CANTIKNYA BUAT EYELASH EXTENSION!

Sejujurnya, aku antara mamalia ganas yg pernah buat eyelash extension ni. Aku memang suka buat sebab mata aku sepet, so bila buat tu mata aku nampak galak, hilang terus sepet tu. Serious, memang lawa gila! 😍
Awal-awal nak buat tu, aku takut juga sebab aku tahu benda tu haram.

Kenapa haram?

Kalau kau kaji sendiri pun kau dah tahu kenapa haram. Bulu tu dia nylon, so dah terang-terang tak telus air. Plus dia akan guna gam yg mengeras & memang langsung tak terus air.
So kau tahu kan apa maksudnya?
Bukan je wudhu kau tak sah, kau mandi wajib pun tak sah!

Kadang tertengok orang buat eyelash extension ni, mesti terdetik kat hati. "Dia ni solat ke? Cmana dia puasa sedangkan mandi hadas dia tak sah?"

Sudahnya aku plak yg buat! Bodoh
Nak lawa punya pasal, hukum agama buat-buat tak nampak! Ni bukan jahil, tapi bodoh alam. Akulah tu!

Cantik mmg cantik, tapi aku ni sejenis fikir "kalau aku mati nanti cmana?"

Sampailah aku terbaca story dari dua orang ni, iaitu orang yg buat eyelash extension

.. continue
Dan juga yg orang yg mandikan jenazah wanita.
Dari side org yg buatkan eyelash ni, masa tu dia baru berjinak dlm bidang ni. Masa tu baru ada 3 customer dia. Sampailah satu hari ni ahli keluarga dia perempuan meninggal, tak silap aku mak saudara dia.
Disebabkan family dia tahu dia buat job eyelash extension ni, semua orang minta tolong dia remove eyelash tu sampai merayu-rayu kat dia walaupun dia tak nak. Akhirnya dia buat juga. Dia cakap menggigil tangan dia nak cabut eyelash tu kat jenazah tersebut
Terus dia bertaubat & tak buat eyelash extension tu. Baru 3 customers dia dapat, Allah terus bagi hint kat dia. Syukur!

Kisah lagi satu dari orang yg mandikan jenazah wanita. Kenalannya pernah tanya, apa yg pihak pengurusan jenazah ni buat kalau

.. continue
ada jenazah yg mati masih lengkap dgn eyelash extension, pewarna kuku, pakai sulam bedak tu apa semua?

Dia cakap dia tak tanggalkan semua tu. Dia tak kan gunting bulu mata, kuku atau tonyoh pipi yg pakai sulam bedak tu.
Ye, memang air tak telus & mandian jenazah tak sah, tapi katanya jenazah dah pun meninggal tapi mayatnya tetap akan merasa sakit kalau kita buat semua tu. So pihak dorang ni cuma mampu doakan agar Allah ampunkan dosa-dosa jenazah.
Ye, aku pernah buat eyelash extension ni. Nak cantik punya pasal, hukum semua tolak tepi. Solat pun tak sah, inikan pula puasa. Bayangkan kau terus menerus dlm keadaan hadas! Tapi bila baca story ni, aku terus pegi remove eyelash aku. Ye, aku takut
Sifat manusia, yg kita tahu salah & dosa, itulah yg kita makin nak buat. Mcm aku, dari kecik aku suka tatu. Tapi Alhamdulillah aku tak pernah buat & aku yakin aku tak kan buat. Tapi aku terjebak dgn eyelash extension ni 🤦🏻‍♀️
Aku tahu aku pun bukanlah baik mana pun. Aurat pun tak tutup sempurna lagi, tapi Alhamdulillah hati ni masih takut nak buat benda-benda tu bila memikirkan mati.

Lagi satu! Pasal filler
Kepada yg pakai filler tu, pergilah buang cepat. Orang yg mandikan jenazah tu cakap, dorang langsung tak dapat buat apa-apa pada jenazah yg pakai filler. Bila jenazah dah kaku, filler jadi berketul-ketul, terus cacat jenazahnya. Allah 😭
Wei, biarlah tak lawa asalkan bila kita mati nanti tak menimbulkan fitnah, tak menyusahkan pengurusan jenazah kita kelak! Masa hidup ni semua nampak lawa, tapi mati kelak, wallahu alam!

Moga kita mati dlm keadaan yg baik & sempurna. Aamin!
You can follow @atengsepet.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.