Haluuu.. meols kembali lagi dengan nada-nada rindu, memperkenalkan thread:

TOP 15 LAGU-LAGU KEMPEN YANG TAK LEMBIK PUNYA SEBAB INI ADALAH LAGU-LAGU KEMPEN YANG BERI IMPAK/MALAR SEGAR

#CaraSaya #PilihanHati #BukanPilihanHatiChuols
Sebelum itu, ayuh kenali apa itu ciri-ciri lagu kempen?

1. Dibiayai kos sepenuhnya atau sebahagiannya oleh gomen atau NGO berkepentingan

2. Mesej ditekankan pada lirik

3. Melodi yang catchy/mudah lekat supaya berbekas

4. Penyanyi prolifik/berpengaruh untuk publisiti
Lagu kempen =/= lagu patriotik ye...

Lagu patriotik mesejnya untuk semaikan kecintaan terhadap negara,

Lagu kempen pula untuk mesej spesifik, tapi masih boleh dianggap di bawah luang lingkup patriotik (memberi nama/imej yang baik negara)

Throwback: https://twitter.com/JefriAduba/status/1167637023533846528
Agensi gomen yg terlibat dengan lagu kempen ialah yg melibatkan masyarakat (kesihatan, kpdnkk, wanita keluarga) dan penerangan.

Sejak tahun 80an, kerajaan gunakan RTM selaku penyiar rasmi untuk sebarkan kempen.

Sekarang ada macam medium, YouTube, etc

Ok, now letssssssss
15. Kuala Lumpur - Siti Nurhaliza

Lagu ni rakaman semula Ibu Kota Permai nyanyian Rahimah Rahim oleh Siti lepas Siti meletup² dengan Cindai.

It's only fair with the image of Siti, Msians sweetheart vs Rahimah Rahim (ummah Temasik),

sambil nak up status KL yg mula disegani
14. Keperihatinanmu - Rohana Jalil

Nah, dari tahun 80an lagi gomen dah suruh anak-anak disuntik vaksin, dinyanyikan oleh Dara Jalil yang ngetop giler time ni level level Wany Hasryta sekarang.

Kempen ni pun rentetan daripada banyak kes malang kanak-kanak yg dilaporkan masa tu.
13. The Essence of Asia - Yuna

Gomen gunakan Yuna yang sedang mendunia tahun 2014 ni untuk menyuntik unsur internationale (cara nyanyi, muzik, melodi) untuk Tahun Melawat Malaysia 2014.

So soothing..

Tapi ikut standard sekarang, lembik ke lagu ni mek dayu eh?
12. Malaysia Truly Asia - Tokkat

Sebagai usaha baiki Krisis Ekonomi 1998, pada 1999, kempen ni sangat menaikkan nama Malaysia sebagai destinasi pelancongan a/bangsa,

Dipasang dalam flight, blast campaign all out, menggeletis terus ummah Europe onz datang melancong sini
11. Cintai Kraf Malaysia - Siti

Kempen zaman Pak Lah circa middecade 2000s ni, selain kempen membangunkan industri kraf, turut promosikan beli barangan buatan tempatan.

Sama dilancarkan untuk Piala Seri Endon (pertandingan fashion design material batik, sempena arwah 1st wife)
10. Membaca Gaya Wawasan - Perpustakaan Negara

Gabungan penyanyi, pelakon, pelawak, atlet, tukang masak (Encik Fazliy Yaakob, Chef Wan pun adooo) untuk jayakan kempen membaca masyarakat.

Tak macam sekarang yang ramai mcm ada kesedaran membaca, akses, karnival jualan buku, etc.
9. Budi Bahasa Budaya Kita - Siti

Kempen ni turut dilancarkan zaman Pak Lah, iyaa sungguh meriah ye bermacam sungguh kempen masa era ni,

Kalau Pak Lah bukan digelar Bapa Pembangunan Modal Insan, boleh panggil Bapa Kempen, kalu?

Siap ada iklan Adlin AR kekwat seat LRT yach!
8. Tangan yang Menggapai - Artis rakaman NSR

Syarikat rakaman NSR buat satu projek album khas ala PSA camtu, dan lagu ni diangkat gomen untuk kesedaran penderaan kanak-kanak.

Iklan asal kat RTM lagu ni, visualnya soooo kari ngeri dot com, hence takde kat youtube kot
7. Suluhkan Sinar - KRU

Kempen fundraising ni kerjasama KRU selaku penerbit lagu dan NGO kutip dana untuk bantuan kemanusiaan Tsunami 2004 khususnya Acheh.

Kempen ni rasanya paling ramai penyanyi turun padang (katanya 0 caj), pelbagai genre dan ngetop pulak tu memasing.
6. AIDS Pembunuh - Nizam Laksmana (kot)

Kesedaran AIDS agak lambat berbanding negara maju lain yang lebih awal 10 tahun (boleh rujuk cerekarama The Normal Heart).

Awal 1990an ni memang era rock n roll rock kapak, jadi gomen sesuaikan dengan trend masa itu, siap dwibahasa
5. Denggi Berbahaya

Kempen denggi yang puan dokter sri serdang concern tu pun sebenarnya dari tahun 80an lagi gomen jenuh sedarkan masyarakat.

Lagu kempen ni pun ada dua versi BM BI.

So catchy ek. Soo hiburan kanak-kanak 80s90s

BTW, apa @ yang nyanyi eh lagu ni? Tag her k!
4. Warga Tua Teras Masyarakat - Tuan Asmawi Azlina Aziz

Zaman ni isu rumah orang-orang tua sangat sensitif ye sinonim dengan anak derhaka

Gomen lancarkan kempen apresiasi warga emas, sebab masyarakat rasa orang tua ni takde function, term warga emas dipopulerkan (emas=berharga)
Sebelum kita lihat top3 lagu kempen #caraSaya #pilihanHatiJefriAduba

Ini ialah HONORABLE MENTIONS

Wanita (Salamiah Hassan)

Doa di Bibirnya (Jee Latiff)

Terlalu Istimewa (Adibah Noor)

Dadah Durjana (Ramli Sarip

Tak Nak Merokok

Malaysia Bersih (Ernie Zakri, Syamel)
3. Senyum Seindah Suria - Jay Jay Liza Aziz

Kementerian Penerangan ambil inisiatif untuk galakkan rakyat tersenyummmm yach! Adakah masyarakat masa itu kekwat belaka?

Sangat melekat melodi dan lirik, serta terguna pakai hingga kiamat frasa-frasa dalam lirik ini, bukankah?
2. Fikirkan Boleh - Metropolitan

Lagu kempen ni asalnya untuk semarakkan semangat kesukanan baik untuk atlet mahupun penyokong, khusus untuk Piala Thomasa tahun 90an.

Sekarang dah jadi lagu kem motivasi eh?

Yang penting, lagu ni pencetus, seiring dengan sorakan MALAYSIA BOLEH
1. Cuti-cuti Malaysia - Siti Nurhaliza

Lagu kempen paling mewah dari segi komposisi muzik, vokal Siti, muzik video, lirik yang wholesome, pelancaran kat Citrawarna yang Siti dijulang berarak atas tandu,

Kempen ni sangat refreshing, bagus tergunapakai for locals n foreigners
Sekian thread top 15 #CaraSaya #PilihanHatiJefriAduba lagu-lagu kempen di Malaysia.

Mohon like, rt, komen dan subscribe tibajah.

Sila kongsikan lagu kempen pilihan hati chuols dan impaknya dalam hidup. Gittew.
You can follow @JefriAduba.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.