KESUMAT TAK TERPADAM
Dalam Rundingan Baling 1955, Tunku Abdul Rahman bertegas dan berjanji di hadapan Chin Peng bahawa komunis tak ada tempat di Tanah Melayu. Jadi lepas merdeka, operasi mengesan dan memusnahkan saki baki komunis dipertingkatkan di Tanah Melayu ketika itu. 1/8

Hasilnya, selepas merdeka, ia amat menekan operasi dan keberadaan PKM dan anggotanya untuk terus beroperasi di Persekutuan Tanah Melayu. Chin Peng sendiri pun lari ke Thailand.
Malaysia beri amaran pada Thailand bahawa komunis akan cuba bangkit semula dari Selatan Thailand. 2/8
Malaysia beri amaran pada Thailand bahawa komunis akan cuba bangkit semula dari Selatan Thailand. 2/8
Sekitar Darurat Kedua (1968-1989), pasukan keselamatan kita menjangkaui sempadan negara masuk ke Thailand utk hapuskan komunis, elakkan komunis balik ke Malaysia.
Ulama2 di situ bekerjasama membantu pasukan keselamatan kita kerana mereka juga terkesan dengan ancaman komunis. 3/8
Ulama2 di situ bekerjasama membantu pasukan keselamatan kita kerana mereka juga terkesan dengan ancaman komunis. 3/8
Turning point penting dalam usaha Malaysia melawan komunis ialah lawatan diplomatik PM Tun Razak ke China sendiri bertemu Mao mewakili kerajaan komunis China pada 1974.
Ini tulisan aku tentang impak pembinaan 'jambatan' Malaysia-China. Jemput baca;
https://www.thepatriots.asia/jambatan-malaysia-merentas-tembok-besar-china/
4/8
Ini tulisan aku tentang impak pembinaan 'jambatan' Malaysia-China. Jemput baca;
https://www.thepatriots.asia/jambatan-malaysia-merentas-tembok-besar-china/
4/8
Komunis terus mengganas. Pembunuhan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahman Hashim (1974), Pengeboman Tugu Negara (1975) dan pembunuhan Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Choon Kong (1975) menunjukkan bahawa komunis belum berhenti bermimpi mahukan sebuah negara komunis. 5/8
Namun, usaha terus dilipatgandakan hingga kita dapat bina markas pasukan keselamatan Malaysia di Thailand. Ia pastinya hasil persefahaman yang dijalin antara Malaysia dan Thailand atas objektif yang sama; mahu memusnahkan ancaman komunis dari dua belah sempadan negara. 6/8
Kedua-dua negara juga giat melaksanakan operasi bersama untik membenteras aktiviti komunis di Thailand. Misalnya operasi ini, sebahagian dari kesinambungan Ops Sadaoyai Musnah, sekitar 1976. Jelas, kedua-dua negara sedar akan jahat dan bahayanya ancaman komunis. 7/8