LELAKI YANG SUKA
AMBIL KESEMPATAN
#ExposedDarksides

Kenapa lelaki-lelaki yang i kenal, semua macam nak ambil kesempatan dekat i. Awal-awal nampak ikhlas, nampak serious, lama-lama cuma anggap i as perempuan for fun.

Thread
- Triggered Warning
Luahan #DMJoker
Kalau sesuatu thread yang aku ada add ons 'triggered warning' maksudnya cerita dan nasihat yang aku akan sampaikan akan buat kau triggered dan sentap. Tujuan aku exposed untuk sedarkan kau semua tentang realiti dark-sides dalam relationship.

Pesan aku,
Baca dengan tenang
Apa yang aku cakapkan ini based on pengalaman aku dapat rawat dan consult orang, termasuk bab mental illnes dan relationship. Tiada sebarang data, based on my exp only as therapist. Ya betul. Sebenarnya majoriti lelaki yang nak kenal dengan kau hanya kerana 'sex and fun'
"Masih ada ke lelaki yang baik kat luar sana?" Jawapan aku. SEMESTINYA ADA. Cuma mereka tak layak dengan kau. Kerana keadaan kau sekarang yang hidup kau sendiri takda hala tuju. Apa yang kau dapat, termasuk jodoh adalah based on your personality right now.
Sekali lagi aku ingatkan, thread ini akan buat kau triggered. Tujuan aku bagitau untuk kau semua sedar. "Untuk kita dapat yang baik-baik dalam hidup, kau dulu kena start jadi yang baik-baik."

Aku ulang,
kau dulu yang kena mula
Tak kisah kau lelaki / wanita. Kalau bab jodoh dan kahwin ni. If kau nak yang baik-baik datang. Kau dahulu kena start ubah diri jadi lebih baik.

Sebab EX yang datang sebelum ni pun sedikit sebanyak mengikut karektor dan peribadi kau sendiri.
Mudah cakap; Gaya hidup, personaliti, tingkahlaku dan apa saja karektor diri kau. Itulah pasangan dan EX kau sebelum ini. Kalau tak sama pun, jarang2 ia berlaku dalam relationship.

So.. "Apa yang kau fikir, apa yang kau buat. Itulah yang akan datang dalam hidup kau."
Soalan kau. "Kenapa lelaki yg i kenal, semua macam nk ambil kesempatan dekat i?" Soalan ni sebenarnya kau kena adjust sikit lalu bertanyakan pada diri sendiri. Contoh soalan;

"Apa silap pada diri aku, sehingga lelaki tu dtg dan ambil kesempatan terhadap diri aku just for fun?"
Bukan sebab kau bodoh ke, bukan sebab kau mudah dipujuk rayu. No no no. Bukan macam tu. Jawapan paling sesuai adalah kerana "Mereka tak hormat kau sebagai wanita."

"Kenapa mereka tak hormat?"
Sebab kau tak hormat pada diri sendiri
Ini bukan soal wanita je. Lelaki pun sama. Secara mudahnya; "Bila orang tak hormat kau, mereka yang lain, mereka akan datang dan ambil kesempatan terhadap diri kau."

Soalan kau mesti tanya; "Macam mana nak nak bagi mereka hormat kita doc?" Jawapannya; Kau jaga harga diri kau.
Harga diri dan maruah kau. Jaga personaliti kau, jaga tingkahlaku kau. Jaga emosi kau. Tak kisah kau lelaki atau wanita.

Buat diri kau rasa Classy dan Elegant. Bukan dari sudut harta benda. Tapi dari sudut pemikiran dan tindakan. Mudah cakap, kau ubah diri kau jd lebih baik.
Untuk lelaki; Jaga nafsu kau, jaga maruah keluarga, jaga kata-kata kau, jaga dengan kewangan, jaga kesihatan, jaga hati dan niat kau. Jaga semua ini untuk ubah jadi lebih baik.

