(SELEKOH KE 8 BUKIT PUTUS)

Aku ada pengalaman seram melalui jalan bukit putus. Aku dan abang aku pulang ke kampung lewat untuk berhari raya.

Siapa tahu jalan ni ? Tahu lah keadaan dia macam mana.

Korang RT dulu atau park.

Pukul 8.30 lepas isyak aku cerita.

Follow sekali 😊
Sebelum tu jangan lupa follow @MisteriJam8 dan jangan lupa RT. Jangan lupa solat maghrib dan isyak.

Lepas isyak, admin akan mula cerita. âœŒđŸ»
Nama aku Syakir, Kisah ni terjadi pada tahun 2007. Walaupon dah 12 - 13 tahun berlalu. Tapi tetap teguh bermain di dalam ingatan aku.

Nama abang aku Syakran. Aku kalau ingatkan balik bila bercerita dengan dia pon, dia mesti kata. "Hang tak payah ingat lagi lahhh cerita tu."
Sebenarnya cerita ni telah menjadi sejarah hitam buat aku dan abang aku.

Benar, benda kalau nak jadi tak kira tempat dan masa. Tapi ini haby perkongsian cerita buat korang semua.

Okay cerita dia macam ni...
"Kirrr... bangun bangun ! Hang tak nak balik kampung ka ?" Kata Zahid, roommate aku.

Aku mengeliat,

"Allah ! Kenapa kau tak kejut aku pukul 8 lepas kita buka tadi !?" Jawab aku

"Aku penampiak muka hang kejap lagi, aku dah kejut hang, hang yang tak mau bangun !" Terang Zahid
Mungkin kepenatan lepas berbuka lalu tertidur.

"Bangun lah kir, tak kan hang tak nak balik kampung. Raya esok, entah tiket ada ke tak hang nak balik Negeri Sembilan tu. Lekaih bangun !" Pesan Zahid

"Kau dah beli tiket ?" Soal aku
"Dah, ni pon nak haram mahai. Tapi terpaksa la kir. Lekaih lah bangun ! Hang baring apa lagi !"

Aku melihat Zahid sedang sibuk mengemas barang.

Jam menunjukkan sudah pukul 9.30 malam.

Aku ke tandas kolej,

Untuk memperbersihkan diri dan solat.
Lepas solat,

Aku capai telefon bimbit,

Terus mencari kenalan bernama "Abang."

Dan terus mendail.

"Assalamualaikum bang, kau dekat mana ?"

"Haaa ! Dah sampai tangkak, kau ada tiket tak ? Kalau tak ada aku pergi ambil kau."

*Mesej masuk.

Aku terus loadspeker kan telefon.
"Bang, mak mesej. Kejap."

"Okay." Abang menjawab

(Mesej dari Mak)

"Angah, kalau tak ada ticket balik pahang. Angah naik dengan along tu. Mak risau along balik sorang. Satu lagi, singgah rumah kita. Tolong bawakan telekung mak."

"Bang, boleh lah ambil angah dekat U." Kata aku
"Okay, dah sampai Melaka, aku bagitahu kau. Ni mak cakap apa ?" Tanya abang aku

"Mak suruh singgah rumah kita. Ambilkan telekung dia. Dan angah nak packing dulu, nanti dah sampai exit tol call angah."

"Haa kau packing dulu. Okayy."

Perbuakan terhenti disitu.
Aku meletakkan telefon bimbit.

Dan segera packing barang.

Aku terus ke meja, dan membuka siaran radio.

Kedengaran lagu raya berkumandang di siaran Sinar FM.

Aku tersenyum sambil mengemas barang.

Kolej kediaman aku agak sunyi,

Sebab ramai sudah pulang ke kampung halaman.
Sedang mengemas barang,

"Tukk tukk !" Ketukan pintu

"Siapa ?!!" Tanya aku

"Tukk tukkk !"

Aku mula tak sedap hati.

Segala pergerakkan aku terhenti.

Angin meniup seolah bersiul di tingkap.

"Tukk ! Tukk !!"
Aku mengagahkan diri,

Pergi ke arah pintu.

"Bismillah..."

Dan membuka pintu.

"Arghhhhh !"

Syafiq menerpa disisi kiri aku

"Kau ni !!! Terperanjat lah aku !!"

