ikut pada trend sejarah,masa depan nampak tak berapa menarik...

Tapi itu hanyalah pandangan aku..

Mintaklah dijauhkan...
You can follow @maercaestro.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.