BERFIKIR PANTAS DAN PERLAHAN: DUA SISTEM PEMIKIRAN MANUSIA

Dalam thread ini kita akan sama-sama pelajari mengenai dua sistem pemikiran manusia dan bagaimana kedua-dua sistem tersebut boleh mempengaruhi keputusan dan tindakan kita.

(Ini ialah bebenang)
Sebelum kita mula, thread ini adalah hasil daripada bacaan buku yang bertajuk 'Thinking Fast and Slow' karya Daniel Kahnemann, seorang psikologis yang merupakan penerima anugerah Nobel Memorial Prize dalam Economic Science.
Setiap manusia memiliki dua sistem pemikiran yang berbeza antara satu sama lain, iaitu Sistem 1 dan Sistem 2. Kedua-dua sistem pemikiran inilah yang membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan atau penilaian.
Sistem 1 ialah sistem pemikiran yang pantas, automatik, intuitif dan di luar kawalan kita. Contoh, lihat gambar di bawah. Secara automatiknya kita dapat mengenal pasti bahawa orang tersebut sedang marah, betul tak? Ia tidak memerlukan sebarang tenaga pun untuk kita tahu emosi dia
Manakala cuba lihat soalan ini:
17 x 64

Untuk menjawabnya anda perlu berhenti sebentar, fokus dan berfikir sepenuhnya.

Hal ini menggunakan pemikiran Sistem 2 yang merupakan pemikiran yang perlahan, menggunakan tenaga mental yang banyak serta memerlukan sepenuh perhatian anda.
Kedua-dua sistem ini saling melengkapi antara satu sama lain dalam kehidupan seharian kita, di mana Sistem 1 memberi kita intuitive sense/ gut feeling dalam sesuatu perkara manakala Sistem 2 pula bertindak untuk berfikir secara rasional bg mengawasi dan mengawal Sistem 1 kita.
Namun begitu, oleh kerana otak kita secara semulajadinya bertindak untuk menjimatkan tenaga mental sebanyak mungkin, almost all of the time kita menggunakan Sistem 1 dalam kehidupan seharian kita, melainkan jika terdedah kepada sesuatu situasi atau masalah yang baru.
Contohnya, apabila kita sedang memandu, most of the time, kita langsung tidak memberikan perhatian pun mengenai pemandangan sekeliling kita, tiba-tiba je kita dah sampai depan rumah. Betul tak? Akan tetapi, apabila kita ternampak sebuah kereta yang memandu secara merbahaya, atau-
-ketika kita sedang memotong, Sistem 2 kita akan aktif semula dan membuatkan kita memandu dengan lebih fokus dan berhati-hati.

