Animes thread.
Honey & Clover (2006)

Walaupun aku tak habis tengok lagi tapi bagi aku so far best dgn friendship, slice of life, dramas, romance and comedy yg kalakor teruk. Anime lama ni kalau comedy dia mmg best. Aku nk review lebih2 pun aku tak habis tengok lagi kahkahkah
2. Your Lie in April // Shigatsu wa Kimi No Uso (2014)

Genre: Romance, Drama, Music.

The most saddest anime i've ever watched. 2 kali aku tengok 2 kali tu juga aku menangis beria. Kisah pasal Arima (pakai spec) bila main piano dia akan hilang pendengaran.
Lepastu dia kenal dgn seorang violist si Kaori (rambut kuning) yang selalu bagi semangat untuk dia teruskan minat bermain piano. Ha lepastu korang tengok la sendiri. Tengok macam mana pergi leleh korang.
3. Guilty Crown (2011)

Genre: Action, Sci-Fi, Super power

Cite pasal laki ni hanya budak biasa. Dia dpt tau yg dia ada "power of the kings" boleh draw tools or weapons dari badan manusia. Dia join group rebellion gitu sebab nak kan perubahan. Yg penting ada part aku nangis bye.
4. Grand Blue (2018)

Genre: Comedy

Okay cerita ni memang kelakar terok aku tak tipu. Kalau bosan2 nk happy try layan cite ni. Pasal Iori yg nak jalani hidup biasa masuk Uni dan join Diving Club. Sekali ahli club tu semua macam org gila kahkahkah.
5. Naruto (2002)

Genre: Adventure fiction, martial arts, fantasy

One of my fav anime yg popular dkt TV3 dolo2. Tak perlu nk review banyak sbb ramai minat. Kalau korang tak pernah tengok tak payah hidup lah ye.
6. One Piece (1997)

Genre: Adventure fiction, Fantasy

Fav anime all time dan masih ongoing. Anime (896 eps), Manga (853 chap). Kalau ada kt TV3 ni terkincit nk follow up. Ada dkt Astro ceria je dulu tu pun sampai eps berapa je. Kisah pasal Luffy yg nak jadi pirate king.
Cerita ni best sebab full of emotions dan adventure (byk arc) Ada kelakor, nangis semua ada la complete. Buat masa skrg masih takde tanda2 nak habis pun lagi sbb masih ramai lagi yg dia perlu kalahkan termasuk yonkou, admirals, navy, world government dan sebagainya. Recommended!
7. Bloom Into You (2018)

Genre: Romance, Yuri

Buatkan aku tertarik dgn cerita ni adalah art dia dan grafik tersangatlah cantik. Every eps mmg akan blushing la tengok. Awal2 eps lagi senior dia ni dah confess. Kisah pasal dorang yg susah untuk jatuh cinta pada mulanya.
8. Citrus (2018)

Genre: Romance, Yuri

Anime yuri pertama yg aku tengok sebab tertarik dgn art dia yg cantik. Storyline romance dia agak cliche tapi best. Kisah pasal Yuzu and Mei adik beradik tiri. Sorang jenis nakal (blonde) dan sorang lagi school president.
9. Orange (2016)

Genre: Romance, Slice of life

Naho seorang pelajar sekolah. Satu hari tu, tiba2 dia dapat surat dari diri dia sendiri 10 years in future. Surat tau bagitau suruh jaga Kakeru sbb dia akan mati nanti. Sbb in future kakeru dh takde. Ini bukan spoiler ok awal2 lagi
Dah diberitahu yg kakeru udeh mati in future. Cerita ni mmg best sbb plot twist dan jalan cerita yg tidak cliche dan menarik! Live action movie dia pun ada same goes to Your Lie in April. Pun ada live action movie juga.
10. Prison school (2016)

Genre: Comedy

Cerita ni memang kelakar pecah perut dengan reaksi yg buat terokkk. Kisah pasal 5 pelajar lelaki kantoi menghendap gadis mandi dan dimasukkan ke dalam penjara di dalam sekolah.
Hidup dorang kt sekolah lepastu mmg sebijik macam banduan kena buat kerja itu ini. Belajar pun dalam penjara tak boleh masuk ke kelas. Cerita ni ada ecchi ok tapi funny af. Seronok dilayan. Live action movie pun ada kalau tak silap. Recommended 👍
Kalau yang taktau nak tengok anime kt mana. Ini ada fews website yg aku selalu guna
👇👇👇

Kissanime
9anime
Gogoanime

Kalau nak download
👇👇👇

Soulreaperzone
Animechiby
Kissanime
Gogoanime
Chia anime
Engkorang RT lah dulu. Nanti malam aku sambung
11. Yamada-kun and the 7 Witches

