Memandangkan aku dah habis diploma (Alhamdulillah).Jadi aku ingat nak cerita pasal group mate aku yang jadi free rider dalam every group assignments

Disclaimer: Jadikan pengajaran bagi yang baru nak sambung belajar. Atau korang akan menyesal.

Ini adalah thread
Aku bukan lah student yang gifted. Tapi apa yang aku tahu. Selagi mana kita usaha, kita akan dapat. Tapi bukan untuk satu gp mate aku ni.
SEMESTER 1: Everything went well at first. Aku ada gp mate yang awalnya yang terdiri dari budak budak rajin.Until one day, aku jumpa this girl ni. Satu wing. Memandangkan dia je satu satunya classmate aku dekat wing tu, so dia ajak aku pergi kelas sama sama. Okay, masih nice lagi
Nak dipendekkan cerita. First gp aku masa mula mula masuk diploma tu alhamdulillah semuanya yang baik baik. Rajin. Tapi itulah, kalau Allah nak ubah jalan cerita. Dengan tukar ahli group sorang je. Semuanya berubah. Sampai sekarang masih terkesan dalam hati. 🙂
"weh, cuba kau tengokkan, boleh tak?'

Semuanya bermula dengan ayat ni. Sejujurnya, pengalaman pra-diploma aku sangat teruk. Ada kawan kawan yang tikam aku. Jadi bila masuk diploma; aku akan jaga semua kawan sebaik mungkin

SEBAB AKU NAK ORANG SAYANG AKU
Jadinya, untuk buat orang sayang aku. Aku akan katakan "YA" untuk semua tawaran dan pelawaan.

Mula mula si A (nama samaran), cuma minta tolong tengokkan. Jadi aku katalah "ya, haa boleh. Sini aku tengokkan". Jadi dia tolak terus laptop ke aku.
Aku check. Aku betulkan. Aku tambahkan. Dia pun ucap terima kasih. Tapi keesokkannya, dia minta lagi.. lagi.. dan lagi.

Sampai satu tahap, aku pernah susah masa belajar kat kampus dulu. Aku perlukan duit. Jadi dia belanja aku makan dan sebagainya...
...tapi disebalik makanan dan duit yang dia bagi, dia minta tolong aku buatkan assignment (silap aku, sebab aku terima. Aku susah masa tu)

Tapi silap untuk dia fikir kalau selama ni aku tolong dia untuk duit dan makanan semata. Aku juga kena marah dengan abang aku sebab amik tu.
Sejujurnya aku cakap. Niat aku bukan lebih kepada duit dan makanan. Tapi lebih kepada sayang terhadap kawan. Aku kan cakap, aku akan jaga kawan aku masa diploma nanti sebaik mungkin sebab aku tahu perasaan orang tikam kita. Jadi aku tak nak dia rasa yang buruk dengan aku.
Disebabkan aku selalu pergi kelas dengan dia. Jadinya gp mate baru pun dah tertubuh hahaha. Yang rajin semua dah jumpa budak budak baru. Jadinya. Gp baru ni terdiri dari 4 orang (termasuk aku) kecuali si N (the good one), my first gp mate masa dengan budak rajin dulu.
SEMESTER 2: Bila aku dengan gp mate baru aku tu dah rapat sangat sangat! *sumpah aku sayang :')

Jadinya si A (free rider), ajak aku satu bilik dengan dia. So aku tukar secara haram untuk satu bilik dengan dia.

Guess what? Aku katakan "YA" lagi
SEMUANYA BERUBAH

Ya, dia makin lama makin menunjukkan satu sisi yang aku tak pernah sangka. Tapi sebab aku sayang? Yepp

Setiap malam aku buat assignments dia.
Nak pendekkan cerita. Ni list pendek yang aku tolong untuk dia NAIK POINTER:

1) speech presentation dalam kelas
2) slide
3) full report
4) JAWABKAN TEST ELC (aku buatkan karangan bahasa inggeris full dengan wacana dan points sebab aku janji nak tolong dia, aku sayang dia)
Through out that semester. Badan aku (physically, belum emotionally lagi, emotion semester 3 nanti). Aku pelik asal badan aku makin senang sakit. Mata aku makin bengkak. Aku selalu batuk batuk. Kadang kadang sampai 2 bulan. Aku ingat sebab aku sakit apa
Rupanya bila pergi klinik. Pegawai kesihatan tu cakap "awak kena jaga masa tidur awak balik ni, awak ada stress ke?"

