Aku nak kongsi satu penulisan dari pemilik akaun FB Muhammad Ezral berkaitan hukum takaful : halal ataupun haram.

Thread ni agak panjang jadi aku harap pembaca boleh baca sampai habis dan sama-sama berfikir.

Ini adalah thread!
Takaful haram atau halal ?

Ok kali ni aku taknak cerita pasal insurans sebab yang ni korang dah tahu insurans ni ada 3 unsur iaitu, riba', maisir dan gharar meaning it is totally haram.

Kita cerita pasal takaful sebab ramai yang nak tahu pasal ni.

Kenapa dipanggil takaful?
Takaful berasal dari perkataan arab kafala ialah menjamin. Juga dikenali sebagai dhoman.

Menjamin apa ? Menjamin antara peserta satu sama lain yang join takaful sahaja.

So orang luar yang tak join tidak dikira sebagai peserta.

Apa asas aqad dalam takaful?
Tabarru', wakalah dan mudharabah. Setiap syarikat takaful tidak akan lari dari landasan 3 aqad asas ni.

Apa tu tabarru'?

Tabaru' ni macam peserta yang join sudi untuk 'menderma'/ infaq duit nya utk digunakan ketika mana ada musibah di kalangan peserta yg join takaful tersebut.
Ok part tabarru' ni aku akan bahas detail kenapa aqad tabarru' ni gagal menepati apa yang pihak takaful implementasi kan. So baca sampai habis.

Apa tu wakalah ?

Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful utk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk..
..melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am.

Siapa yg melantik? Peserta? Pada aku bukan pelanggan melantik. Sebab syarikat takaful mmg wujud sebelum pelanggan/peserta itu wujud.

Orang no.1 yg mula join takaful pun tak melantik syarikat takaful sbgai wakalah.
Jawapannya syarikat takaful itu sendiri melantik diri mereka sendiri untuk berjual beli takaful. Syarikat insurans juga boleh ada syarikat takaful even bank sendiri pun boleh ada syarikat takaful.

Siap mereka ada agen lagi yang diupah untuk mencari pelanggan agar join takaful.
Pada aqad wakalah ini ada yuran yg perlu dibayar oleh peserta takaful kepada syarikat takaful.

Yuran ni berbeza setiap syarikat. Tapi pada aku tetap caj nya tinggi walaupun katanya atas dasar taawun.

Apa tu mudharabah ?

Mudharabah ni di mana 1 pihak sediakan duit atau modal..
dan 1 pihak lagi run business utk jana keuntungan.

So bila peserta bayar kepada pengelola dana secara automatiknya duit tu akan terpecah kepada 3 :

Akaun tabarru'/dana risiko : Ini duit milik peserta sepenuhnya yg ditimpa musibah ambil duit ni bayar kepada peserta kena musibah.
Akaun ujrah / upah : Ini milik pengelola dana yang menguruskan wang peserta. Kira sebagai upah yang dibayar hasil perkhidmatannya menjaga uruskan wang peserta.

Akaun pelaburan : Pelaburan ni pula dilaburkan oleh pihak pengelola takaful untuk generate keuntungan. Keuntungan dan..
kerugian di sini dibahagi antara peserta dan pihak pengelola dana.

Di mana dalam erti mudharabah in this case, peserta takaful pam modal dan pengelola / syarikat takaful sebagai pengendali. So bila ada kerugian, peserta rugi pada wang mereka, pengelola rugi pada masa dan tenaga.
Actually pada part mudharabah ni pun aku tak setuju kerana asal duit ni dari duit pelanggan katanya untuk cover.

Kemudian diputar, diinvest untuk kembangkan duit dan kena bahagi pula untung dengansyarikat takaful walhal mereka dah dpt upah asing atas pengurusan duit pelanggan.
Pada part ni juga kaedahnya sama sepertimana syarikat insurans yang gunakaan duit pelanggan tu untuk tujuan pelaburan.

Mereka kata takaful ni atas dasar taawun tapi aku lihat ni atas dasar komersial keuntungan untuk syarikat buat duit.
Dalam pelaburan ni ada untung dan ada rugi, tiada siapa boleh jamin pelaburan sentiasa untung, saat rugi bagaimana dengan duit pelanggan tu?