Genre: Romantic comedy, Occult fiction

Fav juga ni anime ni. Kisah pasal Yamada ni gangster sekolah. Satu hari tu dia terjatuh tangga dan terlanggar Shiraishi (blonde) iaitu pelajar paling bijak dalam sekolah. Lepastu badan dorang tertukar.
Cerita ni memang kelakar bagi aku dan sweet at the same time. Walaupun romance dia agak lambat muncul antara Yamada dgn Shiraishi sementara tu engkorang layanla dulu kelakor dorng ni. Dengan ahli Supernatural club yg bangang2 semua kahkahkah.
12. Maid Sama (2010)

Genre: Romantic Comedy

Ni antara anime terawal juga ni yg aku tengok. Kisah pasal Misaki (school president) yang 'Tsundere' dan bekerja kt maid cafe. Misaki benci lelaki ok. Usui pula pelajar lelaki popular kt sekolah. Yang penting cite ni best!
13. Fate Series

Genre: Dark fantasy, Visual novel, Action

One of my fav anime. Cerita ni aku aku sangatlah recommend untuk korang tengok. Tapi untuk tengok dia ada susunan. Kalau korang pening tengok je ikut release date. Ok mari kita mulakan dgn penerangan.
Fate/stay night: UBW (2014) adalah remake kpd yg 2006 tu. Yg remake lebih menarik sbb art style lg cantik dan jalan cerita diubah lg menarik. Tgk salah satu pun tkde mslh. Susunan:-

1. Fate/Stay Night (2006)
2. Fate/Stay Night: Unlimited blade reworks (2014)
3. Fate/Zero (2011)
Fate/Apocryoha (2017)

Yang ni korang boleh tengok ikut suka memandangkan timeline berbeza dan tiada kaitan dgn mana2 Fate Series yg lain.
Fate/Extra Last Encore (2018)

Series ini juga takde kaitan dgn mana2 Fate series yg lain. Jadi korang boleh tengok tanpa ikut susunan. Yang ni best tpi compare dgn yg lain agak kureng la.
Movie ni ada sampai part3. Dekat wayang GSC baru sampai part2. Aku pun masih tnggu untuk sambungan.

1. Fate/Stay Night: Heaven's Feel - l. Presage Flower
2. Fate/Stay Night: Heaven's Feel - ll. Lost Butterfly
3. Fate/Stay Night: Heaven's Feel - lll. Spring Song
Fate/Grand Order: First Order

Movie ni hanya untuk promote game visual novel dorang iaitu Fate/Grand Order. Jadi cerita mmg tergantung. Kalau nak layan boleh saja.
Fate Series aku review yg bagi aku penting je. Sebab kalau nk ikutkan mmg banyak lagi. Aku sangatlah recommend Fate Series ni sebab tersangatlah best.

My Fate figures collection. Mmg aku beli girls saja kahkahkah
14. Plastic Memories (2015)

Genre: Romance, Sci-Fi

Cerita ni mmg futuristic. Kehidupan manusia dgn Android (some kind of robot i guess). Bila Android dah sampai jangka hayat, personaliti Android tu akan berubah jadi ganas etc. Jadi tugas Terminal Service ni adalah menghapuskan
ingatan Android yang dah sampai jangka hayat dia tu. Selain dari manusia Android pun ada juga bekerja untuk Terminal Service ni. Contohnya Isla (rambut putih). Cerita ni agak sedih yg membuatkan air mata jantan aku tumpas.
15. Fireworks Should We See it From The Side or The Bottom (2017)

Genre: Romance, Drama, Fantasy

Memandangkan aku suka cerita yg kena banyak berfikir ni. Jadi movie ni antara fav aku sebab banyak plot twist dan perlu berfikir. Aku tgk dgn member dah mcm satu discussion kahkah
Cerita ni pasal lelaki dgn perempuan ni pindah ke dimension demi dimension. Dia pindah ke dimension dimana dia dapat apa yg dia ingin sesuatu tu berlaku. Bukan undur masa ok. Klau dh habis korang still tk faham. Korang tgk lagi sekali atau
google je 'Fireworks should we see bla bla bla ending explained'. Aku takkan lah nak bagitau sini nanti spoiler pula. Lepas dah faham lagi lah korang rasa cite ni mind blown. Selamat menonton!
Sabar guys aku baru start thread ni 2 hari lepas haha. Masih dalam process nak tambah lagi anime2 yang best hehe. Engkorang rt lah dulu sementara aku tambah.
16. The Girl Who Leapt Through Time (2006)

