9 Teknik as Dropship

Musim pkp ni ramai yg mula buat side income jadi aku nak share teknik mudah untuk mula. Aku bukan otai, apatah lagi ada kereta mewah. Hanya ada pengalaman kerdil untuk dikongsikan.

Jadi rt la, mana tahu dapat bantu & beri manfaat pada yg lain. Ini thread https://twitter.com/chemelllll/status/1247870696413413376
1) Brand
Your name is the first thing they notice. Elakkan nama cliche. Walaupun dropship tapi kena anggap macam long term brand. Ni untuk bezakan awak dengan deopship lain.

Mungkin belum ada yg follow, tapi kalau nama brand sangat catchy, depa akan ingat and akan cari.
2) Content
Paling penting sebab ibarat 'umpan' untuk pancing ikan. Content yang menarik dapat naikkan engagement, followers, dan in Shaa Allah naik sales.

Sebenarnya ramai gagal kat sini sebab tak nak consistent. Alasan : sebab tak sempat. Perlu ke aku share trick buat content?
3) Video
Aku paling suka video. Tahukah anda, menggunakan video lebih 'function' dari gambar? Tapi video bukannya sekadar videolah, ia perlu menarik dan penuh dengan 'umpan'

Kalau engagement naik tinggi, video dan profile kita boleh masuk ke explore okiess
4) Hashtags
Ini salah satu teknik yang power untuk attract 'ikan' yg bukan dari kolam kita. Maksudnya yg bukan followers kita. Memandangkan hashtags dah boleh difollow, jadi manfaatkan sebaiknya.

video menarik + hashtags yg trending=boom. Tp aku selalu lupa nak letak sksksksks
5) Character
Rasanya yang ni ramai tahu kenapa perlu wujudkan 'watak' dalam brand kita. Elak bahasakan diri admin, sis.

If you wanna have raving fans, so start building 'trust and relationship'. Jadilah friendly sebaik mungkin. Lagi2 kalau target market anda perempuan.
6) Copywriting/caption
"Saya takde idea nk tulis apa. Otak tepu" Catit nii
1) Headline
2)Huraian
3) CTA = call to action

Buat caption guna template ni. 1 minit siap. Tak yah berjela panjang caption. Orang instagram bukan rajin membaca sgt 🤪
7) Max 3 brand
Kalau larat, jadi 3 brand dropship. Max 3 je tau. Kenapa?

Contoh eh, hq A, hq B dan hq C semua jual tudung jenis sama. Beza dia.. brand sahaja. Dan masing2 ada fans sendiri. Kita tahu ketiga-tiga brand ni ada target market yg sama.
Kelebihan kat kita sebagai dropship, possibility customer beli 2 brand serentak adalah sangat tinggi. Tapi cane nak promote tu? Haa tu masuk bahagian close sales. Topik lain. Tapi kalau baru nak start, mula dengan 1 brand dulu. Sat lagi fening la, mabuk la, tak teratur la 🥱
8) Promo
Okay actually takde promo/sales pun. Tapi aku selalu guna trick ni

"Order melalui whatsapp, akan dapat harga special" tapi sebenarnya postage tu kita dah include sekali dalam harga special. Tp kalau hq awak, dah sesiap buat free postage, haa lebih senang.
Kenapa tekankan order melalui whatsapp? Sebab nak depa save number kita. Jadi kat link whatsapp boleh edit ayat kan. Tulis "save number (character) untuk dapat harga special"

Taadaa. Both of you save number, and onz la marketing kat status whatsapp.
9) Status Whatsapp
Kalau boleh setiap prospek yg masuk, save number dia dan make sure dia save number kita. Ini untuk database dan marketing.

Anggap macam kau sedang kumpul lubuk duit sendiri. Bina personal branding & personal touch untuk double kan trust sedia ada
Marketing ni sangat penting walaupun business cenonet kecil je & tak pegang produk.

Marketing = Promote untuk orang nampak, apa yg awak jual

Takde marketing, takde sales. Awak jangan lah expect sekali promote, fulamak berduyun datang hulur duit.

"Take my money, take my money"
Tak sayang, it doesn't work that way. Consistency, passion, hard work and smart moves will take you to the top. So Good luck ❤️
You can follow @chemelllll.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.