"Hahahahahahahaha !! Tahu kau takut ! Sibuk packing barang ke tu ?" Tanya Syafiq
Syafiq ni classmate aku, dia duduk sabah. Biasa kalau hari raya ke memang dia lah yuang terakhir tinggalkan U ni.

"Haa aku tengah packing. Kau jangan buat macam tu lagi. Boleh mati terkejut tahu tak !" Marah aku

"Hahahah tak tak. Kau gerak bila ? Malam ni ka ?" Tanya Syafiq
"Yee abang aku ambil kejap lagi. Kau gerak bila ?" Tanya aku

"Aku gerak esok, flight aku malam pula tu. Aku sampai sana raya kedua lah kiranya."

"Baik baik duduk sini Pit, jangan hmmm sudah."

Aku cuba menakutkan Syafiq.

"Hahaha kau tak payah nak takutkan aku. Aku dan biasa."
"Hahahaha aku gurau je. Kau dah siap packing belum ?" Soal aku

"Dah semalam dah packing dah, eh kau kemas lah dulu. Aku nak lupa nak keringkan baju."

"Serious lah kau basuh baju malam malam ??"

"Lah salah ke ?"

"Hmm tapi.. tak ada apa apa lah."

"Hantu ?" Jawab Syafiq
"Haa lebih kurang macam tu lah yang aku maksudkan, dah lah washing machine dekat belakang hutan sana."

"Ahh karut lah, hantu tengok aku pon takut. K aku gerak dulu Assalamualaikum, selamat hari raya bah" Kata Syafiq

"Hati hati pit, Wasalam, selamat hari raya juga."
Aku bersalaman dan memeluk Syafiq.

Aku tak risau pon pasal dia ni, dia memang hati kering sikit. Aku ada satu cerita dia berbual dengan hantu, masa budak kolej aku kena rasuk. Tapi tu cerita lain kali lah 😂

Aku menutup pintu dan sambung mengemas barang.
Selesai mengemas barang, aku segera merebahkan badan.

Kepala melayang mendengar lagu raya dari Allahyarham Tan Sri P. Ramlee - Dendang Perantau.

Terfikirkan keluarga di kampung halaman di Pahang.

Mesti sanak saudara sedang bermain mercun dan bunga api di halaman rumah nenek.
Part paling seronok masa raya ialah memasang pelita dikeliling rumah nenek.

Sedang mengelamun.

(Telefon berdering)

"Hello, dah sampai mana bang ?"

"Haaa, ni dekat depan Kolej kau ni. Turun lah." Kata abang aku

"Kejap, 1 minit !"

"Lembab ! Bye !"

Aku mematikan telefon,
Aku matikan radio,

Aku tutup suis kipas lampu,

Dan segera menguncikan bilik.

Dalam perjalanan menurun tangga aku menjerit.

"Pit !!!! Aku balik dulu. Selamat hari raya !!."

Syafiq menjawab

"Haaa elok elok !"

Kedengaran sayup suara dia.

Sah dia masih mengeringkan baju.
Bertapa sunyinya keadaan kolej aku, aku menjerit pon.

Dia boleh menyahut dia belakang sana.

Aku segera berlari ke kereta abang aku.

"Maaf lambat, buka bonet bang." Kata aku

"Lembab.."

Sambil mencari siaran radio.

Selesai meletakkan bag, aku terus masuk ke kereta.
Abang memulakan pemanduan.

Meninggalkan Universiti.

"Angah, kau call mak tanya mak. Ada barang tertinggal lagi tak selain telekung je ?" Tanya abang aku.

"Haa kejap."

Aku mencapai telefon bimbit.

Dan segera menghubungi Mak.

"Trutttttt Truttttt.."

"Truttt Truttt.."
Malam kita sambung
"Yee angah, mak dekat dapur tadi masak rendang. Dah sampai mana dah ?"

"Abang baru ambil angah ni. Ni dah otw balik rumah kita. Ni abang tanya ? Nak ambil barang apa apa lagi tak selain telekung ?"

"Tak ada, mak sibuk ni. Bawakan telekung sahaja. Dah bye byeee."
Mak terus matikan telefon.

"Haa mak cakap apa ?" Tanya abang.

"Tak ada apa, sibuk masak. Bawakan telekung dia je."

"Okay."