Genre: Sci-Fi, Drama, Romance

Lagi satu movie yg memerlukan otak utk berfikir. Kisah dia pasal Makoto ni hanya pelajar sekolah biasa. Tiba2 dia dapat tahu dia ada ability merentasi masa. Malangnya ada akibat dia lepas tu.
17. Kimi no na wa // Your Name (2016)

Genre: Romance, Drama, Fantasy

A master piece movie by Makoto Shinkai. Berkenaan pelajar sekolah lelaki ni yg tnggal kt Tokyo dan perempuan ni dkt kwsn rural yang bertukar badan. Sangatlah recommend movie ni 👍👍👍
18. The Garden of Words (2013)

Genre: Romance, Drama

Another movie by Makoto Shinkai. This is also one of my fav movie. Mengisahkan pelajar lelaki ni yg selalu ponteng kelas utk duduk kt satu taman ni. Kt situ dia jumpa sorng perempuan misteri yg lebih tua.
Aku akan slow2 update this thread. Sebab banyak lagi anime yang aku nak suggest ni. Hihu follow lah dulu ye dok
19. The princess and the pilot (2011)

Genre: Adventure, Military, Romance

Movie ni berkenaan seorang juruterbang ni dia ditugaskan utk membawa seorang puteri Juana del Moral kpd seorang putera dari Levamme Empire dgn selamat. Nak bawa tu mcm2 dugaan sbb tengah dlm peperangan.
20. Hotarubi no Mori e (2011)

Genre: Romance, Supernatural, Drama, Shoujo

Movie ni pasal Hotaru (perempuan) diselamatkan oleh satu spirit ni bila dia tersesat dalam hutan. End up dorang pun berkawan wlaupun spirit ni dah bagitau awal2 yg dia akn hilang kalau manusia sentuh dia.
Aku akan tambah thread anime suggestion ni sebanyak yang mungkin. Nanti aku sambung lagi. Kasi aku tidur dulu kahkah ngantuk terok ni.
21. My Love Story!! (2015)

Genre: Romance, Comedy

Aku baca manga je utk anime yg ni. Overall aku mmg minat cerita ni sbb kelakar kahkah. Kisah pasal Takeo Goda (tengah2) yg susah nk dptkan gf tapi satu hari didatangi oleh Rinko yg meminati dia. Disitu lah permulaanya!
22. Midori Days (2004)

Genre: Romantic, Comedy

Cerita ni juga aku hanya baca manga and was published in 2002, lama kan? Bagi aku cerita ni best gila cuma underrated. Tak ramai yh tahu sbb anime lama kot.

Anime ni mengisahkan pelajar sekolah biasa iaitu Sawamura yg digelar
"The Mad Dog". Tangan kanan dia sangatlah kuat. Disebabkan reputasi dia, dia susah nk ngorat awek dan kena reject sebanyak 20kali kahkah sedih. Dia berharap tangan kanan dia berubah menjadi seorang gadis. Poof esoknya tgn kanan dia dh bertukar jadi sorng gadis (Midori Kasugano).
Jadi diorang terpaksalah mencari jalan penyelesaian untuk masalah dorang ni. Yela tangan kanan berubah jadi awek kot. So sementara tu Sawamura terpaksalah rahsiakan drpd semua org apa yg dah terjadi. Nampak tak aku review panjang sbb nk korang tengok? Recommended!!! 👍
23. Shingeki no Kyojin // Attack on Titan (2013)

Genre: Action, Dark Fantasy, Adventure Fiction

Tolonglah cakap yg korang semua layan cerita ni haha. Aku tak sabar nak tunggu season 4 memandangkan aku tak layan manga dia. Cerita ni best dgn action yg menarik lompat sana
lompat sini. Fight scene antara Titan (somekind of a giant). Kisah dia pasal manusia ni perlu survive dari Titan sbb dorng ni makan org. Sedikit demi sediki dorng cuba nk rungkai dari mana dtgnya Titan ni. Mikasa aku punya jgn ambik, tq.
24. A Silent Voice (2016)

Genre: Romance, Drama

Masteriece movie by Kyoto Animation. Pray for them and the total of death is 35 from arson attack on July.

Cerita ni sedih juga ni. Mengisahkan tentang seorang perempuan yang bisu. Waktu kecik dia selalu kena buli dgn lelaki ni
dan member2 dia sampai cedera lah bagai. Somethings happen dan bila dah besar lelaki ni cuba cari semula perempuam bisu ni.

