Sebab ada yang benak+bebal sangat mempermainkan Jata Negara Malaysia, mungkin perlu ingatkan balik apa yang dah belajar dalam Sejarah Tingkatan 5 kot tentang Jata Negara

#bebenang

[1/13]
Setiap negara yang mempunyai jata negara sebenarnya menggabungkan ciri yang ada di dalam negara ke dalam satu bentuk lambang untuk identiti negara.

Persamaan jata negara Malaysia pula adalah menyamai karakteristik Heraldic Eropah

[2/13]
Lambang rasmi kerajaan Malaysia yg telah diperkenankan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka bentuk Jata Negara telah diusahakan oleh Jabatan Ukur dgn menggunakan 6 warna.

Jata Negara Malaysia telah mengalami 5 kali perubahan atas sebab tertentu

[3/13]
1. Versi asal jata negara yang digunakan sejak penubuhan NNMB lagi yang mana pada asalnya ia melibatkan 4 buah negeri sahaja iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan.

Jata ini diperkenalkan pada tahun 1895 dgn moto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah.

[4/13]
2. Setelah kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 31 Januari 1948, jata negara diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol mahkota juga turut diubah kepada simbol bulan dan bintang.

[5/13]
Perisai pula ditambah 5 keris dan lambang untuk negeri Pulau Pinang berbentuk Princess of Wales feathers serta negeri Melaka berbentuk A Famosa turut ditambah.

Motto Dipelihara Allah diubah kepada Bersekutu Bertambah Mutu dan ditulis dalam bahasa melayu jawi dan english

[6/13]
3. Selepas Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dan membentuk Kerajaan persekutuan Malaysia, sekali lagi lambang jata negara diubah

Melaka dan Pulau Pinang diubah kpd pokok pinang dan melaka. Jata ini diperkenalkan pada tahun 1963 dan hanya bertahan selama dua tahun.

[7/13]
4. Selepas Singapura meninggalkan Kerajaan persekutuan Malaysia, jata negara sekali lagi diubah dengan menggugurkan lambang Singapura.

Pengguran lambang Singapura digantikan dengan lambang bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

[8/13]
5. Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik.

Terdapat juga sedikit perubahan pada lambang negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara Malaysia ini digunakan sehingga sekarang.

[9/13]
Falsafah serta maksud setiap lambang yang digunakan oleh dirujuk berdasarkan gambar dibawah oleh @MKNJPM

[10/13]
Kenapa penting untuk kita hormati Jata Negara?

Jata Negara adalah lambang rasmi dan identiti negara kita. Apabila ada pihak yang cuba menukar dan menjadikannya bahan ketawa maka ia merupakan sebuah penghinaan kepada negara yang merdeka ini

[11/13]
Jata Negara menjadi lambang perpaduan negara kerana ia menggambarkan semua negeri yang ada di dalam Malaysia ini bergabung dan membentuk perpaduan walaupun berbilang kaum

[12/13]
Walaupun berbeza agama, kaum, asal usul, fahaman dan pegangan ideologi politik tetapi janganlah mengangkat dan mempermaikan isu seperti ini kerana ia melibatkan maruah negara serta mampu mengugat keharmonian negara

Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar

[13/13]
Ini bukan soal politik ataupun peperangan konservatif dengan liberal tetapi ini merupakan sebuah isu yang besar

Setelah Jalur Gemilang dipermainkan dengan diterbalikkan pada edisi yang lepas, kali ini Jata Negara pula diparodikan. Selepas ini apa pula?

Cukup itu cukup!
Akta 414: Akta Lambang dan Nama 1963 https://twitter.com/AshrafMhd/status/1277518727219605504
You can follow @_hairulfaizi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.