Aku rasa nak share pasal pengalaman aku buat tuntutan EIS ni. Ada yang nak tahu tak?
Masa aku dapat tahu aku kena retrench, susah hati weh. Dengan pampasan tak dapat, gaji tertunggak tak dapat, apa pun tak dapat. Nasib baik ada EIS!
Masa mula-mula EIS dilancarkan, ramai dok bising. Konon kerajaan macam asik nak pau duit rakyat je kan. Sekali terkena kat diri sendiri, baru tau bersyukur huhuhu.

Tiap2 bulan diri sendiri carum 0.2%, company carum 0.2% je.
Kalau gaji hang RM 2,000, baru RM 3.90 je.
So company pun akan carum RM 3.90.

So jom kita tengok apa tu EIS.
EIS (Sistem Insurans Pekerjaan - SIP)
1. Bagi bantuan kewangan sementara kat hangpa yang hilang kerja

2. Selain bantuan kewangan, sediakan program penempatan pekerjaan semula (bahasa mudahnya -
- tolong hangpa dapat kerja baru secepat mungkin la. Contoh, dia akan tolong submit resume korang dekat majikan yang collaborate dengan mereka (job matching))
- Buat job fair. Panggil majikan² yang collaborate dengan EIS untuk Program ni.
3. Selain program penempatan pekerjaan semula ni, ada jugak disediakan latihan, upskilling, reskilling dsb (yang ni aku kurang pasti sebab tak de join apa2 latihan dengan mereka)
Siapa je yang EIS cover untuk layak dapat faedah ni?

1. Korang mesti pekerja swasta. Kalau Badan berkanun, Badan Penguatkuasaan Tempatan, Perkhidmatan awam dsb AND bekerja sendiri, TAK LAYAK sama sekali.

Bawak GRAB then kena buang? Maaf anda tak layak memohon.
2. Umur 18 hingga 60 tahun (Kecuali umur 57 baru nak pertama kali mencarum EIS, TAK LAYAK YA.)

Contoh situasi:
Pesara kerajaan pencen umur 56. Katakan umur 57 dia dapat kerja dengan company swasta, baru nak mencarum EIS, dia tak layak nak claim EIS)
3. Based on contract of service

4. Tertakluk Gaji yang dianggap iaitu RM 4000 (Rujuk Seksyen 16(2) Akta SIP 2017)

Katakan Gaji RM 10k, pampasan yang dibayar akan diambil kira setakat gaji RM 4000 je.
Lepas tu, situasi yang macam mana yang membolehkan anda-anda semua layak untuk memohon?

Apa ingat berhenti kerja sukarela boleh mohon? Tidak sama sekali ya ibu ibu bapak bapak sekalian.
So bawah ni aku listkan situasi yang layak tuntut faedah EIS ni.

1. Normal retrencment macam kes aku. Company nak downsizing, then buang pekerja.
2. VSS / MSS
3. Bencana Alam
4. Company bankrupt, kita hilang kerja.
5. Business retructuring
Contoh kilang² dulu pakai manusia untuk siapkan product. Then teknologi dah maju, pakai robot. Manusia dibuang kerja.
6. Majikan langgar kontrak
Company tak bayar gaji, lepastu kita volunteer berhenti kerja (makesure ada black& white reason berhenti kerja sebab company tak bayar gaji)
7. Berhenti kerja sebab majikan suruh buat kerja yang diluar skop yang bahayakan nyawa.

8. Berhenti kerja sebab kena ugut / gangguan seksual (Black & white jgn lupa)
Kalau korang dalam situasi kat bawah ni, korang TAK LAYAK mohon ya.

1. Berhenti kerja secara sukarela riang ria hati gumbira.
Dah elok² kerja, tiba² berhenti nak jadi surirumah. Tak layak mohon ya.
2. Kena terminate sebab salah laku (Sehingga kes diputuskan oleh JTK)

3. Bersara Wajib.

4. Tamat kontrak ikut perjanjian kontrak.
Kalau syarat² kat atas buat korang layak memohon, pihak EIS akan tengok pulak syarat² kat bawah ni.