Lelaki ni sanggup belajar bahasa isyarat sbb nak berkomunikasi dgn perempuan ni. Ok tu je yg lain korang kena tengok sendiri!
25. Kuroko no Basket (2012)

Genre: Sports, Comedy

This is my fav anime sport. Everyone have their on specialities. Kuroko (rambut biru) ni semua org igt dia tak reti main basketball dan tak sedar kewujudan dia dlm team basketball Teiko Middle School sbb dia ibarat shadow gitew.
Teiko Middle School Basketball Team ni kira power la sbb mng 3 musim in a row. Bila masuk High school org tktau pun yg Kuroko ni ada dalam team tu.

Teammates dia lagi 5 org pula pindah ke sekolah lain2 which is dorng mmg power gila!

Ada 3 season & 1 movie. Recommended!!! 👍
26. Haikyuu!! (2014)

Genre: Sports, Comedy

Ini ada lagi satu sports anime yg aku rasa korng patut tengok. Mengisahkan Hinata yg passion dia dekat volleyball sangatlah tinggi walaupun dia rendah tapi dia pawerrr. Every match tu gempak la dan cite ni kelakorrr
27. Black Clover (2017)

Genre: Action, Comedy, Fantasy

Anime ni berkenaan dunia magic and basically semua org ada kuasa magic. Entah kenapa Asta ni takde kuasa langsung so he build up his muscle wlaupun tkde magic tapi dia bercita-cita nk jadi Magic Emperor. Fight scene dia mmg
Lit habis i tell you. This is an anime yang MC (main character) dia from zero to hero gitew. Fight scene letop2 ni korang minatlah kan. Kahkah. Btw cite ni mmg kelakor.

Nak tau mcm mana dia dapat kuasa? Engkorang kena tengok!!! Currently eps 43.
28. Toriko (2011)

Genre: Comedy, Fantasy, Adventure Fiction

Anime ni dari manga (2008) dan siapa yg layan majalan Kreko mesti tau pasal cerita ni. Aku rasa anime ni underrated sbb anime lama kan jarang org tengok unless kau layan dari dulu.

Toriko (blue hair) ni adalah one of
the 'Four Heavenly Kings'. Dia ni mmg kuat gila la dengan skill yg power untuk memburu ingredients sebagai bahan masakan.

Ingredients dalam anime ni unik2, ada raksasa la dan sebagainya dgn action yg best. Dan cite ni kelakorrrrr!

Ada crossover Toriko X Dragonball X One Piece
29. High School DxD (2012)

Genre: Action, Romance, Comedy, Ecchi, Harem

One of my fav anime. Warning awal2 cerita ni ecchi ye. Aku minat anime ni sbb action dia dan evolution dia. And obvsly sbb ecchi juga.

Isei ni hanya pelajar sekolah biasa. But one day dia hampir mati dan
diselamatkan oleh Rias Gremory (red hair) dan dijadikan Demon. Start dari situ la dia dapat kuasa dan sebagainya which is aku rasa kuasa dia cool gila!

Evolution Isei Hyoudou 👇👇😢
30. Trinity Seven (2014)

Genre: Action, Comedy, Ecchi

Aku takde apa nak review sangat pasal anime ni sbb aku tengok pun dah lama haha. Yang penting anime ni mmg kelakor terok.
31. Code Geass: Lelouch of The Rebellion (2006)

Genre: Mecha, Action, Psychological, Sci-Fi

Aku mmg tak minat mecha anime tapi this is one of my fav!!! Anime ni aku rasa underrated sbb anime lama dan tak ramai yg layan. Plot twist cerita ni mmg best dan strategy Lelouch ni mmg
gempak. Kalau pernah tgk Death Note, MC ni lebih kurang sbb dorng bijak, tapi jahat. Lupa nk bagitau yg MC dlm anime ni jahat. Snggup berbunuh.

Dia dari noble family hidup selesa. Tpi dalam diam menjadi ketua rebel brselindung dibalik topeng. Dia rebel sbb ramai rakyat ditindas.
32. Death Note (2006)

Genre: Thriller, Psychological, Mystery

Aku bawakan lagi satu anime yg menarik. Plot twist dan mind blown. Good anime!

Kisah ni pasal Light yg dpt buku death note. Dia hanya perlu menulis nama sesorang dah org tu akan terus mati. Dia benci kpd penjenayah
tapi caranya salah dgn menulis nama si penjenayah supaya org tersebut terus kembali ke rahmatullah

Investigator yg power pun siasat lah pasal kes ni apa semua pastu mula lah kisah yg korng tak sangka2 sbb cite ni mind blown dn psycho. Live action movie pun ada ok. Recommended!!!
33. Mirai Nikki // Future Diary (2011)

Genre: Mystery, Psychological, Thriller, Romance

Korang pernah tengok Hunger Games? Yupp cite ni lebih kurang. Ada beberapa pemain, last sekali hidup adalah pemenang.

