J.K. Rowling dikecam hebat di twitter beliau oleh geng transgender sebab kenyataan beliau di bawah👇

Beliau mengangkat kewujudan 'biological sex' dan menolak spektrum seksual yang merepek yang dibawa oleh geng trans.

Meh aku terangkan biar jelas apa masalahnye

-thread-
First, korang kene faham apa yang diperjuangkan oleh golongan transgender ni. Mereka berhujahkan bahawa jantina samada lelaki dan perempuan bukannya bersifat hitam putih tetapi mempunyai pelbagai variasi macam gambar dekat bawah:
Hujah mereka yang kedua adalah berkisarkan kepada ciri dan organ seks sekunder. Macam buah dada, misai janggut, kulit licin, paha dan pinggul yang berlainan bagi lelaki dan perempuan. Mereka cakap ada je perempuan yang tak develop dada, so diorang ni intersex.
Tapi sebelum pergi ke hujah mereka, biar faham dulu apa yang sains cakap berkenaan dengan genetik lelaki dan perempuan. Iaitu kromosom XX (female) atau XY (male). Sebab ada orang yang kromosomnya abnormal iaitu X0 atau XXY. So diorang anggap yang abnormal ni masuk dalam intersex.
Hujah mereka untuk mengabsahkan kewujudan golongan intersex/transgender adalah karut sebenarnya. Why?

Sebab kebanyakan orang transgender sendiri mempunyai kromosom XX atau XY. Bukannya yang abnormal. Ini berdasarkan kajian yang dibuat menggunakan karyotyping test.
Dalam satu kajian pada 300 orang trans, ditemui bahawa 97.55% daripada mereka mempunyai kromosom yang normal samada XX atau XY. Hanya 3 daripada participants yang ada kromosom yang abnormal.
Kajian ni sendiri sudah menunjukkan bahawa menggunakan hujjah untuk menyokong intersex menggunaakan kromosom yang tidak normal adalah tidak tepat.
Kedua, 99.98% manusia yang lahir ke bumi ni adalah samada XX atau XY.

Even, manusia yang lahir dengan kromosom X mempunyai ovari untuk menghasilkan ovum dan yang lahir dengan XXY mampu untuk menghasilkan sperm.
Tapi macam mana dengan yang ada kromosom XX ada testis, yang ada kromosom XY pulak ada ovari? How come?

Ini semua adalah kerja SRY gene. SRY gene ni biasanya ada pada kromosom Y.
Fungsi SRY ni adalah untuk membantu dalam pembentukan organ testis lelaki. Dalam wanita diorang takde kromosom Y, so diorang tak ada SRY gene. Maka, diorang tak akan ada testis.

So orang XY yang ada ovari ni bermakna SRY gene dekat Y dia tu off. X function.
Manakala XX yang ada testis pulak, boleh berlaku apabila SRY gene wujud pada kromosom X. So, orang yang XX boleh ada testis.