1. Untuk sepanjang tempoh sepanjang 2 tahun, at least 12 bulan (tidak berturut) korang dah mecarum.
Contoh kan:
JAN 2018 - JUN 2018 : Kerje Company A.
JULY 2018 - DEC 2018 : Kerja Company B.

12 bulan caruman tu akan diambil kira dari start korang kerja company A lagi sekiranya masa dekat company A korang belum claim lah EIS ni.
Kalau dekat Company A korang kena buang kerja jugak, then dah claim EIS. Masuk company B pun kena buang kerja, then nak claim EIS? Maaf tak boleh. Nanti aku terangkan.
Contoh lain, sepanjang 24 bulan tu korang lompat² kerja, ada masa menganggur sebulan dua, caruman tetap akan diambil kira sepanjang tempoh 2 tahun tapi kena cukup minimum 12 bulan mencarum walaupun ada beberapa bulan yang korang menggangur.
2. Ada satu syarat ni untuk tuntutan yang berulang untuk Loading Factor. Yang ni aku tak pasti sebab bukan dalam situasi aku.
3. Bersedia untuk bekerja semula, aktif mencari kerja.

Katakan nak claim EIS lepastu taknak kerja dah. Duduk rumah tanam anggur. Sorry tak layak mohon.

Untuk dapatkan bayaran ke-2 dan seterusnya, korang kena submit proof yang korang aktif mencari kerja.
Situasi lain:
Katakan Kebetulan masa korang kena buang kerja tu due date nak bersalin pun dah dekat.

So kena maklumkan dekat EIS yang korang kena berpantang. EIS akan kreditkan bayaran bulan pertama.
Untuk bulan² yang seterusnya EIS akan tunggu sehingga korang habis pantang, ready untuk masuk kerja semula, ready untuk aktif mencari kerja.
So kalau syarat² kat atas dah lepas, barulah korang boleh tengok apa jenis faedah/elaun yang ditawarkan EIS

1. Elaun Mencari Pekerjaan
2. Elaun Bekerja semula awal
3. Elaun Latihan
4. Training Fee
5. Elaun Pendapatan Berkurangan (utk pencarum yang ada lebih 1 majikan)
👉Elaun Mencari Pekerjaan.

Pada kadar:
Bayaran Pertama - 80%,
Bayaran Kedua - 50%,
Bayaran Ketiga - 40%,
Bayaran Keempat - 40%,
Bayaran Kelima - 30%,
Bayaran terakhir - 30%

daripada gaji purata 6 bulan terakhir.
Tadi aku mention syarat min caruman selama 12 bulan kan.

So kalau 12 bulan, layak dapat 3x bayaran https://twitter.com/Smyusof27/status/1218417987247472645?s=19
16 bulan caruman, 4x bayaran akan dikreditkan
20 bulan caruman, 5x bayaran akan dikreditkan
24 bulan caruman, 6x bayaran akan dikreditkan.

Macam kes aku, sebab kan EIS baru start 2018, aku kena retrench July 2019, So cuma 18 bulan je. So aku dapat lah 4x bayaran
So kadar bayaran yang aku dapat:

Bayaran pertama 80%
Bayaran kedua 50%
Bayaran ketiga 40%
Bayaran keempat 40%
👉Elaun Bekerja Semula Awal.

Let say bulan pertama dah dapat 80% kan, masuk bulan kedua, korang dapat kerja Alhamdulillah. Korang tetap akan dapat elaun, tapi cuma 25% dari baki Elaun Mencari Pekerjaan.
Contoh macam kes aku:
Katakan purata gaji 6 bulan terakhir RM 2000

Sepatutnya ada lagi 3 kali bayaran.

