[Thread] Kenapa kita selalu ke McDonald's berbanding francais lain?

Tahu tak kenapa kita selalu berbelanja lebih bila pergi sana?

Nak tahu 10 rahsia dan 'trick' sebenar McD?

Strategi yang boleh digunakan dalam bisnes anda untuk tarik lebih ramai pelanggan.

Baca ini.
1. TEKNIK PERSUASIVE.

“Hai Selamat datang. Nak cuba set baru kami burger Prosperity dengan air McFizz?”

Antara ayat pertama daripada pekerja McD bila pergi Drive-thru. Ayat Ini bukanlah ayat pertanyaan tetapi ayat persuasive untuk orang yang tidak pasti nak order apa di McD.
2. TEKNIK UPSELLING.

Bila dah order, pekerja McD akan tanya:

“Nak cuba McFlurry baru tak?”

atau ayat

“Nak tambah apa-apa encik”

buatkan kita fikir lagi apa yang kita nak padahal awalnya kita tak nak benda lain pun. Ayat macam ni lebih ada tendency untuk jual more product.
3. PROMOSI .

McDonalds menyediakan promosi jimat McSavers Mix & Match bukan untuk anda berjimat tetapi untuk anda datang ke francais mereka dahulu. McSavers ini terhad menu dia. Mungkin anda rasa nak makan benda lain jugak. so terpaksa add-on/ upgrade curly fries etc.
Teknik invitation ni banyak digunakan dalam bidang lain seperti property agent, kedai.

Sila datang ke galeri pameran kami, buffet tengah hari percuma disediakan.

"Tak beli tidak mengapa, boleh datang tengok dahulu. stok baru sampai"
4. OLIGOPOLY

Dominate pasaran yang orang tak buat.

Contohnya macam Burger King memperkenalkan flaming grill burger walaupun hakikatnya effect grill tu paten je datang dari kilang dan rasa smoky sebenarnya perasa bukan asap sebenar.
A&W fokus kepada sejenis air sahaja, Root Beer.

Pernah nampak A&W jual air milo dekat francais dia?

Mcd menjual set yang didatangkan bersama mainan.

Target market dia untuk tarik budak-budak beli Happy meal.

Masalahnya bapak budak pon beli Happy Meal!
5. ATTRACTION

Benda-benda murah ni kebiasaan cuma attraction or image je.

Contohnya ais-krim McD murah, tapi produk lain mahal.

Kalau orang tu dah mengidam ais-krim McD, beratur pun panjang, mesti la kena order benda lain sekali nak bagi rasa berbaloi.
6. LIMITED EDITION.

Fast food kena kekal inovatif even kadangkala eksperimen tu fail.

Maksud aku semua fast food kena perkenalkan season menu yang limited edition untuk kekal relevan dalam pasaran.

Setiap bulan ada sahaja produk baharu McD perkenalkan.
Menu biasa akan dikekalkan tapi ada menu dia akan promote habis-habis dlm masa yg terhad.

So korang takyah mengada nak suruh menu ni kekal sepanjang masa la apa bagai. Memang diaorang takde punya nak dengar.

Tak special la kalau diaorang buat all year Prosperity burger.
7. DATA COLLECTION

Suruh download apps Mcd dapat McChicken for free.

Free ke?

Tidak. Anda bayar dengan memberikan data peribadi. Macam-macam boleh mereka pakai terutama dalam marketing diaorg la data anda beri.

Lagi murah gather data sendiri dari hire outsource.
8. VISUAL ADVERTISEMENT

Kalau kat dalam McD, sekarang ni siap ada animation dekat advertisement board. Yang effect burger keluar asap tu. Fuh! bila terbayang pon nampak sedap dah.
Yang tak boleh blah lagi, iklan ayam McD time tayangan wayang bunyi kriuk-kriuk tu buat orang tak lapar pon jadi lapar nak makan ayam tu! Tengok la penangan iklan Mcd, ayam McD ni dah lama dah ada dijual, sejak dari aku budak lagi. Sekarang baru jadi hot plak. Ada resepi baru ke?
9. FREE PROMOTION

Stiker VIP untuk dapat ganjaran adalah cara promosi percuma untuk McD tarik perhatian pelanggan lain datang ke McD.

Nampak simple, tapi visibility yang buat syarikat ini masih bertahan sehingga sekarang. Orang nampak brand itu di mana-mana.
McDonald mahu pelanggan sentiasa bermain dalam fikiran pasal mcd supaya nanti bila ada soalan nak makan kat mana, Mcd berada dalam salah satu pilihan.

Kalau buat stiker datanglah ke francais kami!

Nampak hardsell sangat. Haha. Baik promote brand je.
10. BRANDING

Dulu sebelum Ray Koc ambil alih McD, ada satu kaunter je dia pakai untuk order dan bayar. Dia lihat benda ni macam lambat so dia introduce kaunter order, bayar dan ambil makanan. Lagi cepat. Fast food punya strategi buat orang rasakan cepat dan senang.
Berapa ringgit paling banyak pernah anda spend?

Rasa lapar tak lepas baca ini?

Teknik ini boleh digunakan dalam perniagaan korang untuk pastikan pelanggan berbelanja lebih.

Boleh kongsikan atau simpan untuk strategi bisnes anda. Lebih banyak tips di @twt_bajet
You can follow @twt_bajet.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.