Sama juga dengan kehidupan seharian kita. Most of the time, kita membuat keputusan/ penilaian berdasarkan apa yang kita 'rasa' betul, perasaan ini-
-disebabkan oleh pemikiran Sistem 1 kita. Namun, pemikiran Sistem 1 ini tidak semestinya tepat. Adakalanya Sistem 1 ini boleh menipu diri kita, membuatkan kita membuat keputusan dan penilaian yang salah dan lemah. Lihat gambar di bawah ini:
Secara intuitifnya, kita lihat garisan sebelah atas lebih pendek daripada garisan di bawahnya, betul tak? Namun sebenarnya, kedua-dua garisan itu adalah sama panjang! Tak percaya, tengok gambar di bawah ini. Hal ini menunjukkan Sistem 1 kita boleh memperdaya penilaian kita.
Dan sekarang, walaupun anda - atau Sistem 2 anda- telah tahu bahawa kedua-dua garisan tersebut sama panjang, namun anda masih nampak garisan yang sebelah atas lebih pendek bukan? Hal ini menunjukkan bahawa ianya adalah sukar untuk 'mematikan' gerak hati yang dihasilkan Sistem 1.
Konflik Sistem 1 vs Sistem 2 bukan terhad kepada ilusi optikal sahaja. Bayangkan diri anda adalah seorang penemuduga. Terdapat dua calon, A dan B, yang kelayakan dan tahap pendidikan mereka semua sama, cuma yang membezakan antara keduanya ialah A lebih cantik daripada B. Yang-
-manakah anda akan pilih? Kebiasaan orang akan pilih A kerana ia menjadi lumrah untuk kita menghubungkaitkan rupa yang cantik dengan sifat personaliti yang baik, berbanding rupa yang tidak begitu attractive, walaupun anda langsung tidak kenal pun A itu perwatakannya macam mana.
Hal ini dinamakan sebagai 'halo effect' dan ia merupakan salah satu kelemahan Sistem 1 kita yang terlalu mudah membuat perkaitan antara dua perkara yang langsung tiada kena mengena.
Selain itu juga, Sistem 1 pemikiran kita juga terlalu mudah untuk membuat sesuatu kesimpulan, biarpun dia tidak mempunyai data dan maklumat yang mencukupi untuk membuat sesuatu kesimpulan tersebut. Fenomena ini dinamakan What You See Is All There Is (WYSIATI) oleh Daniel Kahneman
Contohnya, katakanlah anda baru ambil seorang pekerja baru, namun pada hari pertama, dia telah lewat kerana berlaku kemalangan yang menyebabkan dia tersangkut di dalam trafik, daripada situ Sistem 1 anda telah membuatkan anda merasakan bahawa pekerja baru tersebut seorang yang-
-malas, tidak berdisiplin, culas dan lain-lain, padahal anda belum lihat lagi bagaimana cara dia bekerja! Oleh sebab inilah, first impression adalah sangat-sangat penting, kerana sebaik sahaja seseorang itu telah mempunyai persepsi negatif terhadap anda, ianya adalah sukar untuk-
mengubah pendapatnya, dan ini dinamakan 'confirmation bias', iaitu salah satu lagi kelemahan Sistem 1 di mana kita lebih mudah utk menerima sesuatu maklumat yang menyokong pendapat kita manakala maklumat yang melanggar pendapat kita diendahkan begitu sahaja.
Di samping itu, Sistem 1 kita boleh membuatkan kita terlalu yakin (overconfident). Hal ini kerana Sistem 1 lebih mementingkan maklumat yang koheren berbanding maklumat yang tepat. Walaupun data yang ada sedikit dan terhad, kita berasa yakin dalam membuat sesuatu keputusan-
-hanya kerana data dan maklumat tersebut koheren. Contohnya dalam sesuatu isu, kita akan berasa lebih yakin untuk menyalahkan seseorang apabila kita hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak, berbanding mendengar daripada kedua-duanya sekali.
Terdapat banyak lagi contoh dimana kita cenderung untuk membuat suatu keputusan yang lemah atau sesuatu falasi kerana kita terlalu bergantung pada Sistem 1/ pemikiran intuitif kita, padahal apabila diperiksa dan dianalisa betul-betul, pemikiran itu langsung tidak rasional.
Akhir sekali, walaupun kita tidak dapat mengawal pemikiran Sistem 1 sepenuhnya, dalam membuat sesuatu keputusan/penilaian yang penting, ianya adalah bagus untuk kita duduk sebentar, keluarkan pensel dan kertas dan analisa segala pros dan kons sesuatu perkara itu dan kenalpasti-
-sebarang bias dan mental shortcut yang mungkin mempengaruhi pemikiran kita pada ketika itu.

Insya Allah saya akan menulis dengan lebih mendalam setiap satu cognitive bias yang kita selalu buat dalam kehidupan seharian agar kita dapat membuat sesuatu keputusan yang lebih bijak.
Sampai di sini sahaja thread saya kali ini. Jika anda rasa ia bermanfaat, jemput untuk like, retweet dan follow. Ia sangat membantu untuk memberi saya semangat untuk terus menulis lebih banyak thread in the future.
You can follow @mnalhakim.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.