Fun fact UIKST #10: Bawang Merah dan Bawang Putih adalah cerita rakyat yang terkenal di Malaysia dan Indonesia. Bezanya, di Malaysia Bawang Merah yang baik dan Bawang Putih yang jahat, dan Indonesia pula terbalik. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #11: Satu lagi watak yang terkenal di Malaysia dan Indonesia adalah Si Tanggang. Tapi di Indonesia, namanya adalah Malin Kundang. Kisah ni juga diceritakan oleh Ipin dalam episod "Jambatan Ilmu" di musim ke-9 siri 'Upin & Ipin'. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #12: Tidak ramai yang tahu tentang kisah Nakhoda Ragam. Dalam Hikayat Nahoda Ragam, dikatakan Nakhoda Ragam mempunyai suara yang merdu. Dia juga adalah suami kepada Puteri Gunung Ledang! #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #13: Sewaktu orang ramai menari di Pelabuhan Megah, ada satu shot yang mempunyai bilangan karakter paling ramai (lebih 100 orang) dan mengambil masa lebih 3 bulan untuk dianimasikan. Ini antara shot yang termahal dalam filem ini. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #14: Pak Pandir adalah salah satu watak cerita rakyat yang mahu dimasukkan dalam filem, tetapi dikeluarkan dalam penyuntingan akhir. Akan tetapi, dia boleh dilihat di Pelabuhan Megah memakai topi mengkuang. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #15: Lagu "Laju-laju Buaiku Laju" dari filem Bawang Putih Bawang Merah (1959) adalah inspirasi bagi lagu "Buai Laju-laju" yang dicipta asli oleh komposer Les' Copaque Production. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #16: Babak Pulau Pisang diserang todak adalah rujukan dari kisah "Singapura Dilanggar Todak". Dianggarkan sebanyak 20, 000 ekor todak dianimasikan dalam babak itu. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #17: Mengikut kisah Raja Bersiong, beliau merupakan raja dari kerajaan lama Kedah. Pelakon suara Raja Bersiong @randirahman juga berasal dari Kedah. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #18: Babak Upin dan Ipin dikejar di Pelabuhan Megah adalah antara babak yang paling awal dibincangkan sewaktu pra-produksi, termasuk idea jeti musnah yang digunakan dalam final cut filem ini. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #19: Suara Mat Jenin dilakonkan oleh Mohd Amir Asyraf, yang juga merupakan animator untuk filem ini. Babak yang paling suka dianimasinya adalah sewaktu Mat Jenin berlawan dengan Re di Pelabuhan Megah. #upinipin #kerissiamangtunggal
Fun fact UIKST #20: Sewaktu Ipin bermain di atas peti, dia memanggil dirinya Hang Ipin - merujuk kepada karakter dari episod Kembara ke Pulau Harta Karun dari siri 'Upin & Ipin', yang juga pernah dicadangkan untuk difilemkan. #upinipin #kerissiamangtunggal
Promo UIKST: Nak tengok proses design untuk filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal? Boleh dapatkan buku konsep seni dan visual ni. Heheheee. Cari la lukisan aku sekali.
___
#upinipin #kerissiamangtunggal via @YouTube
___
#upinipin #kerissiamangtunggal via @YouTube
Ini sedikit previu untuk buku Konsep Seni dan Visual untuk filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. #upinipin #kerissiamangtunggal
Buku Konsep dan Seni Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal is coming!!! Awwww yiiiissss. #upinipin #kerissiamangtunggal
Banyak Fun Fact UIKST boleh dijumpai dalam buku ni. And Pre-Order is still open. #upinipin #kerissiamangtunggal #UpinIpinTheLoneGibbonKris #uitlgk
I don’t remember sharing these before on Twisder so here are some wallpapers for #UIKST by own very own concept team. 1/2
#upinipin #kerissiamangtunggal
#upinipinkerissiamangtunggal
#upinipin #kerissiamangtunggal
#upinipinkerissiamangtunggal