Of course pelanggan kena tanggung rugi duit tu, pengelola hanya tanggung rugi masa dan tenaga.

Dalam bab ni, hujah aku kau boleh ambil..
kau boleh tolak, so nanti aku harap takde yg kata ustaz tu kata boleh mufti tu kata boleh.

Kalau nak ikutkan cara ni, Insurans yg haram tu pun ada sheikh kata harus seperti Sheikh Mustafa Zarqa’, Sheikh Ali Khafif, Sheikh Abdullah mani’ takkan nak terima semata2 dia ulama?
2. Ok di mana masalah takaful tu timbul?

Pada aqad tabarru' itu sendiri.

Tabarru' ni part paling penting, jika implementation tabarru' ni gagal maka seluruhnya menjadi riba, gharar dan maisir.

Disebabkan aqad tabarru’ ni lah mereka kata perbezaan antara insurans dan takaful.
Actually dalam takaful masih ada riba, gharar dan maisir sekiranya implementasi aqad tabarru’ tu tak betul. Why ?

Ok dalam terms takaful dia tak guna pakai terms seperti insurans iaitu jualbeli insurans.

Kalau guna terms ni awal2 lagi dah haram sebab adanya gharar/maisir/riba.
Untuk menghalalkannya terma jual beli tidak digunakan, tetapi ubah kepada terms tabaru' taawun.

Aku akan buktikan aqad ini tetap ada riba, maisir dan gharar.

So takaful menyatakan aqadnya berbeza dgn insurans kerana takaful mengubah aqad muawadah maliah kepada aqad tabarru'.
Aqad muawadah ni digunapakai oleh insurans konvesional untuk tujuan keuntungan / komersial melalui jual beli polisi insurans.

Hakikatnya takaful juga menjalankan aqad jual beli juga bukan tabaru'/derma/infaq/sedekah bagi tolong menolong peserta satu sama lain.
Kenapa itu bukan aqad derma/infaq/sedekah ?

Ok kita tengok dulu apa maksud infaq.

Pernah dengar si suami berikan infaq untuk isteri kemudian dia harapkan pulangan dari isterinya berikan lebih lagi dari apa yg dia dah berikan? Tidak sbb infaq diberikan tanpa harapkan balasan.
Begitu juga contoh Ali infaq RM10000 untuk bantu Siti yang miskin, adakah Ali akan berharap dan berkata nak dapat semula RM10000 atau lebih ? Ini jadinya aqad pinjaman bukan lagi infaq / sedekah.

Aku yakin bahawa pihak takaful tahu bahawasanya bayaran yang diterima daripada..
Pelanggan setiap bulan bukan merupakan derma / infaq / sumbangan / charity / sedekah kerana mereka saat iklankan takaful mereka menawarkan benefit yang mana bayarannya berbeza mengikut pakej perlindungan yang dipilih.
Ibn Manzur mendefinisikan sedekah / infaq sebagai apa yang engkau berikan kerana Allah kepada golongan fakir, yakni yang memerlukan. Rujuk Lisan al-Arab (10/196)

Ok let me explain why in takaful plan bukan sedekah / infaq.
Bila guna pakai perkataan menderma/sumbangan/infaq, sudah semestinya pihak yg menderma tidak akan berharap atau tidak akan mendapat pulangannya in future.

Ikut definisi dari Ibn Manzur Infaq ni dari yg berkemampuan / kaya kepada yg miskin serta tidak mengharap sesuatu in return.
Sebaliknya peserta takaful yang bayar setiap bulan dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh pihak takaful ingin mendapat benefit dari apa yang mereka bayar setiap bulan kerana tawaran ini telah dibuat oleh syarikat takaful. So ikut aqad derma sudah tidak valid di sini.
Mereka yg join takaful ni terdiri daripada mereka yang kaya dan berkemampuan, so mereka juga turut mendapat kembali 'DERMA' mereka sekiranya mereka ditimpa musibah.