Aku jawab, tak. Sebab masa tu aku belum sedar lagi badan aku dah mula stressed. Yang aku fikir cuma "happynya, dapat kawan baik. Syukur tak macam dulu"
Nak dipendekkan cerita:

Aku berjaya naikkan pointer si free rider ni. Berkat aku dengan gpmate aku tolong dia in every assignments and test
SEMESTER 3:

Bila pointer dah naik. Dia pun dah mula nampak potential aku untuk jadi mangsa long-term dia.

Dan guess what?

Aku katakan "YA" lagi untuk pelawaan sebilik dengan dia lagi sekali.
Semester 3 ni ibarat "climax" kalau dekat story plot.

Dia dah mula tanpa segan. Buka tirai pemalsuan identiti selama ni.Walaupun physically nampak innocent. Tapi dia memang gunakan aku secukupnya.Aku dipancing untuk buat semua individual assignment menggunakan "duit" dan makanan
Aku ulang. AKU TOLONG ATAS DASAR AKU KAWAN DIA. BUKAN DUIT ATAU MAKANAN. Walaupun aku susah. Ada masa aku tak amik pun duit RM5 untuk assignment yang dia upah. Sebab aku nak dia tahu dan sedar. Aku tolong sebab kawan. Sebab sayang...
...tpi malangnya. Dia tak macam apa yang aku fikirkan.

Pergaduhan bermula bila aku pergi pemilihan silat untuk ke SUKMA yang kali ni.
Masa ni aku tengah latihan untuk pemilihan SUKMA Johor 2020 tu. Aku dapat surat pengecualian kuliah selama seminggu. Tapi sebab sebagai kawan. Aku masih jalankan tanggungjawab dan hak sebagai gp mate sebelum aku pergi.

Aku siapkan full report 100% TANPA ADANYA SI FREE RIDER TU
Mungkin korang fikir "alah dah kau tak minta tolong dia. Dia tak tolong lah"

No.

Dia memang hulurkan ayat "nak aku tolong apa apa tak?" What!? Sebagai gp mate, kenapa tanya soalan macam tu. Have some common sense lah untuk take part.
And even aku dah bagi sekalipun part dia. Dia akan tanya aku

"Weh, ni okay tak? Cuba kau baca"

Ya Allah, bunyi memang nampak macam dia tolong kan? Tapi tak. Sudahnya macam aku cakap awal tadi.

DIA CUMA TOLAK LAPTOP KE AKU

Dia buat apa? Dia main pubg.
Aku tak ada masalah orang nak main pubg. Kau mainlah. Tapi jalankan hak sebagai gp mate. Tapi sebab aku tak nak hilang lagi gp aku. Aku diam kan je. Aku tak leak perangai dia sepanjang aku sebilik dengan dia.

AKU TAK PERNAH BUKA MULUT DEKAT SI N dan SI M pasal si free rider.
Tapi bila dah tiba masa aku nak gerak ke pemilihan SUKMA. Dia call aku during training semata untuk?

UNTUK AKU BUAT SLIDE DIA

Common sense lah. Aku dah tolong buat report 100%, apa salahnya kau buat je slide?

Babe, slide lagi senang dari report. Kau copy je dan PENDEKKAN
Bila masa presentation. Aku tak ada. Sebab aku dikecualikan kuliah. Lect aku pun dah aware. Jadinya, dia still proceed with presentation. Guess what?

Slide dia, dia buka. Buat points. Dia copy karangan report tepek terus kat situ. Apa lagi? Terus kena maki lah dengan lect...
"THIS IS THE BU***S**T PRESENTATION I'VE EVER SEEN"

Mungkin korang wonder asal dia marah gila kan? Sebabnya miss tu dah tahu yang aku adalah mangsa freerider. Dan lagi buat dia geram and THE WHOLE CLASS SHOCKED bila madam tanya. "Kau buat tak kerja?"

