So minggu lepas, my bf, Arif suggested me to watch this movie,Misteri Balan Balan 2004 lakonan Nasir Bilal Khan. Movie ni diadaptasikan from kisah sebenar tentang Balan- Balan di Kota Belud Sabah. So, today, i nak share sikit sejarah & fakta Balan Balan
. This is a thread


So basically i know this info from bacaan kat internet and mulut arif sendiri sebab ayah dia orang Sabah. Their village pulak hampir dgn Kota Belud. So feel free to add on some info if you guys know about this story
.

Hantu Balan-Balan adalah hantu yg trkenal di negeri Sabah. Bezanya, di Semenanjung, hantu ini digelar Penanggalan. Mereka mempunya fizikal yg sama iaitu kepala manusia terbang brsama usus yg brjuntai. Makanan feveret mereka ialah janin bayi.
Kalau penanggalan pula hnya terdiri dari perempuan, balan-balan pula terdiri dri lelaki dan perempuan. Kiranya dedua gender boleh menjadi balan-balan. Hal ini kerana, balan-balan ni asalnya dari org yg suka mengamalkan ilmu hitam.
Asal usul balan2 di sabah adalah dari kaum iranun yg ketika itu masih mengamalkan amalan songsang dan syirik. Tujuannya adalah supaya mereka senang travel dari satu tempat ke satu tempat.
Menurut versi lain ada manusia yg menjadi balan-balan kerana mereka ingin mengekalkan kecantikan. Jadi, balan-balan bukanlah hantu sebenarnya. Mereka adalah mnusia namun dengan bantuan jin, kepala & badan mereka dpt dipisahkan.
Balan-balan juga suka mencuri mayat & menggantikan mayat yg dicuri dgn batang pokok pisang. Jadi, utk mengelakkan mayat dicuri, org dulu dulu akan meletakkan limau & cermin di sekeliling mayat utk mengelakkan mayat itu dri dicuri.
Cara utk mengenal pasti balan-balan adalah mereka mempunyai tanda mcm jahitan di leher & mreka juga tak suka tgok cermin. Balan-balan jugak boleh diwarisi kepada sesiapa melalui makanan.
Balan2 lelaki & perempuan ada perbezaanya. Balan2 lelaki lebih kuat & mereka akan terbang dgn satu badan. Balan2 perempuan pulak, hnya kepalanya sahaja yg terbang.

Mangsa balan-balan selalunya perempuan yg hamil & datang bulan. Balan2 lelaki pulak akan menggali jenazah yg baru dikubur hnya utk makan isi perut jenazah. Namun, ada cara utk mematikan balan- balan ini.
Utk balan2 lelaki, dia akan dipaksa utk minum air tembakau. Diorang akan mabuk & muntah pastu keluarlah burung pipit dri mulut diorang. Balan2 prempuan pula akan dibunuh dgn memasukkan ranting brduri dalam badan diorang sewaktu mereka jdi balan-balan.
Pada perang lahad datu 2013, ada teori yg mengaitkan bahawa sultan Jamalul Kiram III, pemimpin tentera sulu yg menuntut sebahagian negeri sabah menggunakan ilmu balan-balan.
Hal ini kerana, setelah tentera militan sulu tewas pada perang itu, sultan kiram balik semula ke Mindanao dgn sangat pantas. Ada yg mengatakan bahawa baginda mmpunyai ilmu balan-balan. Namun, kejadian ini tak dpt disahkan betul atau tidak.
Credit: @baddasssoldier