Benefit orang kaya ni dpt turut ada duit orang miskin di dalam tu. Duit di pool antara duit orang miskin dan kaya
Infaq / sedekah juga bersifat ikhlas berapa jumlah dan apa yang nak diberikan bukan ditentukan oleh lembaga / syarikat atas apa yang mereka tawarkan. Ini bukan lagi sedekah / infaq.

Ini merupakan bentuk jual beli perkhidmatan yang mereka tawarkan.
So bila jadi jual beli, sama sajalah dengan insurans yang mana mereka berjual beli policy insurans mereka.

Dalam takaful, syarikat menentukan berapa jumlah kena bayar setiap bulan, Ini bukan dikira mengikut taraf kemiskinan atau tidak akan tapi ditentukan oleh umur, tahap..
kesihatan, jantina, tempoh perlindungan dan jumlah amaun yg dilindungi.

Ini masih lagi dipanggil taawun / tabarru' / derma ?

Ini adalah jualbeli policy dari syarikat takaful kepada pelanggan sebagaimana juga dilakukan oleh syarikat insurans.
Cuba kalau bagi kepada takaful, peserta / pelanggan ikhlas menyumbang ikut suka berapa kita nak bagi, boleh tak ?

Of course not. Sebab dia sudah ada perkiraan yang mereka sendiri tetapkan. Ini sudah menyalahi maksud infaq / sedekah tu sendiri.
Lagipun yang mendapat perlindungan hanyalah mereka yang bayar bulanan sahaja iaitu certain group yang terlibat dengan takaful sahaja, yang tidak bayar bulanan tidak akan dibantu. Ini juga menyalahi maksud infaq tu sendiri.
Riba
-------

Why riba ? Hal ni wujud kebanyakan dalam plan hibah.

Jumlah yang peserta / pelanggan bayar tidak sama dengan apa yang mereka bakal terima.

Contoh Dolah bayar RM200 setiap bulan. Cukup 1 tahun Dolah ditimpa kemalangan. Total yang Dolah sudah bayar RM2400.
Tapi Dolah dapat RM50k. Dolah baru bayar RM2400 tiba2 dapat RM50k yg dikatakan hibah. Jika benar ini hadiah/hibah, takkan ada sebarang bayaran untuk dapatkan hadiah.

Ada sesiapa pernah bayar duit untuk dapatkan hadiah? Bayar RM1 untuk dapatkan hadiah RM100 ? Sudah pasti takda.
Even anda bayar RM1 di mesin claw untuk dapatkan anak patung itupun hukumnya judi sebab anda bayar RM1 untuk dapatkan anak patung itu boleh jadi dapat boleh jadi tidak bergantung pada nasib.

Tak dapat anak patung tu duit anda burn, dapat anak patung tu pihak pengelola pula rugi.
Tapi takaful ni mereka tak rugi sbb semuanya duit peserta bukan duit mereka.

Masa anda bayar setiap bulan dan anda terima duit ketika musibah ini juga berlaku secara tidak tunai.

Bayar sekarang sikit tapi dapat kemudian lebih besar itupun bergantung kena musibah atau tidak.
Ini tukar wang dengan wang secara tidak tunai dan dibayar secara berlebih.

Ini riba. Sebab nabi kata syarat tukar menukar wang dengan wang ni wajib yadan bi yadin dan mislan bi mislin.

Ini lengkap 2 pakej riba iaitu riba nasiah dan riba fadhl.
Maisir / qimar / Judi
--------------------------
Ini kerana sifat MENJAMIN / Dhoman itu sendiri menjadikannya maisir.

Setiap syarikat takaful sudah semestinya mereka MENAWARKAN JAMINAN PERLINDUNGAN yang disertakan bayaran tertentu yang telah ditetapkan oleh mereka.
Apakah produk takaful ?
PROTECTION / PERLINDUNGAN dengan p[akai modal pelanggan untuk bayar claim.

Mereka lindung pakai duit siapa ? Duit peserta.

Bila ada sifat tawaran JAMINAN BENEFIT setiap kali bayar bulanan, beerti automatically ini adalah JUDI.
Why jadi judi? Mesti terkejut kan?