Bayaran kedua 50% x 2000 = 1000
Bayaran ketiga 40% x = 800
Bayaran keempat 40% = 800

Elaun bekerja semula yang korang akan dapat sebanyak 25% x (1000+800+800)
Situasi lain:
Katakan Alhamdulillah rezeki, korang dapat kerja sebelum bayaran pertama dikreditkan, korang terus tak layak dapat Elaun Pencarian Kerja tadi. Tapi korang akan dapat Elaun bekerja semula awal iaitu 25% daripada elaun pencarian kerja yang sepatutnya korang dapat.
Contoh macam kes aku:

Sepatutnya elaun pencarian kerja 4 kali bayaran.

Bayaran pertama 80% x 2000 = 1600
Bayaran kedua 50% x 2000 = 1000
Bayaran ketiga 40% x = 800
Bayaran keempat 40% = 800
Memandangkan dapat kerja sebelum bayaran pertama dikreditkan, Elaun Bekerja Semula Awal yang korang akan dapat sebanyak 25% x (1600+1000+800+800)
👉 Elaun Latihan
Kalau pergi kursus yang Training Provider (yang collaborate dengan EIS) sediakan, korang akan dapat elaun latihan RM 10 sehari. Max RM 20 sehari. Tempoh latihan maksimum 6 bulan.
👉 Yuran Latihan.
Bukan Socso yang provide tapi Training Provider luar yang akan provide,
Max RM 4000, Tempoh latihan maximum cuma 6 bulan je
Yuran ni akan dibayar kepada Training Provider ya, bukan korang.
Both (Elaun latihan & Yuran Latihan), korang cuma boleh attend sekali je ye.
Contoh aku dah attend kursus baking RM 1000.
Lepas tu EIS cakap dia cover sampai RM 4000. Maknanya ada baki lagi RM 3000 ni. Boleh lah aku attend kursus menjahit pulak la lepas ni.

No no no no. Tak boleh ya. Sekali je boleh attend kursus.
👉 Elaun Pendapatan Berkurangan

Ni untuk pekerja yang ada lebih dari 1 pendapatan.
Macam siang hari kerja office, malam kerja 7E.
Dia tak layak dapat elaun latihan, yuran latihan
Tapi bayaran elaun pencarian kerja yang dia akan dapat secara lumpsum! wow! 😁😁😁
Haaa yang ada 2 kerja ni tak boleh ya nak combine caruman. EIS akan tengok company caruman mana paling tinggi.
Ok habis dah aku share info pasal elaun² yang EIS tawarkan.
Next aku akan share info² tambahan mengenai EIS. Then aku akan share macam mana nak mohon EIS ni.
⚠️ SOCSO VS EIS

SOCSO boleh claim bila bencana kerja macam kemalangan semasa waktu bekerja.

EIS pulak kena buang kerja dan lain2 sebab yang aku nyatakan kat atas.

Tapi both under PERKESO
⚠️ Komponen penting: Kena aktif cari kerja.

Bersedia untuk bekerja semula. Kalau taknak kerja dah, nak jadi suri rumah sepenuh masa, pastu nak claim EIS, TAK BOLEH YA.
⚠️ Bayaran Pertama EIS

Untuk dapatkan bayaran pertama Elaun pencarian kerja ni, lepas Pegawai EIS dah sahkan dengan majikan yang korang dah diberhentikan kerja,
Pegawai akan hantar 1 email suruh korang datang pejabat Perkeso terdekat untuk daftar Program Pencarian Pekerjaan semula.

Ni aku akan terangkan sekali lagi bila aku explain step nak apply EIS
⚠️ ANDA ADA PILIHAN SAMADA NAK TUNTUT EIS ATAU TAK

Sekiranya korang dah tuntut EIS buat kali pertama, secara automatik EIS akan reset balik caruman tu.
Contoh, company kedua kerja tak sampai 6 bulan then kena buang jugak, tapi korang baru je tuntut EIS, nampaknya korang tak boleh nak tuntut EIS balik. Korang kena cari kerja lain & kumpul balik minimum caruman yang ditetapkan.
Tapi untuk buat tuntutan kali kedua,
minimum kena mencarum 18 bulan daripada 36 bulan.

