Ok. Mesti tertanya kan macam mana mud ball ni boleh treat sungai?

Walaupun xde retweet, nanti aku cerita. Haahas https://twitter.com/501Awani/status/1285793161252491264
ok baru lah ada masa sikit. tadi lepas acah tulis head tweet tadi, ada kelas pula. lepas kelas mengantuk pula tidur dulu sebab semalam stay up tahajjud. Ehh.

Ni justifikasi aku lewat. Haha https://twitter.com/azamsuratem/status/1285899625770049541?s=19
Ok macam ni, first, berkaitan mudball ni aku tahu bila belajar subjek environmental engineering waktu di tahun 3 kejuruteraan biokimia di UIA oleh Dr Husna dan makmal pula Dr. Sakinah.

kasi kredit dulu pada pemberi ilmu. hehe

tapi yang kami belajar bukanlah pasal mudball ni.
Tapi apa yg ada dalam kandungan mudball ni.

Apa yg spesialnya mudball ni sebenarnya adalah kandungan mikrob baik dl tu. mikrob ni popular sebagai effective microbe (EM).

EM ni digunakan sangat meluas terutama dlm bidang pertanian, penternakan, dan penjagaan sungai atau kolam.
macam mana nak buat EM?

senang jo. korang boleh kultur (ternak) mikrob ni dari bahan dlm rumah ja pun. contohnya bahan tenusu, yis dan laktik asid

bahan nk buat EM ni sangat senang. kau hanya perlukan;

1. gula merah as makanan mikrob (nisbah 1)
2. sisa dari dapur (3
3. air (10
lepas tu, kau campur je semua bahan ni dalam balang. tinggalkan sikit ruang, mikrob ni nak kentut juga sekali sekala. buka sehari sekali cukup dah. Peram sampai 3 bulan. pastu dah boleh guna cecair tu. tapi jangn guna direct, ada nisbah dia utk tanah, air dsbagainya.
lama kan 3 bulan? haa pertanian dan environmentalist ni utk org yg sabar ja. kalau harini kau kutip sampah, esok kau expect nk cantik memang x lah. lagi2 masyarakat kita ni masih dalam kategori 'mada ' (loghat minang)

Tapi kalau kau malas nk tunggu, beli ja lah. Shopee ada. hehe
So sekarang ilmu yg utana thread ni iaitu EM dah settle.

Sekarang baru aku terangkan mcm mana nak buat mudball.

1.Kena ada EM
2.Nak lebih baik ada EM bokashi dari nama founder jepun.
3.Tanah
Caranya,

1.Campur EM + EM Bokashi.
2.Kemudian gaulkan dengan tanah agak2 boleh terbentuk tu, cukup dah. Jangan cair sangat, ingat nak buat lempeng ke?
3.Dan Bentukkan lah ikut kreativiti anda.
4.Letak dalam bekas. Elakkan ari matahari direct. Biar kering dengan udara biasa saja.
5.Lepas seminggu ke 2 minggu, akan ada selaput putih, itu fungus namanya. Bila ada selaput putih ni, korang dah boleh guna.
6.Campaklah mud ball tu dalam sugai apa lagi.
Mudball ni dah mula kat malaysia ni (yg masuk paper) sejak 2008. ada beberapa event kat sekolah yang organise throw mudball into river.

Kenapa guna mudball ni adalah

1.Dia sangat menyeronokkan.
Santai dan sesuai untuk aktiviti keluarga. Yelah sape je tak suka main lumpur. Budak2 mesti suka. Aku yang tua bangka ni pun suka. Haha.
2.Mudball ni sebagai media (tempat membiak) EM.
3.Mudball ni lebih eco-friendly. Sebab dia pun dari elemen yang sama sebagai tanah.
4.Mudball ni bagus untuk hold mikrob dalam tu. Dan bila masuk sungai nanti, dia akan dilepaskan perlahan2. so,lebih berkesan lah dia.

Sebenarnya kau boleh je campak cecair EM tu terus dalam sungai tapi nanti dia akan kurang efektif sebab dihanyutkan air gitu je.
Macam mana Mudball ni bersihkan sungai?