Cuma dalam cerita ni, setiap pemain ada diari masa depan masing2. Diari
setiap org lain2 specilities dia. Cerita ni gore ok. Dan perempuan rambut pink ni nama dia Yuno Gasai. Dia ni mmg yandere terok ah haha. Dekat luar nampak cute tapi dalaman kejam nak mampos.

Best ok cite ni. Selamat nonton!
34. Akame ga Kill! (2014)

Genre: Dark Fantasy, Action

Cerita ni mmg wajib tengok. Tapi kalau nak jalan cerita yg berlainan boleh baca manga. Aku taknak bgtau apa yg lain nanti jadi spoiler hehe.

Nama group dorng adlh Night Raid. Dorng menentang org2 atasan mcm noble family yg
menindas rakyat lah gitu. Fight scene cerita ni mmg gempak lah aku cakap. Dgn gore dia pergh.
35. Another (2012)

Genre: Horror, Thriller, Psychological

Anime ni gore terok not gonna lie. Plot twist cerita ni mmg mantap. Cara2 kematian sesorang tu pun kau tak sangka.
Agak susah untuk aku bagi sinopsis untuk anime ni sebab aku dah ingat2 lupa haha. Korang kena tengok sendiri baru faham.

Ni adalah salah satu dari cara pelajar dari class tu mati. Ohh and class dorang ni ibarat disumpah lah gitu.
36. Psycho-Pass (2012)

Genre: Crime, Cyberpunk, Mystery

Ok anime ni best tapi tulah aku nk review apa pun taktau whahahaha. Cerita ni pasal tangkal penjenayah dgn action yg gempak. Ada 2 season. Done.
37. High School of The Dead (2010)

Genre: Action, Horror, Zombie

Kecewa sebab takde 2nd season. Kalau tak silap sbb author mati. Tergantung sepi tapi worth to watch!!!

Anime ni tersangatlah best dan jalan cerita yg menarik. Action lawan zombie. Fans service dia pun not bad.
38. Corpse Party (2013)

Genre: Horror, Mystery, Supernatural

Anime ni berdasarkan game survival horror yang di keluarkan pada tahun 1996 oleh Makoto Kedoin.

Pelajar sekolah ni dorang baru lepas sambut culture festival. Lepastu dorang pun buatla some kind of ritual dan cerita
Pasal cerita hantu atau kisah seram. Haaaa time tu la makin lama perkara yg tak diinginkan berlaku. Ohh dan ada yg mati, cara dorang mati tu agak ngeri juga.

Ni ada salah satu cara pelajar sekolah tu yg mati. Fuhhh.
39. Tokyo Ghoul (2014)

Genre: Dark Fantasy, Horror Fiction, Thriller

Siapa je tak kenal anime Tokyo Ghoul ni kan. One of the best amime that i've ever watch.

Mengisahkan Kaneki hanya budak laki biasa. Satu hari dia pergi dating dgn sorng awek ni. End up perempuan tu senanya
adalah Ghoul dan cuba nak makan Kaneki ni. And things happen ada sesuatu yg hempap dorang berdua.

Kaneki sedar je dari hospital dia dah bukan diri dia. Sebahagian organ dia adalah Ghoul. Ghoul hanya makan manusia. Kalau makan benda lain rasa dia akan jadi sampah etc.
TG punya anime ada potong2 sikit but still takde affect sgt pun. Cuma manga ada lah kisah pasal latar belakang sikit dan pjg sikit. Korang tengok la anime & baca manga !!!

Action cerita ni sangatlah power weh. Fight scene lit nak mampoih. Lepas kena torture dia lg power !!
40. Parasyte (2014)

Genre: Body Horror, Drama

Anime ni punya action pun lit gila. Srs best. Lepasti ada la kelakor2 sikit.

Cerita dia pasal parasyte ni datang dari mana tah tak igt. Dorang akan masuk ke badan manusia dan pergi ke otak utk fully kawal badan manusia tu.
Tapi parasyte yang nak masuk dalam badan Shinichi ni tah cemana gagal kahkah dia dapat pergi ke tangan kanan saja.

Parasyte patutnya jahat. Tpi parasyte ni mcm lain dari lain. Baik pula aku rasa mngkin sbb tak dpt kawal otal kot. Recommended!

Liva action movie dia pun ada tau.
41. I Want To Eat Your Pancreas (2017)

Genre: Drama, Romance, Menangis

Aku terlupa nak recommend movie yang best gila ni. Live action movie dia pun ada. Dua2 best. Tpi aku suka lagi live action dia hehe. Korang boleh tengok kt 'kissasian' kalau nak tengok.
Ni bukan cerita zombie ke apa disebabkan tajuk dia ok haha.