Perjalanan kami dihiasi dengan lagu raya,

Mata abang kelihatan segar.

Nescafe tetap menjadi pilihan abang.

Sampai sahaja di rumah kami.
Aku terus mencapai telekung mak di dalam bilik tidurnya.

Abang memeriksa gas takut lupa nak cabut,

"Dah, jom !"

Kata aku sambil turun dari tangga.

Abang mematikan segala suiz,

Dan menghidupkan suiz yang penting sahaja, kunci pintu.

Dan memulakan pemanduan ke kampung.
Telekong mak aku letak di bahagian belakang.

"Kita nak ikut mana ni ? Highway ke jalan dalam je ?" Tanya abang aku

"Kalau highway confirm jem kan bang ? Abang okay ke jalan dalam ?" Tanya aku

"Aku okay je, asalkan kita selamat sampai kampung. Kalau highway confirm jem."
"Mana mana lah bang. Tapi kalau jalan dalam kita kena lalu Bukit Putus lah kan ?"

"Ye la situ je jalan nak pantai timur." Kata abang

(Untuk pengetahuan korang, sebelum ni tiada lagi jalan jambatan alternatif ke Kuala Pilah tu. So nak tak nak kena lalu jalan Bukit Putus.)
"Terpaksa la, Tak kan nak hadap jem dekat karak pula. Kalau ikut jalan dalam mesti tak jem, sebab ramai dah redah highway." Kata aku

"Okay kita ikut jalan dalam." Kata abang.

Wajah abang tidak kelihatan biasa.

Aku je yang seram sejuk nak menempuh berbelas selekoh Bukit Putus.
Jam menunjukkan tepat pukul 11:30 malam.

Seperti biasa takbir raya berkumandang kuat di radio.

Mata aku fokus ke depan.

Jarak lagi 5km kami aku melalui Bukit Putus.

(Sebelum masuk Bukit Putus. Korang search Bukit Putus dulu, imagine macam mana jalan tu. Baru lah rasa sikit."
Tepat jam 12:00 malam.

Kami terlihat simpang ke kiri untuk masuk ke jalan Bukit Putus.

Ada beberapa sahaja kereta yang melalui jalan itu.

Lagu Dendang Perantau kembali bermain di radio.

Selekoh pertama berjaya diharungi.

Tepat je part lagu,

"Hancur musnah lah semuanyaaa."
"Gedeguk !!"

"Bang ! Apa benda tu ?"

Abang seperti terlanggar sesuatu.

Abang berhentikan kereta di tepi gaung.

"Tak payah lah berhenti bang !! Jalan je lah kau ni pon !" Marah aku

"Apakan daya masa tak akan kembali, hancur musnahlah semuanya~" (radio)
"Kau diam je la, aku nak check. Kot tayar bocor ke apa." Kata abang aku

"Dia ni, dah lah gelap." Dalam hati aku berbisik

Abang aku keluar dari kereta.

Melihat sekeliling.

Dan masuk kembali dalam kereta.

"Ada langgar apa apa ke ?"

"Entah. Okay je tayar." Kata abang
Bayangkan suasana gelap gelita,

Kereta kami je yang berada di selekoh kedua Bukit Putus.

Kereta yang kami lihat tadi semua meninggalkan kami.

Oh ya, abang aku bawa wira panjang tu.

Kami meneruskan perjalanan.

Perasaan tak sedap hati, membuatkan aku tak senang duduk.
Masuk je selekoh ketiga.

Radio kereta abang aku seperti tiada siaran.

"Angah, tutup lah ! Bising."

Aku terus mematikan radio.

Yes, bunyi enjin kereta abang, bunyi cengkerik je kami dengar.

Bayangkan lah hutan, kau expect bunyi apa ?

So masa masuk selekoh ke empat tu..
Aku terdengar suara.

Seperti berbisik di telinga kiri aku.

"Berhenti, anak aku ? Ke kiri gaung tu ~ tolongg ~"

"Astaghfirullah !!"

Aku menepis telinga kiri aku.

"Kau kenapa ni ?"

Abang aku ingin memberhentikan kenderaan.

"Jalan lahh !! Tak payah berhenti !" Jerit aku
Aku marah bila abang aku nak berhentikan kenderaan lagi.

