Sila RT

HUKUM TRADING FOREX

Orang ramai selalu tanya saya, "Adakah trading Forex ni dibenarkan dalam Islam?"

Jadi, saya buat keputusan untuk buat thread bagi menjawab persoalan ini.
Berdagang (trade) matawang ni secara umumnya dibenarkan. Sebagai cth kalau anda ada RM100k & anda nak gunakannya utk beli duit EURO.

Transaksi sebegini perlulah dilakukan secara "spot" iaitu "diserahkan dari tangan ke tangan", seperti menurut hadis mengenai 6 jenis komoditi).
Mengikut hujah di atas, anda boleh "trade" atau tukar mata wang sebanyak mana yg anda inginkan.

Namun, terdapat banyak pendapat berbeza dari ulama mengenai sebanyak mana yg kita dibenarkan trade.
Ok, sekarang kita dah tau yg trading matawang ni dibenarkan. Tapi, jom kita tengok pulak dari segi "retail" forex trading atau dari konteks forex trading yg org biasa buat tu.
Sebenarnya, forex trading yg orang biasa buat tu, yg member2 korang buat tu, yg iklan duk promote semua tu, itu BUKAN "trading" (berdagang) matawang.

Kerana TIADA apa2 langsung transaksi jual/beli matawang yg berlaku dekat forex trading ni.
Sebaliknya, apa yg org ramai trade forex tu sebenarnya adalah CFD (Contract For Difference).

Tolong google untuk tahu lebih lanjut pasal CFD ni.
Kalau ada penglibatan CFD, maksudnya anda TIDAK trade SATU SEN PUN matawang. Anda juga TIDAK membeli atau menjual matawang. Kalau nak "trade forex" atau jual beli matawang secara HALAL, ia hanya boleh dilakukan secara spot.
"Spot" ni contohnya tukar kat kaunter pengurup wang tu.

Tapi dengan trading CFD ni, anda hanya BERTARUH atas "pair" matawang, bukan matawang itu sendiri. Sebagai contoh, untuk pair EURGBP, anda boleh ambil posisi "long" atau tekan button "buy".
Kalau contoh pair tu naik, maka anda akan untung. Tapi kalau pair tu jatuh, anda akan rugi. Sama juga kalau ambil posisi "short" atau tekan button "sell". Kalau pair tu turun, anda untung dan kalau pair tu naik, anda rugi.
Konsep dia sama macam contoh kalau anda bertaruh RM10 kat keputusan perlawanan bolasepak Liverpool. Contoh kalau Liverpool menang, anda untung RM13, tapi kalau kalah, anda dapat RM5 je. Anda tak hilang segalanya dalam CFD, anda hanya untung atau rugi duit anda.
Seterusnya jom tengok pasal broker "Islamik" atau "halal". Maksud broker yg mcm ni adalah apabila anda biarkan posisi CFD tu open untuk semalaman (overnight), diorang takkan caj faedah.
Selalunya kalau broker biasa yg bukan "Islamik" ni, diorang akan caj faedah berdasarkan perbezaan kadar faedah overnight berdasarkan kadar dua jenis matawang (pair) yg anda pegang tu. Bagi sy ,sama ada diorang ni caj faedah atau tak, ia adalah langsung tidak relevan.
Sebab apa tak relevan?

Sebab transaksi faedah yg diorang caj tu berdasarkan transaksi atas pertaruhan, transaksi atas forex trading yg anda dah buat tu. Ia ibarat saya bagi anda pinjam duit untuk anda beli arak & minum arak tu, tapi saya tak caj kan faedah atas pinjaman tu.
Selain tu, broker menawarkan "leverage". Ini maksudnya anda boleh pegang posisi atau trade dengan jumlah yg lebih dr modal yg anda miliki. Contohnya kalau anda hanya ada modal RM200 untuk trade forex (baca: bertaruh), broker boleh bagi leverage 100x ganda.
Maksudnya anda boleh trade dengan modal RM200,000. Maksudnya kalau anda untung, untung anda akan 20x ganda! Wow! Tapi kalau rugi... sama jugaklah rugi 20x ganda. 😂
Point yg sy nak sampaikan adalah ramai sebenarnya yg salah faham dengan forex trading ni.

Bagi kebanyakan retail forex trader, anda sebenarnya berjudi, anda bukan trade (dalam erti kata "dagang" yg sebenar). Lebih 70% trader yang kerugian.
Kini, broker diwajibkan untuk mendedahkan maklumat ini di laman web mereka.

Ayat di bawah adalah dari OANDA, antara broker yg utama.

Semua broker mesti akan tunjukkan jumlah yg lebih kurang sama.
Kalau anda tak betul-betul belajar dan mendalami teknik trading dan pasaran forex, tak praktikkan strategi yang berkesan, tak miliki skill trading dan trade dengan mental yang lemah, anda akan HILANG SEMUA duit-duit anda. Anda berjudi, BUKAN berdagang (trading).
Antara teknik trading yang berkesan sepanjang zaman termasuklah Wyckoff (kegemaran saya), Elliot wave, Dow theory, Gaus, market action theory dll.
Anda boleh praktikkan teknik-teknik ini di pasaran trading yg halal seperti pasaran ekuiti misalnya (tapi jangan trade CFD atas ekuiti pulak). Kebanyakan syarikat yang tawarkan nak ajar cara trade forex kebanyakan auta je lebih.
Terpulanglah pada anda untuk melabur duit dan percaya pada mereka atau belajar dengan bermula dari bawah.
KESIMPULAN. Trading Forex yang sebenar dan asli adalah dibolehkan tetapi trading forex dengan CFD seperti apa yang orang ramai buat sekarang ni adalah JUDI dan HARAM.
Leverage juga tidak dibenarkan dalam Islam. Broker yang klaim diri mereka "Islamic" atau halal adalah pendusta.

Berhati-hatilah, kerana di luar sana, tidak semua orang akan beritahu hal sebenar.

END THREAD
You can follow @SafdarAlam.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.