Bila ada DHOMAN / JAMINAN, bayar sekian dapat sekian, contoh bayar RM100 sebulan cover seorang diri RM100k, bayar RM150 sebulan cover untuk 2 orang RM200k. Ini adalah JUDI.

Kenapa judi ? Sebab ada jaminan. Bila bayar sekian dapat plan sekian.
Kalau bayar sekian tak berlaku apa² so duit hangus. Ini judi.

Seperti di funfair. Bayar RM1 untuk tembak tin. Jatuh tin tu dapat hadiah anak patung, kalau tak jatuh duit RM1 tu burn. Ini judi.

Sepertimana beli nombor toto RM1. Habis RM100 baru kena hadiah tawarannya RM1000.
Nak hadiah banyak lagi, lagi mahal nombor tu. Samalah sepertimana benefit dalam plan takaful.

Walaupun atas nama takaful sekalipun. Letaklah nama apa pun tawaduk ke, zuhud ke, fatanah ke, syurga ke yang dilihat bukan pada nama tapi pada implementasi.
Bak kata tuan guru Ahmad Rozaini, apa nama sekalipun takaful ke ikhlas ke soleh ke syuhada ke pewaris nabi ke haram tetap haram, judi tetap judi.

Hal ini pun sama kalau dilakukan pada khairat kematian. Kalau dibuat jaminan, bayar sekian dapat pakej sekian, bayar RM50 dapat..
sekian, bayar RM100 dapat pakej sekian, so bayarlah tiap tiap bulan, mati tak tahu bila pun.

Kena yang mati lambat memang banyaklah kena bayar. Yang masuk hari ni bulan depan mati untung lah baru bayar RM50 dapat pakej RM1000. Inilah Namanya judi.
Kenapa judi? Sebab ada tawaran benefit.

Yes orang tak nampak benda ni sebab dah lama sebati dalam masyarakat hal yang haram. Even mesin claw di pasaraya pun dah diajar judi di kalangan kanak2. Parent tak sedar pun itu judi.
Gharar
----------
Syaikh As-Sa’di, berikan definisi al-gharar adalah al-mukhatharah (pertaruhan) dan al-jahalah (ketidak jelasan).Hal gharar juga ini masuk dalam kategori perjudian.

Ghararnya bila pelanggan bayar, tapi risiko musibah berlaku ke atas pelanggan tak tahu bila.
Bisa terjadi dan bisa juga tak terjadi dan duit yang dibayar setiap bulan tu bisa jadi hangus bila tiada claim musibah.

Syarikat takaful dan kau sendiri pun tak tahu bila kau kemalangan atau musibah menimpa. Kerana setiap orang tidak tahu apa yg akan berlaku. Inilah gharar.
Contohnya, Daud dan Azam join takaful. Dua² ditimpa kemalangan. Daud claim takaful awal daripada Azam. So Daud dapat dulu claim daripada Azam. Time Azam claim duit dah habis dari tabungan.

Reaksi Daud terhadap Azam dan pihak takaful semestinya menimbulkan rasa tak puas hati.
Ini tidak mencapai Maqasid Syariah dengan adanya takaful seperti sekarang ini. Kerana Takaful hakikatnya menjual produk mereka.

Saat mereka kata takaful tu sendiri bersifat taawun yakni tolong menolong sesama peserta sepertimana yang dilakukan peserta takaful yang ‘menderma’..
duitnya setiap bulan tujuannya untuk mendapat pulangan bila mereka ditimpa musibah, begitulah juga peserta2 lain yang join takaful.

Mungkin ada yang kata, apa yang peserta niat atau fikir untuk mendapatkan pulangan atas infaq / derma mereka buat itu terpulang pada mereka lah.
Tidak seperti itu, kerana yang membuka jalan terjadinya gharar, judi dan riba ni adalah pihak takaful tu sendiri.

Niat tidak mengubah aqad. Contoh Azmi beri pinjam duit kepada Jamil RM1000 dan Jamil kata nanti aku bayar RM1000 dan niat sedekah RM200 kepada kau Azmi supaya kau..
boleh lagi tolong orang lain beri pinjam wang.