"Tak kau okay tak ni ?" Tanya abang aku

"Tak ! Aku tak okay.. kau jalan je !!" Jerit aku sambil menitiskan air mata

Tu pertama kali aku ber Kau Aku dengan abang aku.

"Jangan berhenti selagi tak sampai hujung !" Kata aku
Pesan aku kepada abang aku.

Aku lapkan air mata aku.

Mata aku terus tumpukan ke bawah tanpa melihat ke depan.

Masuk selekoh ke 5,

Kereta kami berat.

Bayangkan guna gear 1 pon terasa berat.

Aku langsung tak bercakap.

Abang aku bersuara dengan tiba tiba.

"Berat pula !"
"HAHAHAHAHAHAHA."

Aku dengan abang aku terkejut,

Aku lihat muka abang dah bertukar.

Bunyi mengilai campur dengan gelak ketawa yang kuat.

Aku tak tahu nak terangkan macam mana.

Sumpah suara tu masih segar lagi bila diingatkan balik.

Kuat, bergema dengan ketawa mengilai.
Ketawa tu berhenti sehinggalah kami lepas selekoh ke 5 tu.

Abang aku pandang muka aku.

"Ingat pesan aku bang. Apa apa jangan berhenti. Ingat pesan aku bang !"

Abang aku tak bersuara. Mata terbeliak besar akibat terkejut.

Abang angguk tanda faham.

Aku terus pandang ke bawah
Selekoh ke 6 kami tempuh bersama.

Dengan harapan,

"Cepat lah sampai ke selekoh terakhir."

Aku tak pasti berapa selekoh nak sampai penghujung.

Ada yang kata 13, ada yang kata 14.

Tapi memang 45 minit juga lah kalau nak sampai ke penghujung.
Nanti penghujung thread ni aku selitkan keratan akhbar kemalangan maut di Bukit Putus dan link untuk korang baca.

Sampai di selekoh ke 6,

Abang aku terhidu bau pelik.

Bau tu bila aku tanya abang aku.

Sampai sekarang abang aku tak tahu nak terangkan macam mana dekat aku.
Kalau ikan kita boleh katakan bau macam hanyir,

Kalau perfume kita boleh katakan wangi.

Ni abang aku tak tahu nak kata macam mana.

Sampai sekarang ni kalau kau tanya dia pon.

Dia tak tahu nak terangkan macam mana.

Pelik kan ?

Okay kita teruskan..
Sehingga lah masuk ke selekoh ke 7.

Aku terhidu bau hangit. Macam bau terbakar.

Di kiri aku gaung,

Okay macam ni, korang imagine. bila mengarah ke kuala pilah, korang akan naik bukit putus.

Orang yang jadi co pilot.

Kiri dia adalah gaung.

Kami menaiki ke atas,
Kalau menuju ke seremban. Korang akan menurun Bukit Putus. So yang pemandu akan dekat dengan gaung.

So kira kami menaiki Bukit Putus Tersebut. Dah lah lane kiri pula tu.

Aku terhidu bau terbakar.

Hangit bau dia.

Abang aku tunjuk kereta terbakar. Di tepi jalan tersebut.
Bukan terbakar macam marak tu. Dia macam baru lepas terbakar.

"Kita tengok kejap lah."

Aku menjerit.

"Bang! Jangan jadi bodoh lah. Kau tahu tak kita dekat mana sekarang ? Kita gerak je ! Tak payah berhenti !"

"Tapi tu kereta terbakar, mana tahu ada orang ke." Kata abang aku
"Ada orang ke, tak ada orang ke dah mati ke ! Hidup ke ! Kau teruskan je. Jangan berhenti." Aku tegas memarahi abang aku.

Aku tak rasa tu kereta terbakar tadi.

Kami melepasi kereta tersebut.

Aku yang berada di kiri terasa bahang.

Sangat bahang.

Walaupon cermin tertutup.
Kami melepasi kereta terbakar.

Radio kembali berfungsi.

Taoi yang peliknya,

Aku cuba tukar siaran tak boleh.

Dan,

Lagu yang tengah dimainkan,

Lagu klasik, lagu lagu lama.

"Radio kau rosak ke bang ?" Tanya aku.

