Saya terpanggil untuk buat satu bebenang bagi menjawab hujah sampah anti-LGBT yang lazim dijumpa. Harap para homophobe dan transphobe jangan tunjuk jahil lagi.
1. "LGBT adalah penyakit mental"

LGBT dah lama dikeluarkan daripada klasifikasi penyakit mental oleh American Psychological Association, American Psychiatric Association, WHO dan pertubuhan2 psikologi utama seluruh dunia. Kalau tak percaya boleh tanya kat mana-mana doktor.
2. "LGBT adalah suatu pilihan/gaya hidup"

Salah. Orientasi seksual dan jantina bukan suatu pilihan atau gaya hidup. Adakah anda memilih untuk menjadi heteroseksual dan cisgender? Tentunya bukan. LGBT juga tak memilih untuk menjadi LGBT.
3. "LGBT tak mengikut 'natural order'"

Kalau nak ikut 'natural order', manusia sepatutnya diseksa dan mati kalau sakit, jangan lawan 'natural order' dengan makan ubat dan buat pembedahan.
4. "LGBT adalah budaya barat"

LGBT dah lama wujud dan diterima di timur, termasuk Nusantara.
Contoh:
- Suku Bugis mengiktiraf 5 gender.
- Manang bali dan basir dalam komuniti Iban dan Ngaju Dayak.
- Kampung gay di Kelantan sehingga 1960-an dan diterima oleh masyarakat tempatan.
6. "Jadi kamu nak ikut haiwan yang takde akal ke?"

Kalau kamu ada akal, kamu harus tahu diskriminasi dan buli orang lain atas orientasi seksual dan jantina adalah perbuatan salah.
7. "LGBT harus diharamkan kerana mereka tak dapat beranak"

Beranak bukan satu-satunya tujuan perkahwinan. Kalau kamu nak haramkan suatu perkahwinan atas alasan tak beranak, adakah kamu nak bantah perkahwinan pasangan hetero yang tak subur dan yang pilih tak beranak juga?
8. "LGBT membawa kepada HIV"

Salah. Punca utama jangkitan HIV adalah seks yang tak selamat tak mengira cishet atau LGBT.

Lagipun, kadar jangkitan HIV dalam seks lesbian adalah sangat rendah dan lebih rendah daripada seks hetero, jadi kamu harus sokong lesbian kan?
9. "Semua agama haramkan LGBT"

Salah. Banyak agama tak larangkan dan tak sentuh pasal LGBT, contohnya agama Hindu dan Buddha.

Baca selanjutnya di bebenang ini: https://twitter.com/SurenVynn/status/1171837761717977088
Satu lagi bebenang tentang agama yang menerima LGBT: https://twitter.com/ShuckMyBhauls/status/1272192127246598151?s=20
10. "LGBT boleh kembali 'normal' dengan terapi"

Tiada bukti saintifik tunjukkan bahawa LGBT boleh berubah melalui terapi, malah UN kata "the practices of conversion therapy are cruel, inhumane and degrading treatment, (in some cases) constitute torture” https://www.reuters.com/article/global-lgbt-rights/u-n-expert-calls-for-global-ban-on-cruel-conversion-therapy-idUSL8N2DE4KB
11. "Kalau kita iktiraf LGBT, nanti kena iktiraf pedofilia dan beastiality juga"

Ini slippery slope fallacy. Lagipun, hubungan LGB adalah antara dua manusia yang boleh consent, manakala kelakuan pedofilia/beastiality adalah hubungan dengan kanak2/haiwan yang tak boleh consent.
12. "Kalau kita iktiraf LGBT, macam mana pula dengan sumbang mahram (incest)?"

Jawapan: https://twitter.com/sweetestofbeans/status/1274505250490081280
13. "LGBT haram dalam hukum agama saya"

Kalau rasa haram, jangan buat (tapi sebenarnya LGBT bukan satu perbuatan atau pilihan pun). Jangan buli dan diskriminasi orang lain atas alasan kepercayaan peribadi kamu.
You can follow @azmir_lee.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.