Dari dulu, kalau aku jadi stokis, my game akan berkisarkan domination.

Macam mana? Aku tekan ads, aku produce creative and media sendiri. Aku buat drip content.

Sampai orang igt page aku tu page HQ.

Downside of it - orang akan copy tapi slow la sikit.

Then..
Aku introduce VIP Program.

Orang igt aku suka2 nak buang harga bagi free postage, padahal 5 jam aku tenung data sales.

Average repeat order customer produk tu dalam 3x repeat, full set.

1 full set ni tahan dalam 3-4 bulan.

So 3x repeat dalam masa setahun kan?
Then aku tengok lagi data. Hampir 70% akan stop pada repeat no 3. Aku xde full data tapi aku boleh assume.

1. Setahun takde kesan, tukar produk
2. Issue packaging produk yang tak setel2.
3. Customer pergi beli dengan orang lain.

So berbalik kepada data ni...
Aku tau, max 3 repeat. Majority.

Soalan, macam mana aku nak secure future order, walaupun dia tak order, aku masih untung.

Pelik tapi tak pelik.

Number is there.

Apa aku buat?
Japg sambung
So aku offer VIP program.

VIP program ni customer kena bayar RM30 sekali sahaja seumur hidup.

Apa dia akan dapat?

1. Free postage for life

2. Kalau ada sale, dia akn tahu dulu

3. Priority order

Dan ada lagi few others. Aku explain lagi ye...
Bila aku position free postage for life, customer macam. Wow. Apakah kejadian ini.

Setiap postage aku charge RM10.

Dengan bayar VIP, RM30, aku secara tak langsung secure order dia 3x in advance.

Mathematically, 0.7 probability dia akan order 3x sahaja.

Based on data..
Kalau dia order kali ke 4, aku kena tanggung rugi la kan? Sebab dia bayar RM30 tapi order 20x kali.

Tak rugi.

Margin masih cukup nak absorb actual cost postage around RM7.

Tapi yg paling best..
Aku dah secure hampir RM3000 in advance apabila ramai customer berminat.

Sebab dia dah bayar, dia takkan nak beli dengan agen lain lagi sebab dia dah bayar dekat aku. Logik nye la.

Aku dah secure 100 customer selama setahun. Macam gitu la assumption.

Kalau dia tak order?
Aku tak rugi apa2 pon. Duit dah ada. And kalau setahun lepas tu dia order semula, still untung juga.

Banyak lagi benda yang kau boleh buat utk tapaw stokis2 atau agen2 ni.

Banyak sangat strategi. Tapi setakat tu je la. Kalau rajin, aku sambung 😂😂

Akhir kata..
Think on how to dominate the market. Itu je kalau nak jadi stokis yg power.

Kawan tu kawan juga. But for me, aku pretty much competitive in term of menjual.

Kau tak boleh keep up, kau punya pasal.

Tapi make sure secara halal. Jgn pelik2 pula. Tak berkat. Ok?

Ada soalan?
You can follow @m0d0.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.