"Mana ada, aku baru tukar bulan lepas." Sambil membelek.
"Matikan je laa." Desak aku

"Tak boleh masalahnya ni. Nak perlahankan pon tak boleh ni. Kau tengokkan kejap." Kata abang aku

Aku pon tekan tekan,

Tapi tetap memainkan lagu lama juga.

Aku fed up.

Aku terus biarkan je.

Masuk sahaja di SELEKOH KE 8...
Kereta abang aku kelihatan seperti semput.

Abang memberhentikan kereta di tepi jalan bersebelahan dengan gaung,

"Kenapa pula ni !" Aku bersuara

"Mana lah aku tahu !" Abang aku meninggikan suara terhadap aku.

"Tak kan kau tak servis, dah tahu nak jalan jauh ni." Marah aku
"Aku dah servis lah tengahari tadi. Kau jangan banyak cakap lah."

Abang menarik handbrake.

"Bagi torch light dekat dashboard tu." Kata abang aku

Kelihatan muka abang aku berkerut.

Aku menghulurkan torch light.

"Kau tunggu dalam ni. Aku nak keluar tengok apa dah jadi."
"Weh bang, tak payah lah. Kita tunggu je la orang lalu jalan ni nanti."

"Nak tunggu sampai bila ? Kau tengok jam sekarang pukul berapa ? Ada ke orang nak lalu jalan ni lagi ? Fikir la." Kata abang aku

Aku terdiam.

Abang aku keluar dari kereta dan mengecheck di bahagian enjin.
Bonet terbuka depan terluas.

Keadaan gelap gelita.

Kelihatan abang menyuluh di bahagian depan kereta.

Bunyi cengkerik kuat dalam hutan bandingkan dengan tadi.

Tangan aku kesejukkan.

"Cuba start ngah." Jerit abang aku

"Kre kreee kreeee kreee."

"Tak boleh !" Jerit aku
Abang aku membebel dekat depan.

"Dah, cuba lagi." Jerit abang

"Kree kree kreekk vromm !"

Kereta abang aku kembali pulih.

"Dah bang ! Cepat masuk." Jerit aku

Abang aku mengigit torch light.

Sambil menutup bonet.

"Clarkk !!"

Bonet terkunci dengan rapi.

Tiba tiba...
"Allah !!"

Aku bersuara.

Abang aku pon tergamam melihat aku.

Tahu tak apa aku nampak ?

Tahu tak apa pula yang abang aku nampak ?

Okay imagine he.

Abang aku dekat luar,

Aku dekat dalam.

Aku lihat belakang abang aku.

Ada makhluk macam terbakar rentung.

Dan abang aku pula
Belakang aku ada nenek kebayan.

"Ngah keluar ngah ! Weh keluar !!" Jerit abang aku.

"Kau tuk masuk dalam cepat !!! Cepat lahhhh !!"

"Aku kata kau yang keluar !! Belakang kau !!" Jerit abang aku

Kami berdua jerit sesama sendiri.

"Bang masuk lahhh !! Belakang kau tu !!"
Abang aku menoleh,

"Mana ada apa apa ! Kau lah keluar ! Belakang kau lah bodoh !"

Aku pon menoleh belakang aku.

"Bang ! Kau yang bodoh ! Mana ada Apa apa ! Masuk lah cepat !"

Aku nampak orang rentung tu mendekati abang aku.

Aku beranikan diri.

Tarik abang aku.
Masa ni aku tak tahu belakang aku ada nenek kebayan.

Abang aku tak nak masuk dalam kereta.

Aku pegang bahu abang aku.

"Bang ! Jom lah kita blah dari sini !"

Abang aku takut nak masuk dalam kereta.

Syukur masa tu ada satu kereta menuju ke atas,

Kami nampak lampu terang.
"Dik ! Kenapa ni ?" Kata pak cik tu.

Aku lihat sekeliling dah tak ada benda terbakar rentung tu.

"Eloknya kita bincang tempat lain ye cik." Kata aku.

Aku terlihat pak cik tu bawa satu keluarga ramai,

Kereta pon besar.

Anak di belakang tengah tidur.

Dan emak beliau.
Isterinya terjaga.

"Dekat mana ni bang ?"

"Baru bukit putus ni."

"Ni kereta elok tak ni ?" Kata pak cik tu

"Elok elok." Kata aku

Abang aku mengigil kesejukkan.

Aku turunkan seat dan baringkan abang aku.