Dia akan bertambah min 6 bulan untuk buat tuntutan seterusnya.

Faham tak kat sini? Dia macam konsep NCD kereta gitu lah.
So korang boleh je buat pilihan taknak tuntut EIS kalau rasa² ada saving 6 bulan emergency ke kan atau ada sumber lain boleh cover kehidupan harian korang sementara belum dapat kerja.
Macam situasi ni pun nanti EIS akan bagi option kat korang nak claim ke tak. https://twitter.com/Smyusof27/status/1218432904474193920?s=19
ok guys aku stop dulu. Kalau aku ingat info2 yang lain, aku akan tambah. Nanti malam aku sambung macam mana nak apply & dokumen² yang kena ada.
Sementara tu, aku nak promote side business aku. Kerja masih belum dapat huhuhu so demi meneruskan kehidupan, aku buat side income.

Jemput singgah Instagram aku
@mydapursanji
@mydapursanji.menu

Delivery area Bangi / Kajang
Ok guys, aku nak continue.

Disclaimer: Apa yang aku share semua ni berdasarkan apa yang pegawai EIS briefing kat kami masa tu. Aku siap rekod ya sesi briefing tu.
⚠️ BILA BOLEH MOHON?

Sehari selepas hari terakhir bekerja.
Contoh last day 31.12.2019.

01.01.2020 baru korang boleh apply EIS.
Next: Dokumen² yang diperlukan

1. IC copy
2. Bukti hilang kerja, contoh surat retrenchment dari company.
3. Copy Maklumat Akaun Bank. Nak senang, amik maybank. Bukan apa, boleh aja selain maybank, cuma bayaran lambat sikit la dikreditkan nak dibandingkan dengan maybank
4. Slip Gaji 6 bulan terakhir sebelum hilang pekerjaan.
Aku nak proceed proses permohonan, tapi tula. Portal EIS masih under maintenance.
Takpelah. Aku story dulu without image. Nanti kalau portal dah okay, aku attach guideline okay.
🐾 Next: Proses Permohonan

1. Apply dekat portal EIS sehari selepas hari terakhir bekerja
- Nanti dia ada suruh pilih branch perkeso. Disarankan, pilihlah branch terdekat. Sebab apa? Boleh baca kat point no3.
2. Lepas dah apply, dalam tempoh 7 hari bekerja, pegawai EIS akan buat verification dengan majikan:
- Betul ke dah dibuang kerja.
- Sebab kena buang (Kalau kena buang sebab salah laku, tak layak mohon)
- Caruman cukup tak min 12 bulan untuk tuntutan kali pertama ni.
3. Bila permohonan dah approved, dalam masa 7 hari bekerja, korang kena datang pejabat perkeso terdekat jumpa pegawai yang incharge kes korang.
- Untuk Daftar Program Penempatan Semula Pekerjaan.

Masa ni korang akan kena kemas kini pofile dekat akaun EIS tu
- Untuk tahu status terkini sama ada dah dapat kerja ke belum.

Kalau dah dapat kerja, Elaun Bekerja Semula Awal.

Kalau masih belum dapat kerja, Elaun Mencari Pekerjaan.
Andai kata ada yang niat nak tipu pegawai cakap masih tak dapat kerja tapi sebenarnya dah dapat kerja? Takda masalah. Boleh. Tapi tunggu la nanti surat kompaun 10k sampai 😂
Biasanya bayaran pertama cepat masuk kalau takda masalah pape lepas jumpa dengan pegawai yang incharge
Settle dapat bayaran pertama. Masuk pulak nak proceed ke bayaran kedua & seterusnya.
Dekat step nak tuntut bayaran ke2 dan seterusnya ni la sebab kenapa ada syarat yang korang kena sedia untuk masuk bekerja, aktif mencari kerja https://twitter.com/Smyusof27/status/1218420212736892928?s=19
Untuk tuntut bayaran ke2 dan seterusnya, korang kena lengkapkan log pencarian kerja. Log ni key in dalam portal je nanti then tekan submit.
Log pencarian kerja ni juga akan dibincangkan masa korang jumpa pegawai EIS yang incharge kes korak. Apa yang dibincangkan tu? https://twitter.com/Smyusof27/status/1218538380910182400?s=19
Ada beberapa aktiviti yang kena rekod dalam log pencarian kerja setiap kali nak proceed ke bayaran yang seterusnya. Ni minima aktiviti yang EIS tetapkan. Depend on budi bicara pegawai yg incharge tu juga
1. Aktiviti Pendaftaran Portal Pencarian Kerja - At least 1 portal.