Mengisahkan hidup sorang laki (nama dia dirahsiakan dari awal cerita) yg introvert ni. Hidup dia berubah lepas dia jumpa sorang perempuan yg sakit ni. Friendship dorang pun makin lama makin rapat. Ok pi tengok sendiri!
42. ReLife (2016)

Genre: Romance, Drama, Slice of Life

Lambat pula aku suggest anime masterpiece ni. Plot twist dia mmg kaw2. Anime dia dah completed. Tpi kalau korang nak yg takde potong2 boleh baca manga dia. Siap berkaler okay!
Mengisahkan Arata (27) and his life is a failure. Asyik berhenti kerja etc. Satu hari sorng laki ni nak ubah hidup dia dgn project ReLife.

Dia makan pil tu dan esoknya fizikal badan dia jadi 17 tahun. Dari situ lah dia cuba untuk ubah hidup dia jadi lebih baik. Recommended!!!👍
43. Boku no Hero Acedemia (2016)

Genre: Action, Adventure, Fantasy, Superpowers

Dalam dunia anime ni, semua org akan ada kuasa bermula umur berapa tahun tah. Cuma Deku (rambut hijau) je yg takde kuasa. Mmg dia down teruk la sbb idola dia adalah Almight the strongest hero.
One day, dia jumpa Almight. Almight ambil dia sebagai anak murid. Start dari situ lah dia belajar utk dapatkan kuasa yg diturunkan drpd Almight ni.

Action dia mmg lit habis. Ada 3season 1movie. Yg minat action patut tengok lah. Movie dia haritu kt wyg tu mmg gempak teruk woih👍
44. Seven Deadly Sins (2014)

Genre: Adventure Fiction, Fantasy, Comedy

Aku nk bagi sinopsis aku pun dah lupa jalan cerita ni tapi anime ni fight scene dia mmg ngam terok aku tak tipu. Seven deadly sins ni adalah dorng bertujuh yg mana korang nampak dalam gambar ni.
45. Owari No Seraph (2015)

Genre: Action, Vampire, Drama

Anime ni fight scene dia pun mmg best. Kisah dia ada virus yg bunuh manusia berumur atas 13 tahun. So yg survivors ni semua dijadikan hamba la gitew.

Antara survivors ni ada la dua org budak ni dikutip dari orphanage.
Jadi dorang pun rancang untuk larikan diri dari jadi livestock vampire2 tu semua. Yang dapat larikan diri hanya sorang je iaitu Yuuichirou yg kemudian dijumpai oleh Moon Demon. Satu organisasi yg menentang vampires ah gitu.
46. One Punch Man (2015)

Genre: Action. Comedy, Super Power

100 push-ups
100 sit-ups
100 squats
10 kilometers every day
No air-conditioner

Every day.
47. Black Bullet (2014)

Genre: Action, Sci-Fi, Mystery

Another anime yg action dia gempak tapi season 2 masih belum keluar. Rumours akan keluar 2019 tapi nmpak gaya mcm sunyi sepi geram betul aku.

Taktau mcm mana nk review tpi anime ni worth to watch walaupun blum ada s2.
48. Bleach (2004)

Genre: Action, Adventure, Comedy, Shounen

Takkan lah korang tak pernah tengok anime shounen yg power ni. Fight scene dia mmg lit habis la.

Pasal Ichigo ni hanya lah manusia biasa yg tiba2 dijadikan subtitute shinigami. Mula dari situlah kisah dia lawan hollow
49. Gangsta (2015)

Genre: Action, Drama, Seinen

Aku memang minat cite yg gangster2 ni. Bagi aku anime ni mula2 ok je dan sedap dilayan. Yela sbb mmg aku minat kan cite mcm ni.

Makin lama makin tak realistic which is agak kecewa juga ler. Tapi ok je kalau korang nk layan.
50. Hai to Gensou no Grimgar (2016)

Genre: Action, Adventure, Drama, Fantasy

This is one of my fav. Based on LN (Light Novel). Tapi yg buatkan aku geram season 2 masih takde apa2 khabar berita. Manga pun sampai situ juga.

Kalau korang nk sambungan baca lah LN ye.
Anime ni sangatlah worth to watch. Tapi korang kena sabar sikit la sbb season 2 tak keluar2 lagi ni. Action dia mmg function lah. MC pun mula2 tak power then lama2 dah start improve. From zero to hero gitew.