Azmi dan Jamil setuju RM200 tu sebagai sedekah. No ia bukan dilihat pada apa yang diniatkan dan disebutkan tapi implementation tu memang riba.
Aqal yg waras tak boleh menerima 2 perkara ni dalam 1 masa iaitu pihak takaful menawarkan benefit plan perlindungan kepada pelanggan atas dasar bayarannya lalu ia dikira sebagai derma tapi tak boleh harapkan pulangan hasil dari ‘derma’ tersebut.
Jelas ini bukan lagi derma tapi ini jualbeli sepertimana syarikat insurans.

Tapi mereka kata, gharar ini dimaafkan kerana kontrak / aqad yang mereka buat adalah tabarru’ / taawun / derma / sedekah / infaq untuk bantu satu sama lain.

Aku dah explain di atas, kenapa aqad tabarru’
ini gagal menepati implementation dalam takaful.

Ini bukan aqad tabarru’.

Letaklah nama apa sekalipun takaful ikhlas, kurnia, tawaduk, zuhud whatever nama islamix sekalipun kita melihat pada implementation bukan pada nama sekalipun mereka claim itu adalah islamix.
Mereka mengeluarkan dalil untuk menyokong perbuatan takaful. Jni antara dalilnya. 👇🏼

Dalil ini secara umum, bukan menyokong takaful. Kerana takaful itu sendiri sudah ada unsur yang haram di dalamnya so dalil umum ini tidak boleh dipakai.
2. Hadis pujian nabi kepada golongan asy ariyyin. 👇🏼

Dalam konteks hadis ni qiyasnya langsung tidak sama dengan apa yang dilakukan oleh takaful.
Golongan asy ariyyin mengeluarkan makanan dgn rela hati untuk infaq dan makanan itu dikumpulkan dan diagihkan sama rata kepada mereka yg susah.

Tidak ditetapkan berapa setiap orang kena keluarkan makanan. Mereka keluarkan makanan untuk orang yang susah. Matlamatnya jelas.
Tapi pihak takaful mengumpulkan wang mengikut jumlah yang pihak takaful tetapkan bukan dengan rela hati berapa pelanggan takaful nak sumbangkan derma. Sepatutnya derma ni terpulang pada pelanggan nak bagi berapa sebab guna terms derma, sedekah, infaq.
Selama mana mereka tak ditimpa musibah, selama itulah peserta kena bayar setiap bulan.

Inilah al gharar sebab tak tahu bila mereka akan ditimpa musibah. Bayar tetap bayar.

Peserta ditentukan bayaran oleh pihak takaful mengikut benefit yg ditawarkan oleh takaful kepada peserta.
Golongan asy ariyyin keluarkan makanan one shot untuk bantu terus mereka yang dalam kesusahan.

Bila golongan asy ariyyin mengeluarkan makanan tak sama jumlahnya masing² kerana mereka keluarkan apa yang termampu, tapi bila menerima jadi sama rata. Ini mencapai maqasid Syariah.
Berbeza dengan implementasi takaful. Mereka mempromosikan plan perlindungan. Setiap bulan peserta yang join kena bayar, mengikut plan, umur, jantina, tahap kesihatan, tempoh perlindungan, amount perlindungan.

Kemudian duit itu bukan diagihkan terus selagimana tiada tuntutan..
musibah duit tersebut tidak dikeluarkan.

Duit tersebut diputar, dilaburkan agar berkembang bisa jadi untung bisa jadi rugi. Duit itu jugalah digunakan untuk membayar upah kepada pihak pengelola takaful sama ada untung atau rugi.
Itu belum cerita lagi bab pelanggan yang dah bayar setiap bulan tapi bila ada kekangan hidup, kehilangan kerja tak mampu lagi bayar apa jadi bila nak claim nanti ? Apa jadi bayaran yang telah mereka bayar sebelum ni ?
Kalau nak gunakan hujah hadis asy ariyyin ni, jika nak lakukan tepat sepertimana golongan asy ariyyin, pihak takaful kena secara sukarela tidak boleh mengambil sebarang upah pun.