"Buat...saya buat SORANG"
Masa tu aku tak ada dalam kelas. Budak lain sampaikan. Korang boleh bayang tak aku masa tu? Dengan penat training balik pukul 1 pagi. Dapat tahu classmate aku cakap "zah, si A kata dia buat report sorang" .

Satu je aku cakap:

LULUH HATI AKU SRBAGAI KAWAN😔. LILLAHITA'ALLA.
Actually. Semester 3 tu. Tengahnya dah kantoi kat warden aku tukar secara haram. So aku balik semula ke bilik asal. (Roomate yang aku lari, tak nak, sebab aku rasa si A lagi baik). And guess what?
ALLAH SEBAIK PERANCANG

Si roomate asal yang aku lari ni lah yang comfortkan aku. Tolong aku. Sebab aku nangis satu malam bila dapat tahu yang kononnya so-called sahabat ni lah yang tikam aku. Kata kat satu kelas yang aku tak buat kerja.
Pengakhiran semester 3. Aku bukan hilang si A. Tapi betul apa yang aku sangka selama ni. Andai SEKALI SAHAJA aku tak tolong si free rider. Si N dan si M mesti akan kata aku tikam si free rider. Aku hilang 3 kawan terbaik aku sekaligus.
Sumpah. Sedih, Allah je tahu. Aku call ibu aku, aku nangis sangat sangat. Dengan keadaan kawan kawan baik kau up status perli kau. Yang kau tikam kawan SEBAB TAK TOLONG BUAT SLIDE. Padahal aku dah buat full report 100%.

Lect aku kata masa tu : "Sabar izzah, Allah ada"
SEMESTER 4:

Ringkasan awal, si N dah mula nak berbaik dengan aku. Sebab yang N ni tak suka gaduh. Jadinya dia approach aku. Sumpah, masa tu. Satu perkataan keluar dari mulut dia pun aku susah nak percaya. Sebab aku takut yang dia di hantar untuk jadi perisik si freerider
Rupanya, bukan. Dah lama lama berkawan balik. Rupanya si N dah mula sedar yang selama ni aku cakap betul pasal perangai si freerider tu.

Dia mengadu kat aku "zah... Dia lebih doh.. hari tu dia minta aku buatkan introduction part dia, licik doh dia. Dia tak minta direct...
...tapi dia akan cakap minta tolong tengokkan boleh tak amik yang ni? Nanti end up, dia akan tolak laptop kat kau. And kau juga kena buat part dia.. dia cuma berlakon cakap "stress lah! Banyaknya kerja.." padahal aku tengah buatkan ni part dia. Dia PURA BUSY" -kata si N
Masa aku dengar apa si N tu cakap. Dalam hati aku "baru kau tahu" ya lah. Aku dah agak, si N akan jadi mangsa pula selepas aku dah tak ada dengan dia. 😂😂😂😂 #silicik
Pendek cerita. Satu masa ni, aku decide nak berbaik. Aku group lah balik dengan 3 kawan aku tu. Eh eh. Dah satu gp. Si freerider buat hal. Dah nak present tau ni, dia cakap kat aku "zah.. nanti kalau madam tanya pasal part aku, kau tolong jawabkan boleh?"

Jadi aku tolong lah..😂
Dah tolong tolong. Eh, aku pula kena marah dengan si M sebab aku curi masa gp sampai habis. Padahal dia tak tahu. Yang aku ni tengah tolong anak kesayangan dia tu. Okay lah. Balik dari presentation tu. Aku bagi tahulah kat M. Yang aku dah tak boleh satu gp balik.
Kau tahu? Dia balas ayat yang sangat panjang. Sampai part "...kau playing victim kat lect cakap kau sorang je buat kerja, lepastu si A pula yang kena marah? Deserve lah kena palau" something like that. Aku dah hilang chat dia.