Recommended! 👍👍👍
Aku nk kena belek2 hard disk ni sebab banyak sgt yang dah lupa kahkah. Nanti aku akan sambung lagi thread ni jangan risau okenngggg
51. Amagi Brilliant Park (2014)

Genre: Comedy, Fantasy, Magic

Seiya ni hanya la pelajar sekolah lelaki yg pandai tapi narcissistic. Satu hari ni dia pergi la ke Amagi Park ni. Aku pun tak igt mcm mana. Owner park ni nak Seiya jadi manager baru untuk park ni memandangkan dia ni
bijak apa semua tu la. Pekerja dekat park ni yg peliknya mostly makhluk magic yg misteri yg tinggal dekat human world. Dorang dpt hidup pun melalui energy keseronokkan org yg dtg ke park tu. So Seiya pun take the offer sebab park ni hampir musnah lah gitu.
52. Angel Beats! (2010)

Genre: Comedy, Drama, Supernatural, Menangis

Otonashi ni dia baru perasan yg dia dah mati. And then perempuan bernama Yuri ni pun explain lah yg dorang dekat afterlife. Apa yg dorang ingat hanyalah nama.

Sedikit demi sedikit dorang cuba nak kembali kan
memori dorang. Pada masa yg sama dorang pun rungkai satu persatu the mysteries of the afterlife.

Anime ni awal2 je slow tapi mmg kelakor la. Lama2 makin tangkap leleh. Jatuh juga la air mata jantan aku huhu. Aku sangatlah recommend cerita ni hehe 👍👍👍
53. Assassination Classroom (2015)

Genre: Action, Comedy, School

Anime ni one of my fav. Kisah dia pasal mysterious creature ni iaitu Kuro-Sensei yg macam alien ni. Kuro-sensei bagi task dekat pelajar kelas 3-E supaya bunuh diri dia ni. Kalau tak dia akan hancurkan bumi gitew.
Jadi pelajar dari kelas 3-E ni pun asah la bakat membunuh dorang. Macam2 cara lah dia guna untuk bunuh Kuro-sensei ni. Makin lama skills membunuh dorang pun makin powerrr.

Live action dia pun ada ok. Korang boleh tengok dekat Kissasian.
54. Beelzebub (2011)

Genre: Action, Comedy, Demons, Shounen

Fuhhh anime ni mmg salah satu fav aku juga lah sebab mula2 tengok dekat Animax. Lepastu dah byk miss aku download dan tengok semula.

Kisah dia pasal Oga pelajar dari Ishiyama High. Sekolah ni mmg terkenal lah sebab
pelajar dia semua ganas2. Kalau bab bergaduh tu mmg hari2. So satu hari ni tah cemana dia jumpa satu baby (Beelzebub) ni kt sungai. Dia dgn maid baby ni kena jaga lah budak ni. Budak ni bukan biasa2 sebab dia anak kepada Demon Lord.

Ada 60 eps dan sangatlah worth to watch!!!👍
55. Bokura wa Minna Kawai-sou (2014)

Genre: Romance, Slice of life, Comedy

Aku takde apa sgt nk review sbb anime ni aku tengok pun dah lama dan dah agak lupa. Kazunari ni just pelajar biasa dan tak duduk dgn family.

Ok srs aku dah tak igt sangat haha.
56. Daily Lives of High School Boys (2012)

Genre: Comedy, Slice of life, School

Engkorang wajib tengok anime ni sebab kelakar gila ahsjhjahjshajshajsa. Kisah pasal karenah pelajar lelaki dekat sekolah. Cerita ni seronok ah buat layan untuk stock gelak2 kahkahkah.
Ini salah satu scene yang bagi aku kelakar lah hahahsasasaha.

Aku sebenarnya baru habis tengok anime ni huhu. Ok highly recommended sebab kelakar 👍👍👍
57. Weathering with you (2019)

Genre: Fantasy, Romance, Nangis

Another masterpiece by Makoto Shinkai dan tak mengecewakan. Bagi aku sgtlah worth it tengok dkt wyg dan support. Storyline dia nampaklah yg Makoto punya style movie jenis lain dari lain.
Compare to Your Name movie ni tak perlu berfikir banyak pun. Animation movie ni tersangatlah cantik dan scenery dalam movie dia gila punya lawa. Ohhh dan cerita ni banyak juga kelakor kahkahkah.

So korang boleh nonton di TGV yg terpilih skrg. Smalam aku tgk pun hall penuh huh 🤧
Cerita ni pasal Hokada (budak laki) sorang plajar sekolah yg larikan diri dr rumah dan pergi ke Tokyo. Dkt sana lah dia jumpa Hina yg boleh mengawal cuaca.

Dkt Tokyo masa ni cuaca hujan nonstop so Hina ni kalau pergi satu kwsn tu dan berdoa dia bole bentikan hujan utk seketika.
58. Hello World (2020)

Genre: Romance, Sci-fi, Drama

Movie ni pasal sorang budak laki ni, dia terjumpa seorang lelaki yg datang dari 10 tahun akan datang. Aku taknak cerita banyak takut terspoil haha.

