Hello gais, since 1 July ni dah boleh buat kenduri kawen mesti ramai dah start planning untuk buat majlis kan? Tapi kena kurangkan jumlah jemputan pula😞

Jadi macam mana nak make the most of limited invite?
THIS IS A THREAD on how to make a FREE RSVP form.
@twtmalaywedding
1) Pergi ke link Google Form. Kalau belum log in Google Accout, silalah berbuat demikian.
https://www.google.com/forms/about/ 
2) Selepas log in korang akan dapat dashboard seperti ini.

Untuk memudahkan kerja, korang boleh pilih RSVP/Party Invite. (p/s: Party Invite punya soalan lebih relatable dengan wedding)
Ini ialah Party Invite punya template.
Soalan2 dalam template ini ialah
1) What is your name?
2) Can you attend?
3) How many of you are attending?
4) What will you be bringing?
5) Do you have any allergies or dietary restrictions?
6) What is your email address?
3) Soalan

To me, I cuma perlukan (1) nama, (2) pengesahan kehadiran, & (3) nak datang berapa ramai?

Jadi yang lain2 itu boleh buang. Kalau nak kekalkan pun boleh, cuma nanti orang rasa macam kekwat pulak dah. (Aku suruh RSVP pun orang dah kata aku kekwat).
3.1) Macam mana nak buang soalan yang tak diperlukan? Klik pada soalan & tong sampahkannya.

3.2) Macam mana pula kalau nak tambah soalan? Jangan risau, benda tepi ini akan sentiasa follow cursor. Klik je pada icon "+" (refer gambar 2).
4) Required Question.

Kita nak make sure orang yang isi form ini akan jawab semua soalan yang kita perlukan, jadi jangan lupa jadikan semua soalan anda "Required Question".

Caranya, klik pada soalan anda & dibawah sebelah kanan kotak soalan itu ada "Required Question".
5) [Optional] Drop Down Button.

Untuk soalan "How many of you?" template tetapkan "Short Answer", tetapi sebagai bekas student Computer (old habit die hard) kita tau ada manusia buta IT jadi untuk limit respon pelik2, i buat "Drop Down" button. (checkbox boleh tapi tak kemas)
Cara buat drop down button.
Gambar 1 :
1) Klik pada soalan, kemudian dalam kotak soalan pada top right corner ada drop box, tukar daripada "Short Answer" kepada "Drop Box".
2) Isikan pilihan jawapan 1,2,3,4,5,6,...

Gambar 2 & 3 : Hasil

//Drop box : box yang ada anak panah 🔽
6) [Optional] Theme / Tema

Cara nak tukar header :
Klik icon "Customized Theme" di Top Right Corner of your screen.
Nanti di keluar pane disebelah kanan skrin. Bolehlah tukar mengikut citarasa anda.
OK dah siap RSVP form korang.
Tapi sebelum send, jangan lupa double check hasil RSVP form korang tu. boleh klik icon 👁️ pada top right corner of your screen.

Kalau semua dah OK, masa untuk zebarkannn.

7) Publish Form.
Klik button "Send" (sambung twit seterusnya)
Nanti akan keluar pop-up.
Pilih icon link🔗 & copy the link.
&& you're ready to invite some friends & relatives. :D

Tips : Shorten the link, or else your wedding invite is going to look like a spam/scam 😆
8) Semak Respon.
Log-in to your Google Account, lepas tu klik ke link RSVP anda sendiri.
Nanti klik icon edit ✏️ on bottom right corner of your screen.
Sebelah tab "Questions" dimana korang edit form & soalan tu, ada "Responses". So korang boleh tengok summary kt sini.
8.1) Untuk soalan (3) "How many of you?" ni tricky sikit. kalau korang buat drop box dia keluar chart (gambar 1), kalau korang biar short answer, dia keluar list mcm nama tu (gambar 2)
So untuk mudah tengok, klik icon Google Spreadsheet (top right page)

SpreadSheet akan dibuka pada new tab (gambar 2). So boleh lah korang filter apa yang korang cari. Tapi nak dapat total tu kena tulis formula SUM macam dalam excel. tapi taknak tulis panjang2 kat sini.
Kalau nak tutorial Google Spreadsheet pulak, nanti kita buat thread lain
Extra tips : I link this RSVP form to my digital card from aliveinvite, sebab tu tak tulis tarikh/tempat & everything else.

Kalau korang takde buat digital invite, korang bubuhlah tarikh/tempat & other details dalam form korang. Nak letak gambar kad pun boleh.
Kalau korang cari digital card, sekarang ni macam2 website ada sediakan servis itu. Ini contoh from aliveinvite (skrg dah tukar nikahsatu kot kt ig).

To me, sangat memudahkan. Jemputan korang boleh terus save the date, call/whatsapp, & ada GPS location sekali.
Kalau guna aliveinvite ni, dorang siap dah update Check-In/Check-Out features lagi. Senang korang tak perlulah nak kena tulis nama manual dah. Tapi kalau nak suruh tulis manual pon boleh kan, tulis terus kat Guest Book. Taklah kosong je GuestBook macam aku punya 😆
This is my RSVP form & digital invite , kalau korang nak refer.

RSVP form : https://forms.gle/TxrceaK7k8NpTqQf8
*actually dah tutup respond, tapi buka balik since ada yang tanya. Tolong jangan spam ya 😆

& Digital invite: https://aliveinvite.com/mjxhaniff 
OK tamat tutorial buat RSVP menggunakan Google Form.
Maaf kalau detail sangat, dah terbiasa buat Manual Book untuk system 😆😆 tapi kalau tak cukup detail tu maksudnya ada room for improvement lah.

Good luck bakal pengantin 💕💕💕💕
For those yg rasa tak cukup detail tu, tolong beritahu apa yang korang tak faham & perlukan lebih penjelasan. I need feedback. I is sad la orang tak faham. 😞
You can follow @MillaVenus.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.