Tahu tak anda kenapa sesetengah masjid tak roboh ketika berlakunya tsunami?

Ini adalah thread.
Antara sebab utama sesetengah masjid masih berdiri ketika banjir adalah kerana masjid banyak 'lompong' dan pintu masuk.

Masjid kebanyakannya berdiri dengan tiang yang banyak. Banyak pula lubang di sana sini di dinding-dinding masjid.
Apabila berlakunya langgaran banjir atau tsunami, hentaman yang masjid terima tak begitu kuat kerana masjid bagi air lalu (flow) melalui 'lompong-lompong' yang luas itu. Bila banyak ruang yang luas terbuka ini, hentaman rendah, tekanan pun rendah.
Banyak bangunan seperti rumah-rumah di sekeliling masjid mudah runtuh sebab rumah ini dibina dengan cara 'tertutup'. Yang terbuka cuma pintu kecil keluar masuk dan tingkap yang kecil.
Bila ada hentaman banjir atau tsunami, air tak dapat lalu (flow) dengan baik. Jadi hentamannya akan jadi kuat dan tekanannya akan jadi lebih tinggi, sebab itulah mudah hancur.

Ia tak macam masjid yang lebih terbuka.
Selain itu, masjid juga dibina daripada bahan yang lebih kuat berbanding rumah-rumah di sekeliling. Masjid banyak duit, nak cari bahan yang kuat bukan benda susah. Saban tahun 'renovate'.

Rakyat biasa mana mampu nak 'renovate' setiap tahun.
Ini antara masjid-masjid yang pernah runtuh apabila berlakunya bencana. Bukannya tak ada masjid yang runtuh.
Ini pula gambar-gambar gereja, dan monumen agama lain yang tidak runtuh ketika berlakunya bencana.
Kesimpulannya, kita akui kuasa Tuhan. Tetapi jangan jadikan masjid berdiri sebagai simbolik kebenaran Islam. Sama juga hal-hal lain. Terbentuknya nama Allah pada awan, buahan, haiwan, bukan membuktikan kebenaran. Kebenaran adalah pada wahyu.
Explaining this does not mean denying the power of God. 🙄
Tahukah anda, dapat gunakan akal kita untuk menjelaskan kuasa Tuhan merupakan suatu yang ajaib. Kerana akal adalah antara ciptaaan Tuhan yang paling agung.

Mengapa kita sering anggap sesuatu yang tak boleh dijelaskan sebagai ajaib?
Untaian ini tiba-tiba naik semula. Alang-alang itu, mari dapatkan buku terbaru saya, GENESIS yang mengupas secara saintifik tentang kejadian alam semesta. https://twitter.com/zamirmohyedin/status/1343761944092626954?s=20
You can follow @zamirmohyedin.
Tip: mention @twtextapp on a Twitter thread with the keyword “unroll” to get a link to it.

Latest Threads Unrolled:

By continuing to use the site, you are consenting to the use of cookies as explained in our Cookie Policy to improve your experience.