So bagi aku anime ni punya jalan cerita dan plot twist sangat best.
Cuma sci-fi dia agak melebih dan macam tak patut. Korng tengok nnti faham la. Animation dia pula ada la sedikit macam kalau kau main game Visual Novel.

Tapi disebabkan jalan cerita dan plot twist, dapat tutup kekurangan anime ni. Boleh la tengok dekat GSC yg berdekatan 👍👍👍
59. Nura: Rise of the Yokai Clan (2010)

Genre: Adventure, Dark fantasy

Antara underrated anime bagi aku. Layan masa zaman Animax.

Rikuo Nura ni 3/4 manusia dan 1/4 yokai. Waktu siang dia hanyalah seorang budak, dan bila malam dia akan berubah ke bentuk yokai dia.
Rikuo Nura ni nak lari dari takdir yg dia sebenarnya seorang yokai. Jadi dia buat benda baik supaya dia tak betul2 menjadi yokai walaupun sebenarnya atuk dia nak dia jadi Third Head of the Nura Clan.

Atuk dia (Nurahriyon), Ayah dia (Rihan Nura) dan MC sendiri (Rikuo Nura)
Nura ni ramai lah Yokai yang dia lead sbb dia as a Supreme Commander, Third Head. Okay dipersilakan tengok sebab ni one of my fav anime 👍👍👍
60. Rainbow: Rokubou no shichinin (2010)

Genre: Drama, Seinen, Thriller

One of my mutual yg suggest anime underrated ni and turns out the anime was awesome. I love it so much.

I love their friendship, bromance, they will do anything for their bestfriend. Cite ni pasal
berenam bdk ni masuk ke disciplinary school atas kesalahan jenayah. Stiap sorang ada background masing2. Setiap eps tu kau akan nampak friendship dorang tu kuat.

I love it bcs theres an awesome plot after plot. Dari nk survive kena dera, sampai lah nak lari dari tempat ni 😍
61. Demon Slayer (2019)

Genre: Dark fantasy, Martial arts

Animation untuk anime ni n fight scene dia bagi aku memang tiptop. Sesuai untuk org yg baru nak berjinak tengok anime ni. Plot dia pun bagi aku simple je sbb aku dah habis manga dia but still i love this series. Cite ni
bermula bila Tanjirou balik ke rumah dan dia nampak family dia semua dibunuh oleh demon. Yang selamat hanya adik perempuan dia Nezuko yg slowly jadi demon. Jadi dia nekad nak jadi demon slayer untuk balas dendam dan sembuhkan Nezuko dari jadi demon.
62. Food Wars (2015)

Genre: Comedy, Slice of life, Cooking

I love this anime. This is one of my fav anime. Korang kalau tengok anime ni ready lah untuk rasa lapar. Makanan yg dia masak semua nampak sedap.

Obvsly anime ni pasal lawan2 masak. Souma ni hanyalah remaja biasa.
So dia masuk ke Totsuki Culinary Academy ni and dia nekad nak jadi nombor 1 dekat sekolah ni. Bermula lah perjalanan dia lawan dengan pelajar lain, lawan dengan elite ten dan sebagainya.

Anime dia belum habis lagi, so bacalah manga memandangkan dah complete hehe.
63. All Out!! (2016)

Genre: Sports, Seinen

Ini pun aku rasa antara anime yg underrated. Kenji Gion ni pelajar baru dekat sekolah Kanagawa High School. Dia tengok perlawanan rugby dekat sekolah tu dan dia rasa teruja. Walapun rugby sesuai untuk org berbadan besar, tapi dia
rasa berminat sebab ada position yg sesuai untuk org berbadan kecil macam dia. So bermula la training dia belajar rugby dan dorang aim untuk menjadi juara Hanazono, the National High School Rugby Championships.

Aku minat cerita ni sebab kelakar dan Gion ni jenis yg riuh haha.
64. Violet Evergarden (2018)

Genre: Drama

Aku menangis tengok anime je phew. Cite ni pasal Violet ni dulu adalah tentera. Lepas satu kejadian ni, dia terselamat dari kematian. Lepas tu dia pun jalani kehidupan cam biasa dan bekerja sebagai Auto Memory Doll. Kerja dia ni
tulis atau karang apa yg pelanggan fikir diatas kertas.

So setiap episod tu berlainan lah cerita dia. Boleh dikatakan setiap episod tu sedih. Salah satu sebab aku minat anime ni adalah animation dia yg cantik and clean. Recommended dan silalah nonton 👍👍
You can follow @damnwan_.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.