Antara pemikiran yang sangat salah adalah,

“Kalau nak nikah, mesti couple”

Atas alasan,

“Macamana nak kenal pasangan, kalau tak couple?”

Islam telah meletakkan tiga cara, inshaallah dengannya akan membuatkan kita bahagia selamanya.

Apa dia?

Bebenang bukan ringkas.
Sebagaimana yang kita semua maklum, pernikahan adalah salah satu sunnah Baginda ﷺ.

Nabi ﷺ bersabda,

النكاح سنتي فمن رغب عن سنتي فليس مني

“Nikah itu sebahagian daripada sunnahku, orang yang tidak mahu beramal (kerana benci), maka dia bukan daripada kalanganku”

(Ibn Mājah)
Tetapi, jangan pernah sesekali mencemari sunnah dan ibadah yang suci ini dengan dimulakan dengan perkara yang haram.

Iaitulah, bercouple.

Kalau benar mahu menghalalkan hubungan dengan si dia, gunalah jalan yang halal lagi diberkati dan diredhai olehNya.
Mungkin ramai diantara kita tertanya,

Kenapa tak boleh bercinta/couple sebelum bernikah?

Kalau tak bercinta, macamana nak kenal?

End up, bercerai sebab tidak saling kenal mengenali terlebih dahulu sebelum nikah.

Tidak sekefahaman/sekepala, katanya.
Perlu jelas, antara sebab utama pengharaman couple ini adalah kerana ianya mengundang kepada pelbagai jenis zina.

Sedang jelas, Allah ﷻ suruh kita jangan mendekati zina.

Didalam islam, sebenarnya tiada istilah bestfriend antara 2 jantina yang berlainan apatahlagi couple.
Berbalik kepada persoalan asal, apa yang islam ajarkan kepada kita dalam isu ini?

Islam ajarkan kepada kita (3) cara,

- Taaruf.

- Khitbah.

- Nikah.
Kita go through one by one,

“Taaruf”

Islam ajar untuk kita berkenalan tetapi tidak melanggar batas syarak, jauh bezanya dengan cara perkenalan semasa couple.

Hanya boleh dilakukan apabila bersedia untuk menikah, tidak boleh saja-saja ambil kesempatan.
Actually, pelbagai cara untuk taaruf.

Ada setengah orang buat macam proposal.

Tulis maklumat penting macam,

- biodata
- background keluarga/pendidikan
- kelemahan dan kebaikan diri

Wajib jujur dengan maklumat diri ya.
Mungkin kita juga boleh,

Tanya kawan untuk tahu lebih jelas tentang dia, family kawan baik kawan sekelas lecturer. Untuk dapat gambaran jelas tentang diri dia.

Lebih nampak true colour berbanding couple sebenarnya, cara yang halal dan lebif efektif.
Stalk media sosial sekali sekala, bukan gambar.

Sebenarnya medsos ni reveal banyak tentang diri seseorang.

Dari following, tahu dia selalu tengok apa.

Dari komen, tahu dia jaga ikhtilat ke tak.

Kalau rasa berkenan dengan dia (berdasarkan taaruf dan risikan tadi).
Move to the next step,

“Khitbah”

Pertunangan, tapi dia still bukan mahram dan wajib jaga ikhtilat.

Hanya boleh berbincang tentang perkara yang betul-betul penting sahaja seperti urusan perkahwinan.

Conversation pula jangan meleret, keep it short and straight forward.
Dekat sini kita boleh tengok, islam sangat menjaga maruah seseorang. Kalau putus tunang pun tak rugi apa.

Dalam islam, putus tunang itu normal.

Wajar jika ada benda yang kita tak berkenan pada dirinya.
Cuma kalau kita tak berkenan sebab dia tak kaya padahal agama dan akhlaknya baik, shame on us lah.

Duit itu penting dalam rumah tangga, tapi kalau duit berkepuk sedang iman, akhlak dan ilmu tak ada, kebahagiaan hakiki sangat sukar untuk diwujudkan dalam rumah tangga.
Another benefit bila ikut aturan islam adalah menemui jodoh, kita tak invest terlalu banyak perasaan kita sebagaimana kita buat bila couple.

Kurang sakitnya perasaan ini bila kita mengamalkan tatacara yang telah diajar oleh islam berbanding couple.
Allah tahu bahawa luka patah hati seseorang yang dah buat macam-macam bersama tu sangat susah diubati. Sampai ada orang bunuh diri, diserang mental ilness and stuff.

So, Allah dah sediakan jalan yang terbaik untuk hambaNya.

If kita tak ikut, kita dah zalimi diri kita sendiri.
Jangan tunang lama-lama.

Tidak digalakkan kerana takut pintu maksiat akan perlahan-lahan terbuka.

Last one,

“Nikah”

Sementara menghitung hari bertemu jodoh,

Bagi lelaki terutamanya,

Banyakkan belajar ilmu agama dan ilmu rumah tangga menurut islam, cara nak urus financial.
Untuk cari yang tak tinggal solat itu bagus, cuma belum cukup sepenuhnya.

Cari yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang agama dan taat segala suruhan Allah ﷻ, tidak perlu ustadh pun.
Bagi seorang lelaki, wajib untuk tahu berkenaan fiqh wanita.

Penting untuk faham hukum hakam yang berkait dengan wanita. Jenis cairan, batasan aurat, jenis darah.
Semua ni penting, sebab lelaki bukan sahaja kena memimpin isteri.

Tapi, kena pimpin perempuan-perempuan yang ada dalam keluarganya.

Dan carilah pasangan yang sangat menjaga ikhtilat, pandangan dan kemaluan.

Mostly kes curang berlaku sebab lelaki atau wanita remeh 3 benda ni.
Last but not least.

Buat yang masih single, jangan sendu-sendu. Perbaiki diri untuk menjadi baik dari semasa ke semasa, inshaallah dikurniakan jodoh yang baik-baik.

Buat yang dah berkahwin, jaga rumah tangga kalian sebaiknya. Mudah-mudahan bahagia selamanya.

Have a blast! ❤️
You can follow @najmihakimi_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.