Fahamkan macam mana orang yang XXY ada testis, even X dia tu double. Sebab SRY nilah.
So kalau orang tu kromosom dia XX dan ada testis dia perempuan atau lelaki? Untuk nak cakap dia perempuan atau lelaki, apa mekanisma untuk menentukan jantina dia adalah dengan melihat organ seks primer.
Jika testis, maka lelaki, jika ovari, maka perempuan. Yup, kaedah penentuan jantina ada banyak, karyotyping, hormon, internal/external genitalia, gonad's tissue. Tapi walaupun banyak kaedah, adalah sangat jarang kita jumpa kes abnormal yang berlaku pada semua kategori ni.
So, ciri utama untuk menentukan samada lelaki atau wanita adalah bukan melihat semata mata kepada kromosom atau penis, vagina mahupun rahim. Tapi pentingnya adalah dilihat kepada tisu organ seksual yang menyokong penghasilan sel gamet samada testis atau ovari.
Analogi mudah, dilihat pada duit syiling. Ada belah gambar dan belah nombor. Jika dibaling mungkinlah 1 dalam 6000 cubaan kita baling tu duit syiling tersebut boleh jatuh dalam keadaan menegak. Ini sama dengan kes kelahiran intersex.
Seperti keadaan tadi, jika jatuh dalam keadaan menegak, kita tak akan kata bahawa sisi menegak itu adalah belah yang baru. Tetap nombor dan gambar juga yang dikira sebegai permukaan. Sama dengan kes yang lahir dengan intersex.
Tidak ada orang yang ada kedua dua testis dan ovari yang mana kedua duanya berfungsi dengan serentak secara sempurna. Ia mesti salah satu samada testis atau ovari. Inilah dia biological sex. Jantina seseorang ditentukan berdasarkan ciri ini.
Kesimpulannya, jantina adalah binari (hitam putih) tidak ada yang tengah tengah. Samada lelaki atau perempuan sahaja. Ini adalah sains dan yang menolak kenyataan ini adalah mereka yang menolak sains dan fakta.
Berbalik kepada hujah mereka bahawa jantina mempunyai spektrum dengan kata lain mereka mengusulkan teori bimodal seperti gambar di bawah. Mereka kategorikan jantina kepada "male-ness" dan "Female-ness" dan di tengah ada intersex.
Persoalan yang timbul, jika inilah spektrum yang mereka usulkan, maka adakah A lebih lelaki berbanding B? Dan D adalah lebih wanita berbanding C? Apakah jika si C melakukan pembedahan membuang payudara kerana kanser menjadi kurang wanita berbanding D? Diskriminasi apakah ini?
Adakah kerana lelaki B kurang bersuara jantan atau tidak ada janggut dianggap sebagai kuran lelaki berbanding A? Masalah ini akan menimbulkan bentuk diskriminasi baru.

Contohnya dalam sebuah kelas, Si Afiq ni berperwatakan agak lembut dan kulit beliau licin macam perempuan.
Kemudian dia diejek oleh kawan lelaki:
"Woii pondan, lembut". Tapi Afiq tetap berkeras yang dia ni lelaki.

Cikgu pun datang dan cakap: "Afiq kena rujuk balik rajah spektrum jantina tu, Afiq sebenarnya kurang kelelakian berbanding kawan Afiq"
Tidakkah ini boleh mendatangkan masalah yang lebih besar?

Begitu juga dengan hujah kedua berkenaan dengan ciri sekunder. Hujahannya sama. Perempuan yang berpayu dara agak kecil tidak menjadikan dia 'kurang' perempuan berbanding wanita lain. Dia tetaplah perempuan.
Bahaya dalam penafian biological sex seterusnya adalah kepada wanita. Mereka berjuang untuk mempertahankan hak dan tempat khusus untuk wanita. Isu tandas, sukan dan lain-lain akan menempatkan wanita ini dalam masalah yang serius dan menguntungkan penjenayah.
Aku tak menyokong golongan gay yang memperjuangkan hak mereka, tapi golongan gay juga menulis supaya dipisahkan LGB dari T. Kerana T dilihat saudah membelakangkan sains. Walaupun sains juga diperkuda oleh golongan LG untuk mengabsahkan sikap mereka.
Dan kebanyakan mereka yang berubah kepada transgender ni adalah yang tidak ada masalah apa apa pun. Jelas jelas kromosom mereka tidak ada yang abnormal, fungsi organ seksual pun ok tak ada masalah.
Kita yang memperjuangkan fakta sains dan biological sex ni pulak nanti digelar transphobia. Diorang yang menolak sains dan bertunjangkan kejahilan bagaimana pulak?

Lagi bermasalah apabila laman journal sains yang terkenal "Natural" menyiarkan tulisan geng trans ni.
Golongan yang memperjuangkan hak LGB dan T ni kalau di Barat sudah mula memenuhi bangunan kerajaan, mendanai parti parti politik bahkan institusi perubatan untuk mengkaji dan mengeluarkan jurnal menyokong tindakan mereka.
Walau apapun nama yang mereka guna, difference sexual development, transgender, intersex, non-binary sex dan sebagainya, hakikat mereka adalah sama. Menolak fakta dan biological sex serta mengangkat benda merepek ni.
You can follow @jembali96.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.