"Luluh"
tu je aku boleh cakap. Kawan baik kau weh..
Last last aku decide jadi lone ranger. Ada masa kerja gp. Aku akan duduk dalam gp budak rajin (first gp aku dulu) tapi kalau ada masa quota full. Aku sanggup cakap kat lect yang aku nak buat sorang dari kena gp dengan bekas kawan kawan aku tu. Bermulalah... Izzah yang baru😂😂😂
SEMESTER 5:

#MALAYSIACORONA
HAAA.. Dah mula online learning. Mungkin korang ingat si N akan habislah bust perangai? Nope. Dia masih mulakan kegiatan hina dia. Jadikan orang kuli batak untuk dia dapatkan diploma.
Tapi semester 5, bukan aku yang kena. Tapi si N yang kena. Kan aku dah kata. Bila aku tak ada. Dia akan gunakan groupmate yang lain pula. Hahahah. Sumpah banyak. Online learning, dia akan ws kawan aku tu bila nak dekat assignment sahaja. Tanya khabar tidak, minta jawapan je tahu.
Aku kalau boleh nak leak je conversation aku and si N dengan si freerider tu. Jappppp. Tapi tak banyaklah. Sebab aku dah banyak delete
Ni yang online learning hari tu. Ss conversation ni dari si N kepada si freerider.

Warna orange masa si N minta pasal video presentation untuk aku combine kan as group video.

Tapi korang baca??? Warna purple? Pukul 7.42 petang baru balas. Itupun dia reply apa? Hahahahha🔥🔥🔥
Guess what? Kerja tu kena hantar before pukul 12malam. Dah tahu buat kerja lambat. Kerja last minute. Kenapa boleh keluar and tak balas ws orang?

1. Pukul 11.55 a.m baru ws

2. Kerja. Belum siap lagi. Tapi korang nampak tak? Pukul 12.06 a.m tengah update status muka dia
Dah lambat dah tu nak submit assignment😭😭😭😭. Senang kata dah late.

Tapi tak habis kat situ. Besoknya, aku dengan si N ingat si freerider dah hantar baki video ke madam. Rupanya. Submission lagi 20 minit nak tutup. Dia tak hantar lagi. Aku dengan si N macam lipas kudung cover
...coverkan part dia. Aku terpaksa record guna suara aku sendiri untuk cover part dia. Dengan kerja buruk tu. Aku send je dengan baki dah nak tutup lagi 10 minit pulak. Guess what? Dia tak tanya pun seharian tu pasal submission kerja. Buat bodoh satu hari.
Tapi korang tahu bila masa dia cari si N balik? Haaa jawapan kat bawah ni:

1. Tanya pasal video submission group YANG DIA TAK HANTAR TU pukul 12 tengah malam baru tanya. Kepala otak dia

2. Yesssza. Of course cari si N balik sebab nak tanya pasal assignment dia. (Kotak merah)
Okaylah. Aku malas nak cerita banyak pasal dia. So aku tepek je gambar je banyak banyak. Korang bacalah gaya dia reply. Nak cerita pasal dia. Sampai battery phone habis pun tak selesai😂

Notes: semua ss ni dari pelbagai sumber (bukan si N dan aku je kena. Tapi girls lain juga)
Paling geram ek. Dia akan minta orang lain punya kerja atas alasan "aku nak tengok je, tak tiru"

Padahal, masa hantar. Kitorang check, rupanya dia masukkan orang lain punya sikit, orang yang tu punya sikit. And guess what?

SIAPLAH KERJA DIA😂😂😂✨✨💕
Prove bukan aku dengan si N je kena. Rupanya bila si N dah malas nak layan sifat pemalas and cari bila perlu je. So si N pun mula luaskan kuasanya ke classmate lain juga. #luaskankuasamu 💯💯
Okay. Part ni kelakar. Mesti korang tak boleh brain. DIA BUAT OBJECTIVE JE😂 tu pun suruh orang. Dia belajar apa selama 5 semester? Bila tegur, marah. Susah lah😅

Baca:
Kan aku dah cakap. Cerita freerider aku ni panjang😂. Aku ingat nak habiskan tadi.

Ni masa awal awal online learning. Banyak IPT tukar kerja group jadi individual... And guess what?