Takkan lah korang tak pernah daftar jobstreet ke maukerja ke jobstore ke

Macam kes aku, pegawai aku cakap ni xyah log rekod pun xpe.
2. Aktiviti Pencarian Kerja.

OB (Orang Berinsurans) dengan kata lain, kita yang layak dapat eis ni lah.

Yang ni pun Pegawai aku taknak tengok. Sebab kalau kau saje² bukak jobstreet, memang sah² la ada aktiviti pencarian kerja, kan?
3. Aktiviti Permohonan Kerja.

Yang ni pegawai aku tanya sendiri berapa minima aku nak. Aku mintak at least 20 je. Sebab target area aku Bangi & Kajang. Bukan lagi Kuala Lumpur. So dia pun okay proceed je.
4. Hadir temuduga yang dipanggil.

Yang ni pun pegawai aku tak suruh log rekod. Kalau ada, masukkan dalam log. Kalau tak de takpe.
Ni yang lain² aktiviti lah.
Sorry guys aku dah penat menaip panjang² 😂😂
So untuk kes aku, pegawai cuma mintak log kan permohonan kerja je.

Untuk aku pastikan bayaran kedua dan seterusnya dikreditkan, at least 20 aktiviti permohonan kerja aku kena log.

Proof, sila save. jpeg ke pdf ke sebab proof ni kena upload dekat portal.
Contoh, apply kat Jobstreet, aku screenshot application yang aku dah mohon
Apply kat Indeed? Sebab aku x login, aku just screenshot email yang indeed hantar bgtau aku submit application
Kalau aku apply through email, aku screenshot email yang aku send kat company tu lah.
Kalau ada pergi Job Fair, amik gambar borang yang isi tu jadikan sebagai proof.

Bila dah complete aktiviti log pencarian kerja ikut minima yang dipersetujui, dah log masuk dalam portal, dah upload proof semua, boleh inform lah pegawai incharge korang, bagitau dah siap log.
Pegawai akan check dulu log korang tu. Kalau xde pape masalah, pegawai akan proceed.

TAPI, SILA AMBIL PERHATIAN.

⚠️ Bayaran kedua akan diproses 30 hari selepas bayaran pertama lulus.
Bayaran ke3 akan diproses 30 hari selepas bayaran kedua lulus dan begitu juga bayaran² seterusnya.
Semua bayaran akan diproses 30 hari selepas bayaran sebelumnya lulus & sekiranya log pencarian kerja lengkap & tiada masalah.
Contoh situasi:

Katakan seminggu lepas bayaran pertama tu korang dah siap dah log. Kena tunggu cukup 30 hari baru bayaran seterusnya akan diproses ya.
⚠️ So kalau lambat korang complete log pencarian kerja tu, lambat la bayaran seterusnya diproses
Nak senang, setiap kali apply kerja, log je terus dalam portal. Dah cukup, inform siap² kat pegawai.

So proses log pencarian kerja ni akan berulang bila nak tuntut bayaran seterusnya sampailah habis
Begitulah serba sedikit info yang dapat aku kongsikan berdasarkan pengalaman aku.

Sedikit info tapi thread panjang 😂
Thankyou guys sudi share & baca

Ada apa2 tak paham boleh tanya.

Nanti aku akan quote soalan dengan jawapan
You can follow @smyusof27.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.