ROGOL DALAM PERKAHWINAN DARI SUDUT PERUNDANGAN

Wujud ke kes rogol dalam perkahwinan di negara ini? Jom baca!

INI ADALAH THREAD
1.Seksyen 375A kanun keseksaan diwujudkan sekitar 2007. Lepas UN CEDAW comittee sarankan putrajaya jadikan rogol dalam perkahwinan sebagai jenayah.
2.375A any man who during the subsistence of a valid marriage causes hurt or fear of death or hurt to his wife or any other person in order to have sexual intercourse with his wife shall be punished with imprisonment for a term which may extend to five years.
3. Tetapi terdapat satu masalah. 375A tidak memasukkan bahawa elemen persetujuan isteri adalah satu kemestian. Minimum penjara juga tiada. Hukuman maksimum 5 tahun tetapi tiada jumlah minimum.
Tambahan lagi, tiada kes yang berjaya didakwa dan disabitkn. Setakat 2018 hanya ada 1 kes sahaja.

4. Jadi bagaimana kita hendak mengetahui dapatan mahkamah tetang hal ni? Terpaksa kita rujuk bagaimana negara lain memutuskn adanya ‘marital rape’ atau tidak.
5.Sayangnya dalam kes kes common law. Perkahwinan dianggap sebagai satu bentuk persetujuan utk melakukan perhubungan secara sukarela. Melainkan satu petition perceraian telah difailkn, melakukannya secara paksa dianggap rogol, manakala sesetengah kes dianggap bukan rogol
6. Maka malaysia yg undang-undangnya dipengaruhi common law sedikit sebanyak merujuk kepada common law dapat membuat keputusan kerana ketiadaan kes sebegini di Malaysia.
7. Tidak boleh istilah paksa kerana dalam hubungan intim adalah perlu kepada sukarela menikmati kenikmatan. Isteri tidak boleh menolak tanpa sebarang alasan munasabah apabila suami berkehendak hubungan tersebut
8. Sekiranya tiada sebarang alasan yg munasabah, maka di sini kebiasaanya wujudnya bibit-bibit nusyuz (enggan mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak).
Jika pihak isteri gagal membuktikan bahawa menolak hubungan tanpa sebarang alasan munasabah, maka sabitan nusyuz berkemungkinan besar diputuskan.
Walaubagaimanapun ia tidak bermaksud suami berhak mencederakan isteri utk memaksa hubungan. Ia masih satu jenayah.
You can follow @hafidzahhassan1.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.