Aku memandu kereta dan ikut belakang kereta pak cik tu.
Abang aku terdiam tak terkata.

Kelihatan abang aku seperti takut akan sesuatu.

Aku dengan tak ada lesen.

Teruskan memandu dan mengekori pak cik tersebut.

Jam menunjukkan sudah pukul 1.30 pagi.

Selekoh demi selekoh aku dan pak cik tu tempuhi.

Aku tak fikir apa,
Apa yang aku fikir,

Aku dan abang aku selamat sampai ke kampung.

Kami semakin hampir di selekoh terakhir.

Abang aku menegakkan seat dia.

"Sampai mana dah ngah ?"

"Ni pak cik ni, berhenti dekat Ulu Bendul kejap."

Hahahaha

Ulu Bendul ?

Puaka juga tempat tu.
Aku bagi air mineral yang aku beli dekat stesen minyak dekat abang aku.

Abang aku basuh muka dia.

"Fuck ! Ni last aku lalu tempat tu !" Kata abang aku.

Aku terdiam,

Sambil mengeluarkan sebatang rokok.

Asap dihembus dengan perlahan.

"Kau nampak apa bang ?"
"Aku nampak nenek kebayan kau tahu tak. Fuck tu, first time aku tengok dengan jelas."

"Serious lah ?!!" Tanya aku

"Yeeee, ni last aku lalu situ." Kata abang aku.

Aku terdiam, sambil menikmati sebatang rokok Winston Light.

"Ni tunggu apa lagi ni ?" Tanya abang aku.
"Tengah tunggu anak pak cik tu, dia pergi tandas kejap." Kata aku

"Tandas ? Kau biar betul ??"

"Ye laaa tu dah siap tu. Anak dia dah keluar dari tandas."

"Weh tukar tempat. Aku bawa kereta." Kata abang aku.

Aku pon keluar dari kereta dan duduk dibahagian penumpang.
Kereta aku parking kira jarak 20 meter jauh dari kereta pak cik tu.

"Kau biar betul ni ngah..." kata abang aku

"Lahh kau ni dah kenapa pula ? Pak cik tu dah elok tolong kita tadi." Kata aku

Abang aku start enjin kereta.

Okay dia macam ni.

Aku post gambar, korang imagine.
Okay bayang kan satu keluarga semua pandang aku dan abang aku macam dalam gambar ni,

Abang aku cakap, termasuk nenek kebayan tu sekali.

Semua menjenguk kami di bahagian kiri kereta tu.

Aku nampak jelas,

Abang aku nampak jelas.

Dalam kepala aku, kau tahu tak apa aku fikir ?
Akan ada adegan kejar mengejar.

Hantu tu bawa kereta laju.

Dan aku dan abang aku mati.

Lepas kami jenguk sama sama,

Nampak semua anak beranak pandang kami macam tu.

Abang aku terus pecut laju.

Meninggalkan kereta tu dan Ulu Bendul.

Aku terdiam.

Tak terkata.

Bisu.
Siapa yang tolong aku tadi ?

Kalau betul benda tu nak gangu aku ?

Kenapa dia juga yang tolong aku ?

Macam macam bermain dalam fikiran aku.

Abang aku tengok aku,

Aku tengok abang aku.

Bisu,

Kenapa hari sial tu juga kami kena kacau macam macam benda.
Gambar aku tunjuk tadi tu, bukan aku nak suruh korang imagine aku dengan abang aku pandang BENDA tu.

Tapi cuma nak korang imagine. Macam tu lah gayanya satu keluarga termasuk nenek kebayan tu pandang aku dan abang aku.

Aku tak pandai lukis,

So lepas tu,
Aku dan abang aku meneruskan perjalanan. Sampai je Kuala Pilah.

Kiteorang lepak kejap depan Seven E.

Untuk tenangkan apa yang patut.

Perjalanan masih jauh.

Wajah nenek kebayan tu masih segar dalam fikiran aku.

Macam macam spekulasi keluar dari mulut kami.
Kami meneruskan perjalanan.

Jauh lagi perjalanan sebenarnya.

Jalan Bahau pon boleh tahan macam puaka juga.

So kami habiskan minuman dan makanan.

Abang aku keletihan,

Kami berehat setengah jam di depan Seven E.