Firstly, sungai ni ada macam2 mikrob. Ada mikrob baik, ada mikrob jahat dan ada mikrob yang neutral.

So, bila ada sludge (pollutant) dalam tu, biasanya ada banyak mikrob jahat.
Dan mikrob jahat Ini akan membiak dan mempengaruhi mikrob neutral untuk jadi jahat sekali. Mcam syaitanlah hasut masnusia gituu.

Begitu juga mikrob baik. Dia wujud dan akan meempengaruhi mikrob neutral jadi baik bila dia mendominasi kawasan tu.
So, dalam mudball ni ada 3 mikrob utama. Depa ni berfungsi enhance the good microbe into the ecosystem and influence the nerd, innocent, blur microbe to be good also.
3 mikrob itu adalah,

1.Lactic acid. Lktik acid ni akan prevent mikrob jahat dari membiak.
2.Fotosintetik mikrob. Fotosintetik mikrob pula kurangkan bau dalam air.
3.Yis. Yis pula provide hormon and enzyme to nourish back the aquatic lives.

Bagus kan?
Selain bersihkan sungai, Em ni juga ada fungsi lain yg best.

Dalam pertanian (izham alias)

-EM menggalakkan pertunasan, pembesaran, penghasilan dan keranuman dalam produk tanaman.
-Menggalakkan pembungaan dan pembuahan
Menggalakkan tumbesaran, hasil dan kualiti tanaman.
-Meningkatkan keupayaan proses fotosintesis tanaman.
-Menukar bahan organik kepada baja dengan cepat.
-Menambah daya tahan tumbuhan terhadap serangga dan penyakit.
-Memulih dan menambah baik keadaan fizikal, kimia dan biologi tanah.
Kebaikan EM dalam Penternakan. ( Izham alias)

-Mengurangkan bau busuk dalam kandang dan kolam.
-Mengurangkan lalat, kutu dan serangga berbahaya.
-Meningkatkan kesihatan dan daya tahan ternakan.
-Meningkatkan kualiti produk dan kesegaran.
-Menjadi bahan makanan tambahan kepada ternakan dan mengurangkan bau busuk dari bahan buangannya.
-Mengurangkan kos ubatan dan rawatan ternakan.
Banyakkan fungsi dia? Tulah anugerah Allah beri pada kita di dunia ni.

Kita kenalah jaga bumi yang Allah wariskan kepada kita. Ingat tak Allah dah lantik kita jadi khalifah di muka bumi ni?
Sebenarnya bukan sahaja untuk memimpin masyarakat dunia kepada Tauhid kepada Allah, tapi juga falsafah khalifah ni kalau dihayati dengan pengahyatan islam sebenar, dia melingkupi kepada kelestarian alam termasuk hidupan haiwan apatah lagi manusia yang berbilang bangsa.
“Sesungguhnya Kami telah bentangkan tanggungjawab amanah tersebut kpd langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), tetapi mereka enggan memikulnya kerana bimbang tidak dapat menyempurnakannya...
dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat (kebanyakan) manusia suka melakukan kezaliman dan (dia juga) jahil. “

Al-Ahzab : 72
Nah kalau nak video comel geli2. Lebih faham.

Summary of my thread i can say.
Tadi came across to this paper

Very interesting. Mudball + EM + fermented Malaysia's ulam. (BioLavacide)

Treat air yg ada lava nyamuk

Result;

Mudball yang ada 25% ekstrak ulam boleh membunuh 80% lava nyamuk

Tapi ni lab scale je. Perlu buat full scale utk tengok lomoong3 lain
Lupa letak kredit pensyarah seorang lagi.

the legendary Dr Munira Shahbuddin. https://twitter.com/azamsuratem/status/1285924324013047808?s=19
Dulu saya ada buat thread berkenaan arang dioerbuat dari sisa kertas.

Jemput membaca dan jika bermanfaat, jemput follow saya di @Haziqmahmur9 😁 https://twitter.com/Haziqmahmur9/status/1279363202996776961?s=19
You can follow @Haziqmahmur9.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.