Yang paling penting, belajar untuk hormat wanita. Seperti mana kau hormat Ibumu sendiri.
Untuk wanita; Jaga pakaian, jaga pemikiran kau, jaga maruah diri kau, jangan terlalu percaya pada lelaki. Paling penting, sayangkan diri sendiri lebihhhhhhhhhh dari kau sayangkan pasangan. Bila kau sayang diri sendiri. Kau akan jaga maruah dan harga diri kau.
Ramai mengadu kat aku melalui DM & Online Consult; Mostly ramai wanita yg call. Mereka cakap "Lelaki yg saya kenal semua nak seks je. Minta nudes. Tak kisah muda tua, sama je doc." Aku cakap & pesan kat mereka beri step by step nak hadap benda ni. Salah satunya 'syg diri sendiri'
Untuk wanita; Aku tahu dan faham kau mahukan someone yang ikhlas dengan kau. Tapi kau takkan dapat. Jujur aku cakap. Kau takkan dapat. SEKIRANYA.. Kau tak ubah diri kau. Sebab yang datang sebelum ni pattern sama je, perangai sama je. Sebabnya.. Kau taknak berubah.
Untuk lelaki; Kalau kau hanya nak kenal wanita itu untuk kepuasan nafsu. Its okay. Sila teruskan. Aku tahu ia seronok gila bhai. Tapi satu hari nanti. Jangan pelik kalau hidup kau tak bahagia. Susah dengan kewangan, ada masalah dengan family, adik beradik. Sbb perbuatan dulu.
Untuk lelaki dan wanita; Apa yang kau rasa sekarang. Sedih gilaa, rasa murung, rasa dikecewakan lagi. Mostly 90% adalah datangnya perasaan itu dari pilihan dan keputusan yang kau buat dulu, 2-3 tahun lepas. Hari ni kau rasakan bagaimana peritnya. So jangan pelik dan jgn sedih.
Sebabnya kau sendiri yang pilih. "Tapi doc, saya boleh bahagia lagi ke? Macam tak je. Hancur dah masa depan saya."

Jawapan aku mudah. YA BOLEH. SANGAT BOLEH. Kalau kau buat pilihan dan keputusan SEKARANG untuk berubah jadi baik. Diri / personaliti / gaya hidup dan lain2.
Dalil dan bukti dah ada dari pengalaman hidup kau sendiri. "Dulu kau buat kat orang, hari ini balasannya kau dapat. Dulu kerana ikutkan nafsu dan nak seronok. Hari ini kau dapat balasannya."

So untuk bahagia akan datang kena buat apa? Jawapannya; Kena jadi manusia yg baik lah
Aku tahu bukan benda mudah nak berubah. Perlukan kekuatan hati dan emosi yang baik. Tapi itulah yang kau kena lakukan. Kalau malas nak berubah. Aku nak kata apa lagi, nasihat juta kali pun. Oh ya, lupa nk bagitau. Kalau tak nak berubah. Jangan pelik hidup kau terus tak bahagia.
Tuhan ni baik, DIA nak bantu kau. Tapi DIA nak tengok usaha kau dulu. Istiqomah adalah amalan. Nak tak nak, kau dulu kena start.

Supaya yang baik-baik pun datang dalam hidup kau. Termasuklah pasangan yg baik2 akan berkongsi rasa bahagia dengan kau. Yang lepas jadikan pengajaran.
Ulasan Joker

Sometimes dalam hidup kau kena mula mencari kesalahan diri sendiri berbanding menyalahkan orang lain apa yang terjadi dalam hidup kau. Sebab kau yang bertanggungjawab untuk pandu hala tuju hidup kau sendiri. Pesan aku.. Ubahlah diri kau, demi masa depan bahagia.
Jangan risau, yang ni tak hantar melalui email. Lepas ni produk ini akan terus hantar ke rumah anda. Boleh baca untuk positifkan diri selama 30 Hari. Limited Edition 30 unit sahaja. JOM ORDER SEKRANG di --> https://bit.ly/3htJoxz 
You can follow @dairijoker.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.