Kami terus lupa yang esok adalah hari raya.

Lepas tu...
Kejap, korang yang baca ni follow lah aku sekali atau hadiahkan RT ke. Penat ni aku bawa korang jalan jalan ni.

Follow lah,

Kan best lagi ramai lagi membaca cerita ni.

RT dan Follow lah.

Lagi seronok aku nak bercerita lagi.

Banyak lagi cerita seram aku nak karang ni.

âœŒđŸ»
Esok aku habiskan cerita ni.

Selamat malam semua.

Jangan lupa RT dan follow.
So kami meneruskan perjalanan,

Abang aku tak tegur aku,

Dan aku pon tak tegur abang aku.

Kami pon selamat sampai di kampung tercinta.

Di Temerloh Pahang.

Kami sampai pon pukul 4,5 pagi.

Sanak saudara tidur di halanan rumah nenek beramai-ramai.

Pak su sibuk mengacau dodol.
Sampai je rumah.

Nenek aku terjaga dari tidur untuk solat subuh.

Aku dengan abang aku salam nenek aku.

Nenek aku tersenyum,

Senyuman sinis

Abang aku terus ke bilik,

"Kenapa nenek aku senyum ?" Bisik aku

Abang aku keletihan terus terbaring di katil.
Aku terus keluar dari bilik,

Pergi ke bilik nenek aku.

"Nek.. maaf menganggu. Kenapa nenek senyum tadi ?" Ujar aku

"Ye Syakir, kamu nak tahu sekarang ke kamu nak tahu siang nanti ?"

Aku mula rasa tak sedap hati.

"Tak apa lah nek, Syakir mandi dulu. Esok je la nek." Kata aku
So esok kami pon bersiap pergi sembahyang raya,

Makanan terhidang di atas meja,

Kami diarah oleh nenek untuk pergi bersihkan kubur atok.

Pukul 1:00 tengahari.

Nenek aku sedang duduk di luar sorang sorang.

Aku pon menghampiri nenek aku.

"Nekkk, makan dah ?" Aku menyapa nenek
"Dah.. nenek dah makan dah. Ni kamu nak tahu pasal semalam ke ?" Kata nenek aku

"Haa nek. tu persoalan Syakir dari semalam. Kenapa nenek tersenyum ?" Kata aku

"Masa abang dan Syakir masuk rumah nenek. Kamu tak beri salam, kamu terus masuk dalam bilik kan ?"

"Haa.." jawab aku
"Nenek nampak orang tua belakang abang kamu. Masa lepas kamu salam nenek tu. Dia ikut kamu bertiga masuk dalam bilik."

"Neekkkk... biar betul ?!?!"

"Iyee nenek nampak. Lain kali masuk rumah , basuh kaki bagi salam. Bukan main masuk ikut suka hati. Faham ?"
"Maaf nek.. malam semalam pon kami tempuh banyak benda pelik nek."

"Nenek tahu, sebab tu nenek senyum dekat kamu. Pagi tadi dia dah keluar dah dari rumah nenek. Nenek cakap dengan dia, kalau nak huru harakan keluarga aku. Kau pergi dari sini. Jangan kau kacau anak cucu aku."
"Nenek cakap ?!?!"

"Yee nenek cakap dengan dia. Benda ni kalau niat baik, dia tak kacau kita. Kalau niat jahat tu dia akan kacau kita. Jangan bagitahu abang, nanti dia pula tak senang duduk."

"Baik nek."
Aku pon masuk ke dalam bilik.

Abang aku kelihatan sibuk menjamah ketupat di dapur.

Aku terdiam,

Terdiam memikirkan perkara yang dialami.

Kenangan yang sangat pahit bagi aku dan abang aku.

Itu mungkin akan jadi kali terakhir aku lalu jalan Bukit Putus.
Aku jerit dalam bilik,

"Bang ? Balik lalu mana ?"

Abang aku menjawab di dapur.

"Highway highway !!"

Ibu kami pon tak mengetahui sehingga sekarang akan perkara ini.

-Tamat-

-----------------------
So sekarang ada dua jalan kalau dari Seremban untuk menuju ke Kuala Pilah.

Jalan baru Bukit Putus (Jambatan ke 3 tertinggi di Malaysia)

Dan

Jalan lama Bukit Putus.
You can follow @detikseram.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.