SEJARAH TANAH MERAH, AUSTRALIA 🇦🇺

Pekan kecil kali ini memang jauh, tapi yang mana mampu pergi, singgahlah sekejap. Nak tahu sama ke tidak, adakah ia macam di Kelantan?

Macam menarik pekan ni. Kenapa nama dia Tanah Merah?
Tanah Merah, Australia terletak kira-kira 30km dari kota Brisbane. Ia terletak di kawasan Majlis Perbandaran Logan City, dengan penduduk kurang lebih 5,000 orang.

Tanah Merah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1971 oleh kerajaan Queensland.
Nama asal tempat ini ialah Slacks Creek. Tetapi dua lelaki bernama Jim dan Mave McBride, pengusaha ladang lembu yang pernah tinggal di Pulau Pinang.

Selepas bersara dari tentera, dan British mula mengundurkan tentera dari negara bekas jajahan, McBride beradik mahu pulang.
Mereka melihat kawasan ini tanahnya berwarna merah. Dan sebagai penghormatan mereka terhadap rakan-rakan tentera yang berkhidmat di Malaya, mereka namakan tempat ini dalam bahasa Melayu, Tanah Merah.
Keluarga McBride membuka tanah di kawasan tersebut pada tahun 1952, dengan keluasan ladang lembu 712 hektar (7km²).

Pun begitu mereka dilanda masalah kewangan dan terpaksa menjual tanah tersebut kepada Alan Real Estate.

Alan Real Estate membawa buruh-buruh dari Indonesia...
...untuk mengusahakan ladang ternakan lembu. Secara tidak langsung populasi orang Indonesia sangat ramai di sini.

Di Tanah Merah ada nama jalan bernama Tingi Drive, Goenoeng Drive, Pintu Drive dan Abang Drive.

Pintu Drive ialah jalan masuk pekan ini.

Gambar ni Murray Drive.
Pada saya, ini sangat comel. Sebab dalam kita menamakan nama bandar kita dalam bahasa Inggeris, orang Australia namakan bandar mereka dalam bahasa Melayu.

#bahasajiwabangsa
Salam, Kak @zarazettirazr tahu tak tempat ni? Kakak di Brisbane mesti tahu tempat ni. 😊
Untuk baca tentang orang Melayu di Katanning, Australia Barat, boleh baca di sini: https://twitter.com/ErenaTakeuchi/status/1232273713048875009?s=19
You can follow @ErenaTakeuchi.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.