1/
Trading tip:

Jangan Menyesal Lama Sangat : Edisi FOMO

Beli Saham 30 sen. Jual 25 sen. Saham naik balik 35 sen.

Patut ke menyesal?

Ini adalah thread:
Kita bukan boleh tahu masa depan.

Kalau saham naik selepas kita jual, jangan salahkan diri.

Benda tu jadi bukan maksud kita tak pandai, bodoh atau dungu.

Yang 10x lagi penting adalah proses perancangan. Planning is essential.
Untuk setiap trade, set tiga parameter

Harga masuk (entry)

Pulangan yang dikehendaki (yield/profit target)

Had rugi (stop loss)

Patuhi parameter dalam membuat keputusan trading, 100%. Takda sebab untuk tak patuh.
Kalau kita dah plan siap2, entry 30 dan stop loss di 25 sen, bukan anda tak pandai sebab terpaksa jual.

Kalau saham tu naik balik, dah tak ada kena mengena dengan anda.

Tapi kebanyakan orang akan rasa bodoh dan menyesal : kenapa aku tak tunggu je sampai naik?
Menunggu tu bukan strategi.

Mematuhi parameter adalah strategi terbaik untuk menghadkan kerugian dalam semua trade anda.

Bila anda menyesal sebab saham naik, anda membuang masa beremosi benda yang

-Tak ada kaitan dengan anda
-Benda yang anda tak boleh kawal
Apa yg anda boleh kawal? Parameter anda sendiri.

Anda tak akan menyesal, rasa dungu, atau rasa FOMO kalu anda terima 100% tanggungjawab anda untuk mematuhi peraturan ketika trading.

Jangan lepas tanggungjawab dan lepas geram sebab saham naik lepas anda jual. What’s the point?
Kita kena sentiasa hormati bidang trading ini. Hormati diri sendiri. Lindungi capital anda.

Jangan kaitkan emosi dengan outcome sesebuah trade. Takda kaitan pun.
Untuk jadi trader yang bagus, kita kena berdisiplin.

Patuhi proses. Bukan beremosi bila rugi atau melepas. Jauhi FOMO.

"Trust the process, and the outcome will be your income"
Kalau nak tengok outcome.... nah snapshot sket

Kami percaya proses. 100%.

😄
You can follow @pelhambluefund.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.