Dia dah tercyduk:

*Apa ek dia belajar selama 5 semester ni? Article review je punnnn 😭😭😭
Malam malam ni tetiba aku teringat satu lagi detik hitam dalam zaman belajar aku. Aku kena tuduh curi RM50

"AKU TAKKAN CURI WALAU SUSAH MANAPUN AKU"

Masa tu aku harap kawan baik aku si A tu back up aku. Sebab kejadian tu dekat wing kitorang. Aku cuma ada dia je masa tu 😔tapi..
... Si A tak pernah berani bangun untuk aku walhal aku banyak kali bangun untuk hak dia. Dia minta aku berlakon buat tak tahu, tak yah pertahankan dulu. Sebab dia nak pura pura jadi macam side sebelah sana sebab nak korek cerita. Aku tak perlukan cerita...

AKU PERLUKAN KAU KAWAN
Dan kepada bekas wingmate aku. Andai kata korang ada terbaca thread aku ni. Aku nak korang tahu. Aku diam selama ni. Bawa diri dan jarang balik wing sebab aku penat dan sedih, keluar pergi tandas nak mandi pun orang pandang pandang gelakkan aku. Dosa apa aku?
Aku balik bilik pukul 3 pagi nak kemas barang nak pergi game Silat pun. Aku dengar ada yang cakap "sundal" bila lalu sebelah aku. Dosa apa aku?

Pernah ke tanya depan aku? Betul ke aku buat? Betul ke apa yang orang ceritakan? Kenapa aku buat macam tu?

Terima kasih calit arang
Aku sedih ambil hati, buat tak tahu je. Bila aku diam bawa diri. Mengata aku. Cakap aku problematic. Tapi pernah ke nak tanya kenapa aku bawa diri? Tak.
RUPANYA ATURAN ALLAH YANG TERBAIK✨

Selama ni aku lari nak satu bilik dengan si A dan wingmate wingmate aku. Tapi rupanya hamba Allah sorang (roomate sepatutnya) adalah roomate yang terbaik dan juga wingmate wingmate baik

Lillahitaala. Aku tak reka satu pun🙏
Aku mula duduk sebilik dan se-wingmate dengan yang asal (yang kolej sahkan secara legal). Aku nangis berapa bulan pertama.Hari hari aku cakap dekat roomate aku "terima kasih weh terima aku, terima kasih kau sudi dengar cerita aku. Selama ni aku lari kau sebab aku ingat kau sama..
...dengan yang lain, rupanya bila aku lari. Yang diaturkan itulah yang terbaik sebenarnya."

Sejak dari hari tu. Ayat

"ALLAH SENTIASA TAHU YANG TERBAIK✨"

Betul betul sentuh hati aku dengan cara yang lain😔
Okay. Aku nak tutup thread. Jadi aku simpulkan pengajaran supaya yang baca semua ni jadikan iktibar dan bukan hanya baca sebab nak spill the tea je❌

Pengajaran:

1. Kenal mana kaca, mana permata
2. Kalau marah jangan berlebihan
3. Jangan terlalu baik
4. Nangis boleh, tapi bangun balik
5. Sentiasa baik dengan semua orang sebab kita takkan tahu dengan siapa yang kita akan minta tolong dan siapa yang akan pelawa pertolongan tanpa kita minta
6. Kata "ya" bukan lagi alasan untuk orang sayang kita. Hormati diri katakan "tak"
7. Walau teruk mana keadaan, Allah takkan tinggal kita lalui seorang diri
8. Carilah kebahagiaan walaupun dunia tengah bagi ujian
Akhir kata ibu aku:

"Dalam hidup ada kenangan indah dan buruk. Kenapa nak pilih yang buruk kalau boleh pilih yang indah? Nak nangis boleh, pastikan lepas nangis bangun balik"❤️
Aku undurkan diri. Ini mungkin thread terpanjang yang korang pernah baca. Niat aku lain tak bukan. Hanya nak kongsikan pengalaman. ✨

"Sebab aku percaya. Allah uji seseorang sebab dia nak jadikan satu cerita untuk hamba dia yang lain.💕" -Nurul Izzah binti Mohamad
Thank you so much Malaysian😭✨

Anyway, jangan risau.Ending diploma aku tak teruk pun💕.Banyak kejayaan aku dapat sebenarnya from my campus. Tapi tak perlu aku ceritakan #ytjt

Pesan aku; "orang sabar tak pernah rugi"✨
You can follow @izzahohsemm.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.