Kiranya 100% free. Pelanggan pam duit, pihak takaful pam tenaga dan masa ini barulah taawun.
So tidak hairanlah kita bahawa agen takaful bersungguh sungguh mengajak orang join takaful kerana income yang dapat dari penyertaan pelanggan itu.

So inipun tidak sama apa yang diajarkan oleh golongan asy ariyyin sekiranya nak berikan hujah ini untuk menjual insurans / takaful.
Implementasi takaful ni pernah dilakukan oleh sahabat nabi tapi bukan versi takaful bidaah yg dibuat sekarang ni.

Dalam riwayat ni nabi takkan solat jenazah yg mempunyai hutang. Tapi disebabkan Abu Qatadah menjadi penjamin untuk bayar hutangnya maka nabi solatkan jenazahnya.
So dalam kes ni Abu Qatadah sebagai penjamin untuk membayar hutang si mati. Tapi takde pun Abu Qatadah selepas itu buat sistem takaful seperti sekarang ni.

Nak dia jamin hutang, so setiap bulan kena buat caruman atau bayaran dlm tabungan yang dijaga olehnya dikenakan upah pula.
tambah lagi dilaburkan duit peserta yang join takaful itu dan mendapat keuntungan.

Selagimana tak mati atau ditimpa musibah so dia tak dapat apa2 pun, kena berterusan bayar.

Then kena tengok level kesihatan, umur, siap pakej benefit perlindungan, pilih sekian kena bayar sekian
Ini bukanlah taawun, tabarru' melainkan ini bisnes keuntungan 1 pihak dan kerugian 1 pihak.

Bisnes takaful ni tak memerlukan modal apa, tak perlukan produk. Hanya jual beli risiko. Bayar kos orang claim pun dengan duit orang lain juga bukan duit syarikat tu sendiri.
Cerita kat orang tentang benefit yang dapatkan, takutkan orang seperti takutkan orang dengan hantu.

Bak kata Dr Arifin Badri, bisnes ni seperti hantu, takutkan orang dengan kemiskinan, kesusahan, kematian. Orang takut kemudian orang bayar setiap bulan.
Syarikat insurans tu sendiri pun insuranskan syarikat mereka dengan syarikat lain.

Sebab tu kita tengok syarikat insurans yang haram pun boleh wujudkan versi takaful.

Sepertimana jugalah bank bank, bank convetional itu jugalah boleh wujudkan islamix bank.
Ini bukan saja pendapat aku tapi ini juga pendapat Dr Erwandy, Dr Ariffin Badri, Ustaz Nur Ammi Baits, Ustaz Ahmad Rozaini. Tengok pada hujah mereka.

.

Apa impaknya atas kewujudan syarikat insurans & takaful ni ?
1. Kos perubatan, kos repair kenderaan dan segala kos yang di cover oleh pihak takaful dan insurans menjadi mahal kerana mereka tahu setiap yang ditimpa musibah majoriti mereka ada takaful dan insurans.
2. Hilang tawakal kepada Allah, orang hanya fikir takpe kalau sakit pun ada insurans takaful. Bila mati nanti ada cover utk keluarga terus hidup. Sedangkan Abu Bakar infaq seluruh hartanya dan nabi tanya apa yang kau tinggalkan untuk anak dan isteri, Abu Bakar jawab..
aku tinggalkan Allah dan Rasul. Sebab tu versi takaful seperti sekarang tidak wujud di zaman para sahabat sedangkan merekalah orang yg dah dijamin syurga dan paling banyak bersifat taawun.

3. Menggalakkan lagi utk manusia terus berhutang riba dan harapkan insurans membayarnya..
bila mati akhirnya inflasi semakin meningkat.

4. So bagaimana cara halal untuk solution ni ? Next post aku tulis since tulisan ni dah panjang lebar aku explain kenapa takaful masih gagal dari segi implementation untuk halalkan semua ni.
5. Wujudnya kes komplot apabila rugi perniagaan, bakar premis, total lost kan kenderaan dan pelbagai lagi penipuan untuk dapatkan claim.

Thread tamat. Kalau ada tak puas hati jangan attack aku. Aku cuma kongsi penulisan. Ini link fb beliau.
You can follow @RahImIJmldn.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.