CONTOHI BAPAK SIAMANG.

Ini siamang dari hutan di satu kawasan di Pahang.

Hensem semulajadi.
Rambut belah tengah tanpa perlu pomade.

Baik budi bahasa. Mesra.

Yang dukung anak tu, bukan mak siamang tau. Tapi, bapak siamang.

Ini adalah thread.
Bapak siamang ni, adalah contoh bapa mithali yang alam mahu tunjukkan pada kita.

Bapak siamang akan dukung anak ke mana sahaja, sehingga anak tu umur dalam 3 tahun.

Sebab dia tahu, mak siamang mesti penat nak hadap masa anak menyusu dan tidur.
Bapak siamang akan pass anak pada mak siamang masa anak nak menyusu atau tidur sahaja.
💐Bapak siamang ni amalkan monogami.

Akan bersama dengan satu pasangan je seumur hidup, dan akan pastikan kemandirian keluarga dia. Dan akan berikan yang terbaik untuk keluarga dia.
💐Dan bapak siamang memang sangat bertanggungjawab.

💐Dia pastikan siamang muda yang dia jaga, pandai cari makan sendiri, baru dia akan lepaskan untuk siamang muda cari dan bina keluarga sendiri pula.
❀Masa kami sedekah makanan kat keluarga siamang ni, bapak siamang makan paling last.

❀Bapak siamang bagi mak siamang makan dulu, sebab mak siamang kan menyusu anak. Kena pastikan makan cukup. Bapak siamang tahu pasal ni rasanya. Sebab tu dia bagi mak siamang makan dulu.
Bapak siamang akan perhati je masa yang lain makan.

Bapak siamang ambil sedikit makanan yang kami bagi tu, dan bagi pada baby siamang.

Last sekali baru bapak siamang makan. Dia pastikan keluarga dia semua dah makan dulu.

Baik weyyyyhhh..
Hebat bapak siamang.

Bukan sahaja hensem, rambut belah tengah. Tapi juga bertanggungjawab, bapa mithali dan berbudi bahasa.

Takde bising-bising minta makanan dan demand macam beruk warna coklat tu.
Paling penting?
Bapak siamang sayang bini tanpa limit.

CONTOHILAH BAPAK SIAMANG
You can follow @aisyahrozalli.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.